㍾ ㅡ prologue

14.7K 1.3K 128
                                    

OST 00

00 TRAILER

OST 01


.     .     .

" Kau adalah penjenayah "

Seorang budak yang berumur 12 tahun itu menangis teresak-esak. Sudah beberapa kali dia mengesat air matanya menggunakan kelim baju , tetapi linangan air matanya langsung tidak berhenti mengalir.

" Apa yang kau sudah lakukan pada abang kau?!" Tengking lelaki yang sudah berumur separuh abad itu. Budak itu terhinjut apabila dia terlalu terkejut mendengar tengkingan lelaki berumur itu

" A-aku tidak lakukan apa-apa. Aku tak buat !" Budak itu masih tersedu-sedu , itu sahaja bait ayat yang mampu dituturkan walaupun dia tahu , orang tua di hadapannya tidak akan termakan dengan pengakuannya.

" Kau memang dasar syaitan !"

Lelaki separuh abad itu mengheret budak tersebut ke bilik bawah tanah. Lelaki itu menghempaskan pintu dengan kuat dan menguncikan pintu tersebut. Bunyi esakan budak kecil itu semakin lama , semakin kuat bergema. Budak itu meraung , menjerit perkataan ' tidak !' beberapa kali namun lelaki itu tidak mengendahkan jeritannya.

Budak itu tidak lagi mahu mengalah dan kini lolongan meminta tolong pula bergema pada seluruh ruangan bilik bawah tanah itu.

Zap ! Bunyi libasan yang amat kuat bergema di seluruh ruangan.

Jika diperlihatkan dengan teliti , kelihatan darah sudah mula terpercik dan mengalir keluar daripada celahan pintu bawah tanah itu.

\/\/\/

" day by day, night by night. the young blood we wait, the drinks we hate."

young blood
official on going.

— ORIGINAL storyline by
SYANA
— SUNTINGAN penulisan oleh
FATIHAH / @cytypat

young blood. Where stories live. Discover now