Bab 11

2.7K 108 6
                                    

Nia berjalan dengan cemas menuju kekelas..

Pada waktu itu semua pelajar telahpun pulang. Dia tidak masuk kedalam kelas kerana berasa begitu takut..

"Nia!"

Namanya dipanggil dia terus menoleh kebelakang. Cikgu hailey menuju kearahnya sambil memegang segugus kunci.

Nia mulai gelabah kerana takut cikgu hailey memarahinya kerana tidak masuk kedalam kelas.

"K..kenapa cikgu?"soalnya sambil cuba untuk tersenyum kerana ingin menyembunyikan kegelabahannya.

"Boleh tak kamu tolong ambil fail  berwarna biru didalam stor lama dia belakang sekolah"katanya sambil memandang nia.

Nia bernafas lega  lalu mengangguk.

"Dimana tu cikgu?"soalnya lagi. Nia masih tak tahu kerana dia baru beberapa hari masuk kedalam sekolah ni.

"Ia berada dibangunan lama dibelakang sekolah.. kamu masuk je lepas tu kamu pergi kehujung pintu berdekatan dengan pintu keluar"terangnya.

Nia berfikir sejenak..

Kring!!!kring!!

Telefon cikgu hailey berbunyi.. "maaflah cikgu nak jawab telefon ni dulu nanti kamu letak dimeja cikgu"ujarnya sambil menjawab telefonnya dan berlalu pergi.

Nia mengeluh kecil.. dia pun membuka langkahnya.

Ia agak jauh kerana bangunan sekolahnya agak besar. Dia memandang sekeliling..

Banyak pokok bunga yang ditanam disekitar sekolah. Pondok pelajar pun ada..

Dia berjalan menuju kebelakang. Sampainya dia. dia mendongak memandang kearah bangunan sekolah lama dibelakang sekolahnya.

Banyak pokok disekitar bangunan itu. Rumput dan belukar tumbuh dengan tinggi.

Bangunan kelihatan suram disebabkan warna bangunannya semakin luntur dan pokok yang besar menghalang cahaya daripada masuk.

Nia menelan air liurnya..

Ia seperti tempat filem seram yang pernah ditontonya.

Dia membuka langkahnya menuju kebangunan tersebut.

Dia meredah rumput yang tumbuh dengan panjang.

Pintu masuk tidak berkunci dia pun masuk kedalam.

Bunyi tapak kakinya bergema dia setiap penjuru. Bunyi air yang menitis jatuh boleh kedengaran.

Nia mempercepatkan langkahnya menuju kestor tersebut kerana berasa seram.

Dia pun membuka kunci mangga apabila dia sampai didepan pintu.

Dia cuba beberapa kunci tetapi tidak berjaya. Dia pun memilih kunci yang kecil  untuk membuka kunci itu..

'Klik'

Mangga itu terbuka nia tersenyum..lalu masuk kedalam.

Banyak dokumen dan fail yang bersusun disetiap rak.

Ternganga nia apabila melihatnya..macam mana dia nak cari..

Alamak!dia lupa nak soal tentang jenis fail yang cikgu hailey minta.

Dia mulai begang..

Dia melihat sekeliling barang-barang lama sepeti meja,bangku yang kebanyakannya telah patah diletakkan disudut bilik stor.

Dia menyedari ada fail biru yang bersusun diatas rak yang berdekatan dengan barang lama itu.

Dia  cuba untuk mencapai fail itu. Disebabkan ia agak tinggi  dia menarik fail itu menggunakan hujung jarinya.

Apabila ditariknya rak itu mulai bergoyang dan hendak jatuh..

Nia yang ralit menarik fail itu tidak menyedari..

Rak itu terus bergoyang..

Dengan pantasnya lengannya ditarik..

'Bamm!!'

Bunyi rak itu jatuh boleh kedengaran dengan kuat. Nia hanya terkaku memandang rak yang jatuh itu.

"Laingkali hati-hati"satu suara garau menyapa telinganya. Nia mendongak untuk melihat tuan empunya suara tersebut.

Jantungnya berdegup dengan laju apabila menyedari wade yang menyelamatkannya.

Dia menjauhkannya dirinya apabila menyedari mereka terlalu dekat.

Dia betul-betul berasa takut dengannya. "Kalau begitu saya pergi dulu" tanpa berfikir panjang dia terus menuju keluar tapi langkahnya terhenti apabila lengannya ditarik dan wade menghempas badannya didinding lalu memerangkapnya dengan kedua-dua tangannya.

Nia boleh merasa deru nafasnya.. dia mulai berpeluh sejuk..

Wade memandangnya dengan dingin..

"A..apa yang kau buat ni?"katanya sambil melarikan anak matanya.

"Saya nak bercakap dengan kau tak boleh ke"katanya sambil tersenyum sinis.

Meremah bulu romahnya..jantungnya berdegup dengan laju.

Mukanya mulai merah..lututnya terasa lemah.

Wade agak tinggi jadi dia mendongakkan kepalanya untuk memberanikan diri memandang lelaki tersebut.

"Kalau nak cakap pun tak perlu k..kau bu..buat macam ni"dia tergagap kerana dia tidak boleh berfikir dengan baik pada masa itu.

Wade ketawa kecil..

Dia mendekatkan wajahnya kewajah nia.. nia mengundur kebelakang sedikit.

"Pasal apa yang kau dengar ditandas sebentar tadi aku harap kau jangan bagitahu sesiapa"katanya sambil memandang tepat kematanya.

Hati nia bergetar dengan kuat.. macam mana wade tahu yang aku ada kat sana?

Nia mulai gementar tangan mengeletar dengan kuat dia mengengamnya dengan erat "apa maksud kau ni? Aku tak fahamlah"dia cuba menolak badannya tetapi wade langsung tidak berganjak.

"Aku cuma nak kau tahu.. sebab sekali kau buka mulut,kau takkan dapat berpatah balik"



Obsesi CintaWhere stories live. Discover now