dinner.(1)

113 22 2
                                    

Park jimin.

Balik je dari sekolah,aku terus berlari naik atas. Takut terlambat. Seperti yang dijanjikan semalam,aku dan eomma dijemput makan malam di rumah keluarga taehyung.

Tapi kan,tadi kenapa taehyung nampak macam ada hubungan dengan kei je? Nak kata macam pasangan bercinta ada,macam adik-beradik pun ada.

Pelik.. pelik.

"Jimin!!! Cepat sikit,kita dah kena bertolak ni!!" Panggil eomma dari bawah.

"N..Nae!! Kejap lagi jimin turun!!" Kataku dari dalam bilik.

-Skip-

Kini aku berada di halaman rumah kim taehyung. Loceng rumah ku tekan.

Din..dong~~

Pintu pun dibuka oleh maid rumah tu. Tak silap aku taehyung panggil dia makcik lee. Aku pun senyum pada makcik lee.

"Jemput masuk" Kata makcik lee sambil meluaskan lagi pintu rumah.

"Terima kasih." Kata eomma lalu masuk ke dalam rumah.

Wah,besarnya rumah V ni. Kali terakhir aku datang rumah ni,tahun lepas tak silap. Haha,aku jarang lawat rumah dia. MALAS.

Lalu,aku dan eomma pun duduk sofa yang disediakan di ruang tamu rumah itu.

Beberapa saat kemudian eomma dan appa taehyung pun turun bersama dengan seorang gadis. Aku tak nampak mukanya sebab rambut dia menutup muka dia.

Jadi,mula lah eomma aku berbual dengan parents dia. Aku masih tertanya-tanya,siapakah perempuan tu?

Lawa ke tak,comel ke tak? Dia asyik tunduk je,jadi aku tak dapat nampak muka dia dengan jelas. Perbuatan dia mengingatkan aku pada seseorang lah,tapi siapa ye?

Walau apa pun yang bakal terjadi,hati aku ni hanya boleh terima kei seorang sahaja. Eh,sejak bila aku bertambah suka dekat dia ni?

"Erm,apa kata kamu berdua jalan-jalan kat luar sebentar. Kenal-kenal lah dulu." Kata mrs.kim.

"Oh,ya betul tu. Lagipun,ada hal yang kami nak berbincang ni. Pergilah,kenal-kenal dulu dengan anak mrs.park yang handsome tu" Kata eomma aku pada anaknya.

Aduh eomma ni.. jangan lah puji lebih-lebih. Koyak seluar dalam aku nanti😂😂

Lalu,anak perempuannya berdiri dan terus menuju ke pintu + keluar.

Cis,bukannya nak ajak aku keluar sekali.

Aku pun mula mencari kelibat anak mrs.kim yang menghilang.

Ha,tu dia. Tengah duduk di kerusi yang berada di taman rumah mrs.kim. Dan kerusi itu pula membelakangkan aku.

(Rumah org kaya kan besar,so mesti lah ada taman kat dalam umah dorg. Mohon faham😅😁)

Aku masih tak dapat nampak muka perempuan tu. Tapi,aku tak kisah pun sebenarnya.

"Hoi,kau jangan harap lah nak kahwin dengan aku! Aku tau lah parents aku kaya,so mesti kau nak pergunakan kitorg je kan?" Kataku yang sebenarnya cuba untuk batalkan perkahwinan ini.

Namun,perempuan tu senyap je.

"Kau dengar tak ni? Pekak eh?! Aku taknak lah kahwin dengan kau!!! Aku tau lah aku handsome and kaya. Kau fikir dengan cara tu,nama kau boleh terkenal ke?!! Last question,asal kau terima kahwin dengan aku?!" Aku mula meninggikan suara.

Perempuan tu pun berdiri dan pusing ke arah aku. Finally,aku nampak pun muka dia.

WAIT,WHAT??!!!

Trying To Love You ●KeiMin●Where stories live. Discover now