bab 39

1.5K 46 4
                                    

Zenny jumpa dengan wade ditempat yang sama dengan mimpinya. Wade memandang zenny dengan dingin.

Zenny hanya diam, tak seperti selalu mengedik dan melekat dengannya. Dia berbaju tidur dengan jaket biru yang dipakainya.

"Apa yang kau nak bincangkan"soal zenny dengan wajah tenang.

"Aku nak bincangkan pasal apa yang kau dah buat dengan nia"balas wade dia menghirup secawan kopi yang dipesannya.

EGO

Itulah yang memenuhi hati zenny. Rasa benci disebabkan ego membuatkan dia tidak mahu mengalah. "Pasal apa?"ujar dengan wajah bersahaja, seperti perkara buruk yang dilakukannya terhadap nia tidak pernah berlaku.

"Kau tak perlu tanya soalan bodoh zenny"balas wade matanya memandang tajam kearahnya.

"Dia yang buat masalah dengan aku, apa salahnya aku beri dia hadiahkan" dengan nada yang mendatar zenny tersenyum lebar.

"Minta maaf dengan nia?"katanya dia tidak menghiraukan ayat yang keluar dari zenny. Sekarang dia hanya memberinya pilihan.

antara Hidup atau mati?

"Minta maaf? Pfft hahaha"zenny ketawa seperti perkataan maaf sangat lucu baginya. Tembok egonya masih tinggi. "Kau nak aku minta maaf?"ujarnya seperti perkataan itu sangat mustahil untuk keluar dari mulutnya.

Wade hanya diam memandangnya. "Kau nak mati seperti hunter?" Ketawa zenny mati sejurus saja mendengarnya.

"Kembar aku yang tidak layak hidup di dunia ni?" Tambah wade lagi, zenny tersentap. Ayat wade seperti memotong hatinya.

Dia mengepal tangannya "sampai hati  kau cakap abang  kandung kau sendiri macam tu!"jerkah zenny tahap kemarahannya telah sampai hadnya.

Anak matanya membesar dia kelihatan cuba menahan amarahnya. Wade ketawa sinis "dia memang patut mati pun"

Zenny cuba menamparnya tapi dengan senang tangannya dipegang oleh wade. "Jangan kau samakan aku dengan hunter, aku tak suka apabila orang lemah dan bodoh disamakan dengan aku"kata wade dengan tajam.

Dia melepaskan tangan zenny. Jelas kelihatan bekas tangannya dilengan zenny. "Bodoh dan lemah? Dia darah daging kau sial!!" Marah zenny, wajahnya marah disebabkan terlalu marah.

"Darah daging aku? Lelaki yang lemah dan tidak dapat berdiri di kaki sendiri." Senyuman sarkastik wade membuatkan zenny bertambah panas.

"Aku bagi kau pilihan zenny. Aku takkan berkompromi selepas ni"kata wade sebelum meninggalkan zenny yang masih tersentak.

'Lelaki lemah dan tidak dapat berdiri dikaki sendiri?'

Senyuman hunter terbayang dimindanya. Senyuman polos yang sentiasa membuat hatinya senang. Kenapa takdir hunter sangat kejam?

Air matanya mengalir tanpa disedarinya,  dia mengelapnya beberapa kali.

"Maafkan aku.." ujarnya sebelum menangis teresak-esak.

Obsesi CintaWhere stories live. Discover now