Secret between us.

176 19 1
                                    

Kim ji yeon.

Balik daripada jogging,aku terus balik rumah dengan perasaan geram. Aku masuk ke dalam bilik dan mula mengemas beg untuk sekolah esok.

Kejap,aku kena berahsia yang aku ni adik oppa. Yelah,setahu aku oppa tu hot kat sekolah. Aku pula,tak suka jadi budak hot ni. Eh,yeke?

So,apa kata aku rahsia kan je yang aku ni adik oppa. Sampai masa nanti aku bagitau lah kan? Aku kena bagitau oppa pasal hal ni.

-Skip(malam)-

Aku pun mula menaiki tangga setelah selesai makan malam. Tiba-tiba aku terserempak dengan oppa di tangga.

"oppa,kei ada hal nak cakap dengan oppa" Kataku pada oppa.

"Alah,nanti-nanti jelah. Aku nak pergi beli aiskrim ni." 

"Aduh,macam bebudak lah kau ni. Erm,kalau boleh kei nak ikut sekali. Boleh?" Tanya ku sambil buat puppy eyes.

"Tak comel pun weh. Dah jom ikut aku." Kata oppa ku lalu dia berlalu pergi.

"Yah,jinjja?!! Oppa belanja tau. Wait for me!!" Jerit ku dari tangga.

Setelah selesai membeli aiskrim yang dibayar oleh oppa,kami berdua pun duduk di bangku yang terdapat di suatu taman.

Dengan riangnya aku makan aiskrim yang dibayar oleh oppa dan keadaan kami agak sunyi di situ sebab terlalu sedap menikmati aiskrim.

"Ha,tadi kau kata ada hal nak cakap. Apa dia?" Tanya oppa.

"Oh,ya. Nasib kau ingatkan aku. Tapi ni rahsia antara kita berdua tau. Jangan bagitau sesiapa." Kataku dengan suara yang agak serius.

Oppa pandang aku dengan mata terbuka luas. 

"Asal kau pandang aku macam tu ??" Tanya ku pelik.

"Ka...kau jangan cakap yang....kau..." Kata oppa aku satu persatu.

" Jangan cakap yang aku apa?!!" Tanya ku sambil meninggikan suara sedikit.

"Tadi kau kata ni rahsia kita berdua kan? Kau jangan kata yang kau dah pregnant atau pun kau nak kahwin lari." Tanya oppa ku dengan suara bergetar + muka takut.

Asal aku ada abang yang begitu bangang seperti dia ni ha -_- Ni sume author punya pasal !!

"Dey!! Kau dah kenapa?! Tulah,dah terpengaruh dengan cerita drama kat tv tu!! Aku tak mengandung anak sesiapa pun lah !! Mahupun aku nak kahwin lari. HUhh -_-" Marah aku pada oppa.

"Huhhhh,nasib baik. Aku ingat kan kau nak kahwin lari tadi. Btw kau nak cakap apa." Tanya oppa aku dengan muka kembali stabil.

"Esok kan aku dah kena pergi sekolah an? Nanti,pergi dengan balik sekolah kau naik jelah kereta sensorang. Aku nak jalan kaki dan aku nak kau rahsiakan yang aku ni adik kau. Arra?! Kalau kantoi,siap kau eh." Kata ku sambil menuding jari ke arah muka oppa.

"Wait. Kau nak aku rahsiakannya? Asal? Dan lagi satu,kau kan adik aku.. takkan lah aku nak biar kau jalan kaki sedangkan aku naik kereta. Itu bukan abang namanya." Katanya dengan kening sebelah terangkat.

"Aku tau,kau baik sampai kau tak sanggup nak tengok adik kau yang comel ni jalan kaki. Tapi,biar je. Aku yang minta kan? So,apa-apa biar aku yang tanggung." Kata aku dengan berlagaknya.

"Comel haktuih. Ha,dah nak pukul 10 malam baik kita balik sebelum eomma buat ceramah free." Kata oppa selepas melihat jam pada phone nya.

"Kajja"

Lalu kami balik. Dalam perjalanan balik,aku dan oppa terserempak dengan someone. Bila aku tengok betul-betul muka lelaki yang kami terserempak itu,aku terus menundukkan pandangan sambil mencarut dalam hati.

Oppa aku mula menegur lelaki itu,dan nampaknya mereka macam rapat je. Aish,abang aku rapat dengan si bitch tu ke?!! Aduhhh. Mereka berdua mula berbual tanpa menghiraukan aku.

"Erm,siapa yeoja yang dengan kau tu taehyung? Girlfriend eh?" Tanya lelaki itu pada v.

"Ha,lupa nak kenalkan. Ini adik aku. Kei,ni jimin kawan oppa." Kata oppa.

Si bitch tu ataupun nama sebenar dia jimin mula menghulurkan tangan. Aku pun menghulurkan tangan dengan kepala masih tertunduk. Setelah berjabat tangan aku terus turunkan tangan.

"Erk,hi. Adik kau ni dah kenapa? Kena rasuk ke?" Tanya jimin pada oppa.

"Ntah,dia ni tetiba je macam ni. Kei,kau dah ke-" 

Tanpa oppa sempat menghabiskan ayatnya,aku terus menarik tangannya dan berlalu pergi.

Trying To Love You ●KeiMin●Where stories live. Discover now