Lip balm ?

161 21 4
                                    

Kim ji yeon.

Setelah yunhyeong dapat pujuk aku yang merajuk lah sangat tadi,aku pun jalan menuju ke kantin bersama dia.

Selesai beli makanan,aku pun duduk di meja yang disediakan di kantin itu.

Pelajar lain hanya memandang aku macam aku tengah buat salah je.

Tengah sedap-sedap kami makan,tiba-tiba jimin datang ke meja kami.

"Hoi,korang tak yah nak ber 'sweet-sweet' macam kapel kat sini boleh tak? Naik muak mata orang yang memandang tau tak?? Baru berapa jam kenal dah jadi kapel. Menda lah." Kata jimin dengan selambanya.

"Bila masa pulak kitorang jadi kapel?? Kalau kitorang kapel sekalipun,perlu ke kau kisah? Melainkan .. kau jeles?" Tanya yunhyeong dengan kening sebelah terangkat.

"J...jeles?! Weh,please ah.. tak de masanya aku nak jeles lah!!" Jerit jimin yang sedang marah.

"Habis tu,asal kau datang nak halang kitorang bersweet-sweet?? Jealous???" Tanya yunhyeong lagi.

"Takde masa lah aku nak jeles!!" Kata jimin sambil menghentak meja makan kami.

Aku hanya diam dan berhenti makan.

Tiba-tiba oppa datang menghentikan kemarahan jimin.

"Sudah lah weh,takyah nak gaduh kat tempat makan. Tak elok. Jom,blah." Kata oppa yang cuba memujuk jimin.

"Yelah yelah !!!" Kata jimin.

Tiba-tiba dia mencurahkan air susu ke atas kepala aku lalu dia membaling kotak susu itu ke arah muka aku.

Dia dan pelajar yang lain tergelak lalu dia pun berlalu pergi. Aku??

Aku hanya tertunduk dan aku terasa nak menangis pada waktu itu. Bukan nak nangis,dah meleleh dah pun air matanya.

Disebabkan terlalu malu,aku terus bangun dan meninggalkan kantin dengan perasaan malu,marah dan sedih.

Aku berlari menuju ke kelas dengan air mata masih mengalir. Yunhyeong pula cuba untuk mengejar aku.

Dalam perjalan nak ke kelas,aku terserempak dengan jimin yang masih gelak dan dia berhenti ketawa apabila melihat aku.

Aku hanya mengabaikan dia dan terus menuju ke kelas. Aku menolak pintu dan duduk di tempat duduk aku.

Aku menangis kerana dimalukan dan digelakkan oleh orang ramai. Malu yang amat !!! Hanya tuhan je yang tau.

"Yah,kei. Huhh,cepat nya lari. Penat saya. Hey,jangan nangis." Pujuk yunhyeong.

"Saya malu lah !!! Diorang semua tak guna !!" Kataku sambil terjerit perlahan.

"Hey,rilex lah. Kei kan kuat. ^^" Pujuk dia lagi sambil mengeluarkan sesuatu.

Lip balm ???

Lalu,dia meratakan lip balm itu ke bibir dia. Lah,patutlah bibir dia lembap je.

"Apa tengok-tengok?" Tanya dia.

"A..awak suka pakai lip balm ke?" Tanya aku pula.

"Oh,aah. Barang keperluan ni. Tak boleh hidup tanpanya. Haha." Kata dia dengan tergelak kecil.

Aku pun turut tergelak sebab dia nampak comel bila cakap macam tu.

"Hey,kenapa gelak? Lawak ke? Kenapa ? Awak fikir lelaki tak boleh pakai lip balm ke?" Tanya dia.

"Eh,tak.. saya just.. erm.. awak nampak comel 😂😅" kataku dengan tersipu malu.

"Ohh. Kejap eh,jangan gerak" kata dia.

Lalu,dia mengelap rambut ku dengan tisu. Aku hanya memerhatikan mata dia yang agak menawan itu.

"Hui,kenapa dari tadi tenung mata saya tak henti-henti?" Tanya dia.

"Tak..takde apa. Tenung je,jangan nak perasan eh.." Kata ku.

"Mana taknya. dah awak tenung mata saya memang lah saya perasan awak suka saya. Well,saya tau saya hensem kan?" Kata dia dengan berlagaknya.

"Cis,hensem konon."

Trying To Love You ●KeiMin●Where stories live. Discover now