New school.

156 20 0
                                    

Kim ji yeon.

Selepas beberapa minit tergelak kat dalam bilik😂. Aku pun keluar daripada bilik sambil menggalas beg.

Aku meminta izin untuk gerak manakala oppa memberikan aku jelingan maut. Aku pula hanya buat muka 'siapa suruh cari pasal'

Oppa pun mula masuk dalam kereta dan menghidupkan enjin kereta. Aku pun pakai kasut dan nak keluar dari halaman rumah.

Namun,eomma memanggil ku.

"Kei-ah. Kenapa tak naik dengan taehyung sekali?" Tanya eomma.

Oppa pun memandang aku.

"Erk,taknak lah. Nanti oppa belasah kei kat kereta sebab kenakan dia tadi. Hehe" Aku mula membuat alasan yang tak munasabah itu.

"Lah,kalau dia buat apa-apa. Kamu bagitau je eomma. Dah,pergi naik dengan oppa sana. Tak elok kamu jalan sorang-sorang." Kata eomma.

Taknak kena bebel punya pasal,aku terpaksa akur dengan suruhan eomma itu.

Lalu,oppa pun mula keluar dari halaman rumah dengan kereta mewahnya itu.

"Ha,nanti turunkan aku dekat stesen bas nak ke sekolah tu." Kata ku.

"Ok"

-Skip-

Aku pun mula menjejakkan kaki ke crystal high school. Kelihatan semua orang memandang aku pelik.

Manakala aku hanya terus menuju ke pejabat untuk tahu kelas aku dimana.

Tapi.... aku tak tau kat mana pejabat. Duh,nak tanya siapa ni? Dah la semua orang tengok aku macam nak makan aku. Huihh,menyeramkan!!!

Dah la sekolah ni besar !! Boleh sesat aku kat sini. Eh,kejap signboard ni kata pejabat kat sana.. tapi kenapa takde. Aik?? Mana satu ni?? Jadi aku pun terpusing-pusing kat situ.

KRING !!!

Aduhh !!! Loceng dah bunyi !! Semua pelajar mula masuk ke kelas dengan tergesa-gesa. Aku pula kena cepat sebelum cikgu ingat aku tak hadir.

Aku pun mula berlari dan tiba di satu selekoh ni tanpa aku perasan aku terlanggar seseorang. Jadi buku-buku yang aku pegang terjatuh dan aku memegang punggung ku yang sakit itu 😂😂.

Aku memandang sinis lelaki yang kami terlanggar itu dan!!! Mata ku membulat selepas memandang lelaki yang aku terlanggar itu.

Manakala,lelaki itu dan 6 orang rakannya hanya memeluk tubuh sambil merenung tajam mata aku.

Aku mula mengimbas wajah lelaki itu seorang demi seorang sehingga terhenti pada seorang lelaki yang pandang aku dengan pandangan yang hendak menolong.

While.. pelajar perempuan yang lain terjerit-jerit

'What?! Dia langgar oppa aku?!'

'Aku akan bunuh kau perempuan !!!'

'SHITT'

Memekak je kerja korang ni kan?! Aku pun mula berdiri dan mengutip buku yang terjatuh tadi.

"Tak sangka perempuan miskin macam kau ni boleh masuk sekolah ni kan?" Kata lelaki itu.

Aku hanya memberi jelingan maut pada lelaki itu.

"Dah la jimin. Biar lah dia" Tahan seorang lelaki yang entah,aku tak kenal siapa yang pasti dia comel😍.

"Dia ada banyak hutang dengan aku. Mana baju aku?!" Tanya jimin pada aku.

Aku diam je. Malas nak bergaduh.

"Eee perempuan ni !!!" Jimin mula nak angkat tangan. Mungkin nak lempang aku (?)

Tapi oppa aku tahan tangannya.

"Sudah lah jimin. Kau ni tak yah lah sampai nak lempang dia." Kata oppa.

"Kau ni !! Aku nak acah-acah je !! Ish,menyibuk je!" Kata jimin sambil menepis tangan oppa.

"Dah lah,jom chaw sebelum cikgu bebel !!" Kata salah seorang lelaki daripada mereka yang memakai name tag 'kim seok jin'.

Seorang demi seorang pergi meninggalkan aku dan oppa aku adalah orang yang terkahir meninggalkan aku.

"Tingkat 2 hujung sekali." Sempat je oppa bagitau tempat pejabat terletak.

Aku hanya mengangguk lalu menuju ke pejabat.

-Skip-

"Kim ji yeon? Saya,mrs.park. Erm,Kamu pelajar baru anak mr.kim pemilik syarikat terkaya di korea betul?" Tanya mrs.park.

"Ah,ya saya kim ji yeon dan ya saya anak mr.kim. Erk,tapi cikgu.. boleh rahsiakan pasal saya ni anak mr.kim tak?" Pinta ku pada mrs.park

"Mengapa pula?" Tanya mrs.park kepelikan.

"Alah.nanti lah saya cerita. Erm,sekarang ni mana kelas saya?" Tanya ku pada mrs.park.

"Oh,ya. Mari ikut saya." Kata mrs.park.

----

Sorry banyak kali skip... malas nak cerita satu per satu😅

Trying To Love You ●KeiMin●Where stories live. Discover now