bab 10

2.7K 91 10
                                    

"maaflah danise sebab tak dapat nak tunggu awak kelmarin" nia dengan wajah bersalahnya memandang danise.

danise tersenyum "awak tak perlu pun nak minta maaf..saya tak marahpun" dia dan nia pun duduk dimeja mereka masing-masing. nia bernafas lega... dia rasa bersalah juga sebab tinggalkan danise seorang diri..

Nia mengeluarkan bukunya..

"Ah!!!!!!!!!"

Satu jeritan boleh kedengaran dengan kuat. Semua didalam pelajar itu terkejut..

Masing-masing keluar untuk melihat apa yang berlaku..

Ramai pelajar yang keluar dan menuju kekoridor atas..

Seorang pelajar perempuan terduduk melutut diluar bilik itu badannya mengeletar ketakutan..

"Apa yang dah jadi?" Cikgu hailey dengan cikgu disiplin datang dengan wajah yang risau.

Dengan tangan yang terketar-ketar dia menunjukkan sesuatu didalam bilik itu..

Cikgu hailey memandangnya..

5 orang pelajar lelaki telah mati dibunuh..

Mayat empat orang pelajar terbaring dengan kepala mereka yang penuh dengan darah akibat dipukul.. bau hamis memenuhi bilik itu..

Badan mereka penuh dengan lebam.. dengan lantai bilik yang dipenuhi dengan darah..

Dan yang paling mengerikan seorang pelajar lelaki digantung dengan tali..

Darah dari kepala,mulut dan hidungnya menitis jatuh kelantai.

Nia yang melihat mayat tersebut hampir termuntah..

"Kejamnya..siapa yang buat macam ni" boleh kedengaran bisikan pelajar yang terkejut melihat kejadian itu.

Tanpa membuang masa lagi dia berlari menuju ketandas..

Dia tidak menghiraukan keadaan sekeliling kerana dia takut apabila melihat kejadian tersebut..

Dia mempercepatkan langkahnya.. sampai ditandas alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tandas yang dimasukinya adalah tandas lelaki..dia menyedarinya apabila dia melihat papan tanda yang melekat dipintu.

Belum sempatpun dia keluar boleh kedengaran bunyi tapak kaki dan orang berbual menuju kesitu.

Nia yang mulai gelabah terus masuk kedalam tandas..

"Wade kau ni tak pandai berguraulah" boleh kedengaran lelaki itu ketawa.

Air paip dipasang boleh kedengaran.. "kau yang buatkan" lelaki itu terus berhenti ketawa..

Daniel? Itulah lelaki yang langgar saya tempoh hari.. ujar nia dalam hatinya..

"Buat apa? Saya tak faham apa?" daniel dengan suara ramahnya membalas.

"Kau yang bunuh pelajar tu" wade dengan selambahnya menyatakannya.

Nia terkejut apabila mendengarnya..

'Dup!!dap!!dup!!dap!!'

Jantungnya berdegup dengan laju. Dia berpeluh sejuk kerana terlalu takut.

"Bingo! Kau ni memang pintarlah wade.." kata daniel tanpa sebarang rasa bersalah dan takut.

Wade hanya diam malas dia nak membalas.. boleh kedengaran bunyi tapak kaki keluar dari situ..

Semasa nia hendak membuka pintu untuk melihat keluar.

Prakk!!

Handphonenya terjatuh kelantai. Bunyi tapak kaki mereka terhenti.

"Saya rasa macam saya dengar sesuatulah.." kata daniel..

Daniel menoleh kebelakang.. nia yang tergamam seketika dengan pantasnya menekup mulutnya..

Pada waktu itu dia hanya mampu berdoa kepada tuhan saja. Jantungnya berdegup dengan laju bagaikan hendak meletup.

Daniel membuka pintu tandas lelaki satu persatu..

Dia yang mendengar pintu tandas dibuka menutup matanya.

Semasa daniel sampai didepan pintu tandas tempat nia bersembunyi..boleh kelihatan kasut daniel dibawah pintu.

Dia membukanya perlahan-lahan..

'Dup!!dap!!dup!!dap!!'

Nia hampir menangis...

Kring!!!kring!!kring!!

Telefonnya berbunyi daniel membatalkan niatnya dan menyambut telefonnya yang berdering.

"Hello"

Kata daniel sambil berlalu keluar bersama wade.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now