BTS ??

157 20 3
                                    

Kim ji yeon.

Selesai membersihkan rambut ku yang dicurah air susu tadi,aku dan yunhyeong pun mula berbual-bual.

Kelas pula semakin penuh setelah loceng berbunyi.

"Awak,saya pelik lah. Kenapa lelaki jahat macam jimin tu ramai peminat?" Tanya ku kerana pelik.

"Lah,awak ni. Diorang kan kingka sekolah ni. Mestilah ramai peminat." Kata yunhyeong.

"Pfftt,sebab tu je ke? Habis tu member dia yang lain tu siapa pula?" Tanya ku lagi.

"Diorang bukannya orang biasa,member dia yang namanya taehyung tu.. parents dia pemilik syarikat terkaya di korea tau. Sebab tu diorang femes. Member lain pula,ada yang pemilik hotel 5 bintang ada yang pemilik barang kemas terkenal di korea.. macam-macam lah. Sebab tu diorang femes." Kata yunhyeong sambil meratakan lip balm di bibirnya lagi.

Tak habis-habis dengan lip balm dia tu.

"Eleh,mak bapak yang kaya.. bukannya diorang. Lagi? Kenalkan lah pasal diorang lagi." Kataku teruja. Bukannya apa,aku just nak tau serba sedikit pasal diorang.

"Okay. Ketua member tu namanya,Kim namjoon(rapmonster). Member paling tua dalam group tu,kim seok jin(jin). Member yang kuat mencarut kat situ,min yoongi(suga). Erm,member yang perangai gila-gila kat situ namanya jung hoseok(jhope). Member yang umurnya sama namanya,Park jimin(jimin) dan kim taehyung(V). Maknae dalam grup tu,jeon jungkook(jungkook). Dan,maknae tu juga paling ramai peminat sebab muka dia comel. Tapi aku rasa aku lagi comel." Kata yunhyeong panjang lebar.

"Eleh,perasan je tau !! Oh,nama diorang pelik-pelik lah. Habis tu nama group tu apa? Takkan takde nama pulak kan?" Tanya ku.

"BTS. Tu nama group diorang." Kata yunhyeong lagi.

"B...what? BTS?! Apa makna bts tu? Budak Tak Sekolah? BTS? Pelik-pelik je nama diorang" Tanya ku kepelikan.

"Pffttt,apa awak cakap?! Budak tak sekolah? HAHAHA,bukan lah. Bts tu maknanya b-" Tanpa sempat yunhyeong sambung cakap nya,terdapat seorang manusia menyelit.

"Bangtan Boys or Bangtan sonyeondan(Bulletproof Boy Scouts). Apa ke patut kau gelar kitorang budak tak sekolah?!!" Kata lelaki bitch tu a.k.a jimin.

"Cis,betullah !! BTS.. B untuk budak. T untuk tak. S untuk sekolah. Ha,betullah. Budak tak sekolah!!" Kataku sambil berdiri.

Lalu kami saling memberi jelingan maut dan yunhyeong cuba untuk meleraikan pergaduhan kami yang menggunakan mata itu. Begitu juga dengan oppa aku yang muncul entah dari mana. 

"Hoi,sudah lah tu jimin. Kau jangan nak tenung mata dia lama-lama. Takut fall in love nanti." Kata oppa yang cuba meleraikan pergaduhan kami.

"WHAT?!! AKU?! FALL IN LOVE DENGAN DIA?!! Seriously kim taehyung?? Eyuuu,please lah !! Masalahnya perlu ke? HUhh" Kata jimin lalu mula duduk ke tempat duduknya.

"Tak delah,orang kata dari mata turun ke hati. Tengok jelah nanti mesti kau akan suka kat dia." Kata taehyung.

Walaupun mereka berbual di belakang,tapi telinga aku ni tak pekak,so masih boleh dengar lagi.

Jadi,aku pusing belakang sikit lalu memijak kakinya.

AUCHHHHH !!!!!!!!!!

Trying To Love You ●KeiMin●Where stories live. Discover now