Bab 13

2.6K 100 3
                                    

Wade memandang keluar tingkap teh yang dihidangkan masih belum disentuhnya..

Wajah nia muncul dimindanya..

Wajah gelisahnya..

Wajah takutnya..

Membuatkannya ingin menjadikannya miliknya.

"Wade macam mana dengan ni"ibunya tersenyum dengan gembira sambil menunjukkan beberapa keping gambar perempuan yang cantik.

Wade memandang gambar tersebut dengan wajah yang tidak berminat.

Dia memang tidak suka anak perempuan kaya yang dijodohkan dengannya.

Semuanya tidak berguna..

Kemasyuran itulah perkara pertama yang mereka inginkan.

mekap tebal..

Bau minyak wangi mereka yang terlalu kuat..

Asyik cakap tentang barang yang dibeli mereka..

Dan gedik..

Itu membuatkannya menyampah. Dia menyilangkan kakinya..

"Saya taknak semuanya"

Dia pun berdiri malas dia nak berlama-lama didalam rumah ibu dan ayahnya.

"Wade kamu kena cari seorang perempuan yang sesuai dengan kamu"pujuk ibunya.

Wade memandang ibunya dengan dingin dan  penuh kebencian. " i don't like them all" katanya lalu mengambil kunci keretanya..

"Wade!"panggil ibunya apabila wade meninggalkannya..

Dia menuruni anak tangga.. ayahnya pula asyik sibuk dengan kerja.

Dia menuju kepintu keluar..

Kereta  sport hitam miliknya tersadai diluar rumah. Dia menbuang begnya ketempat duduk penumpang lalu masuk kedalam.

Anginnya tidak berapa baik pada waktu itu..

Dia pun memasang enjin keretanya tanpa membuang masa dia meninggalkan rumah banglo  milik keluarganya..

Dia keluar dari kawasan rumah yang agak besar itu..

Angin malam menerpa wajahnya. Bintang mulai muncul didada langit dibandar metropolitan itu.

Wade menarik nafasnya dalam-dalam.

Keretanya berhenti apabila lampu isyarat menunjukkan warna hijau. Dia memegang rambutnya lalu menolaknya kebelakang.

Dia terpandang kearah satu keluarga yang tengah makan malam dengan gembira.

Seorang budak lelaki tersenyum gembira apabila ibu dan ayahnya membawanya makan diluar.

Dia makan dengan berselera..

Ibu dan ayahnya tak pernah luangkan masa bersamanya. Mereka tak pernah hiraukannya.

Malah..

Mereka ingin dia mati..

(Throwback..)

Bila mereka nak balik ni ujarnya dalan hati.

Wade hanya memandang kearah kek hari lahirnya.

Dia memandang sekeliling hanya dia sahaja yang berada dimeja makan pada waktu itu.

Tangan kecilnya memandang kearah jam tangannya..

'11.30 pm'

Wajahnya kelihatan sedih..

Darcy pembantu rumahnya datang sambil membawa hadiah yang besar..

"Ini dari tuan pengerusi"ujarnya sambil tersenyum..

Wade memandang kosong kearah hadiah tersebut yang dibalut dengan kemas..

"Saya nak tidur dululah"katanya dengan kecewa dia pun membuka langkahnya menuju kebilik.

Dia hampir menangis tetapi ditahannya..

Dia baring dikatilnya dan menyelimutinya dirinya.

'Tik..tok..tik..tok..'

Bunyi jam berdetik boleh kedengaran wade tidak dapat melelapkan matanya..

3 jam telah berlalu..

Wade terus bangun apabila terdengar bunyi kereta ayah dan ibunya diluar rumah.

Dia berhati-hati turun dari katilnya. Dia menjenguk kebawah..

Dia tersenyum apabila melihat ibu dan ayahnya menuju kebilik mereka.

Wade berlari semahunya menuju kebawah..

Passsss!!!

Bunyi kaca pecah boleh kedengaran. Wade yang berada didepan pintu mereka terkejut..

"Sampai bila aku nak bersabar!!" Ibunya menjerit..

"Dia tu gila bang!! Dia gila!!"jerit ibunya sekuat hati.

"Anak kita ada masalah mental."tambahnya lagi..

"Mereka kata penyakit tu boleh hilang" ayahnya cuba memujuk ibunya.

"Dia bukan anak aku!!"katanya ibunya..

"Aku harap anak jahanam tu tak pernah wujud"

Wade terpaku didepan pintu.

Pintu bilik itu dibuka.

Ayahnya terkejut apabila mendapatinya berada didepan pintu..

Wajahnya kelihatan kosong.

Dia mendongak memandang ayahnya. Ibunya yang tengah menangis memandangnya dengan terkejut.

"Wad..wade sebenar.."ibunya terus berdiri dan menuju kearahnya.

Dia cuba menyentuhnya tapi ditepis oleh wade..

Wade memandangnya dengan dingin..

"Aku benci kau"

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now