New seatmate.

159 18 0
                                    

Kim ji yeon.

Aku pun terus mengikut mrs.park dari belakang. Setelah 2,3 minit berjalan kini tiba lah di hadapan kelas ku. Kedengaran kelas 5A dari luar amat bising,mungkin tiada cikgu yang menjaga.

Mrs.park pun membuka pintu kelas mereka dan masuk ke dalam kelas sambil membuat pengumuman. Bila mrs.park buka pintu je diorang terus senyap,wow awesome !! Mrs.park pakai sihir apa ek sampai semua orang senyap macam ni? 

"Baik,kelas 5A. Hari ni korang ada pelajar baru dari busan. Kei,masuk." Arah mrs.park pada ku.

Aku pun masuk dengan sedikit gementar.

"Baiklah,kamu boleh kenalkan diri kamu ye." Kata mrs.park

"Ah,nae. Annyeonghaseyo,kim ji yeon imnida!! Panggil saya kei. Salam berkenalan!!" Kataku dengan penuh semangat.

Manakala yang lain tergelak senyap-senyap. Aku hanya menjeling pada mereka yang menggelakkan aku. 

"Baiklah,saya dah nak kena pergi. Erm,kei kamu boleh duduk di tempat kosong di situ ye." Kata mrs.park sambil menuding jari ke arah satu meja yang kosong bersebelahan dengan seorang lelaki yang sedang senyum ke arahku. 

Aku pun balas senyuman dia dan menuju ke arah meja itu. Meja aku tu paling tepi,sebelah tingkap. Aku pun terus duduk di sebelah dia. Lalu dia menghulurkan tangannya.

"Saya,song yoon hyung ^^ Panggil Yunhyeong." Kata lelaki yang mempunyai lips yang lembap itu.

"Ahh,nice name^^ Yunhyeong." Kata ku sambil berjabat tangan dengan lelaki itu.

Apabila mrs.park sudah keluar,kelas kembali bising. Yang itu,aku tak kisah lah tapi yang membuatkan aku kisahnya.. diorang semua ejek aku.

"Cermin mata tu kalau boleh nak besar lagi eh? HAHAHA"

"Entah-entah beli kat pasar malam!!!"

"Eyuuu,jijik!!!"

"Dah lah ikat rambut. Kau fikir sekolah ni ada peraturan suruh ikat rambut macam sekolah kau yang dulu ke?!!"

"HAHAHA,dah lah datang dari sekolah murah!!"

Itu lah dia ejekan yang mampu membuatkan aku panas. Tapi,sabar je aku.

Oh,ya lupa nak cakap.. aku sama kelas dengan oppa aku. Dia duduk kat belakang yunhyeong while,belakang aku pulak jimin tak guna tuh !! Huh,perlu ke aku duduk depan dia😒

-Skip(rehat)-

KRINGGG !!!!!

Loceng berbunyi menandakan waktu rehat. Semua pelajar sudah keluar rehat manakala aku hanya masih duduk diam macam belum rehat lagi.

"Awak tak nak pergi kantin ke? Tak lapar?" Tanya yunhyeong.

"Erm,saya sebenarnya nak... tapi,saya tak tau kantin kat mana😅hehe." Kata ku dengan malu-malu gitu.

"Lahh,cakap lah awal-awal. Jom,ikut saya. Saya pun tak de kawan nak makan. Jom lah." Pelawa yunhyeong itu.

"Erk,boleh ke? Kawan-kawan awak tak marah ke ??" Tanya ku pada dia.

"Kawan? Haha.. saya malas nak berkawan dengan orang yang kejam kat sekolah ni." Katanya dengan tersenyum senget sedikit😏.

Aku hanya mengangguk sahaja.

"Erk,jom lah !! Biar saya jadi kawan awak ye??" Kata ku sambil menarik lengannya.

"Childish" Kata yunhyeong perlahan sambil tergelak kecil.

"Ye,saya tau saya childish. Kalau awak nak tau,ini lah diri saya. Hehe,jangan benci saya boleh??" Tanya ku pada dia.

"Aip,kenapa pula nak benci?? Sebenarnya saya suka orang yang childish ni sebab nampak comel" Katanya sambil mencubit lembut pipiku.

Auchh. Aku memegang pipi ku sambil mencebik. Manakala dia hanya tergelak melihat gelagat aku yang bagai kanak-kanak kecil tu.

"Tanak kawan awak !!"  Kataku lalu berjalan meninggalkan yunhyeong keseorangan.

"Hey,kejap lah awak !! Nanti sesat kang !!" Kata yunhyeong lalu mengejar ku.

----

New cast..

Song yoon hyung,(yunhyeong) ikon. Penggemar lip balm😍

Trying To Love You ●KeiMin●Where stories live. Discover now