19 ㅡ safe?

3.9K 721 57
                                    

PESAKIT : 01

Malam tu terasa sunyi sangat. Selepas sahaja kitorang semua berjumpa dengan President dan kemudian makan malam, kitorang semua diarahkan tidur. Aku tidur di sebuah bilik yang luasnya seperti sebuah apartment. Ya, aku tidur seorang diri begitu jugak yang lain.

Mungkin sebab yang lain perlukan masa tuk bersendirian.

Entah kenapa, malam ni aku tak rasa seperti aku mahu tidur. Mataku masih lagi segar bugar. Dipandang nya kekiri dan kekanan. Langsung tak jumpa spot yang bagus untuk aku tidur.

Beberapa jam selepas tu, aku mengalah. Kalau aku tak boleh tidur, buat apa aku nak paksa diri en? So, aku bangun daripada katil aku dan menuju kearah balcony. Angin malam tu terasa nyaman sekali. Dengan kehangatan daripada oversized sweater putih aku, aku mengamati keindahan alam semesta pada malam tu.

" kim taehyung "

Terhinjut bahu aku apabila mendengar suara tersebut. Ia datang daripada dalam bilik aku. Tapi, macam mana?

Disebabkan ingin tahu, aku masuk kedalam bilik aku yang gelap gelita tu. Biasalah, aku bukannya suka sangat terang-terang. Sakit mata. Di ruang bilik aku, aku nampak sekujur tubuh.

Disebabkan kegelapan, aku tak nampak wajah tubuh itu. Aku mengecilkan mata aku untuk melihat wajah tubuh tu. Tapi, malangnya aku masih tak nampak wajah tubuh tersebut.

" uhm, hello?" Sapa aku. Aku tak tahu nak kata apa.

" taehyung, kau tak kenal aku? " suara tersebut bertanya lagi. Dahi aku berkerut.

Aku kenal dia? Pernah ke aku jumpa dia?

"Er.. tak?" Aku menjawab kata-kata suara tersebut. Kedengaran suara tu ketawa. Bila dengar bebetul, suara tu seperti mengilai semasa dia ketawa. Aku memeluk tubuh aku. Jangan benda yang bukan-bukan menyinggah sudah lah. Korang paham kan maksud aku?

" ya, manalah orang yang penting macam kau ni nak kenal aku kan? the owl memang lakukan kerja yang baik dalam hilangkan ingatan. " sekali lagi tubuh itu gelak. Aku tak tahu napa, tapi ianya membuatkan aku seram sejuk. Mendengar nada suaranya sahaja dah buat aku meremang. Malah, aku tak tahu siapa dia ni lagi. Kalau nak katakan manusia, macam mana dia masuk bilik aku sedangkan aku kunci pintu bilik aku? Macam mana tu?

" siapa kau? " tanpa membuang masa, aku terus mengajukan soalan aku padanya. Aku perlukan jawapan tu dengan segera supaya aku boleh ambik langkah berhati-hati pada dia.

Entah kenapa, sejak semenjak ni aku rasa sukar nak mempercayai seseorang kecuali kawan-kawan aku.

" aku adalah mimpi ngeri kau, Taehyung. Lupa? "

Serentak itu, aku terus teringatkan tentang semua mimpi-mimpi ngeri aku yang pernah aku alami.

" apa maksud kau mimpi ngeri aku? Kau adalah keseluruhan daripada mimpi ngeri aku?" Soal Aku keliru. Tubuh itu gelak mengejek pada aku.

" satu hari kau akan tahu siapa aku sebenarnya, Kim taehyung. "

Sejurus itu, aku dapat rasakan ada sesuatu benda melintasi aku. Ia seperti melangkaui tubuh badan aku. Aku tak dapat bernafas semasa ia masuk kedalam badan aku. Sebaik sahaja dia keluar, aku tercungap-cungap.

young blood. Where stories live. Discover now