17 ㅡ another way

4.1K 748 141
                                    

PESAKIT : 01

Safe zone : exit

" jauh lagi ke namjoon? "

Namjoon memasukkan kedua tangannya kedalam hoodienya itu. Dia mengetap bibirnya lalu mengangguk. " yep, jauh sikit perjalanan kita. Tapi, dalam 10 minit lagi sampai lah. " kata Namjoon.

Kitorang melalui semak-semak belukar. kekadang, ada jugak kaki aku tersadung dekat dahan pokok sebab banyak sangat.

" kau yakin kita boleh percayakan lelaki ni? " hoseok menyoal aku. Aku mengangkat bahuku.

" entah lah seok. Aku pun tak tahu. Tapi ni jelah jalan yang kita ada. Kalau tak ikut laki ni, kemana lagi kita nak tuju? " kata aku dengan nada yang mendatar. Hoseok mencebik sedikit. Aku tahu hoseok ni rasa tak senang sikut dengan lelaki tu.

" aku nak korang hati-hati tau? Jangan buat pape bunyi selepas keluar daripada hutan ni. Arra? " tetiba Namjoon bersuara daripada depan. Kitorang semua menganggukkan kepala walaupun dalam minda kitorang pelik. Kenapa perlu berhati-hati bila kat luar daripada hutan?

" tapi kenapa..? " Jungkook menyoal. Kelihatan pada wajahnya seperti takut kalau dimarahi namjoon sebab banyak tanya, tapi dia beranikan juga dirinya tu.

" ada sebabnya kook. Kau akan tahu bila kau kat luar hutan ni nanti. " Namjoon memaparkan senyumannya pada Jungkook dan Jungkook hanya mengangguk paham.

Kalau nak tahu kenapa, kena tunggu sampai dekat luar lah ni? Haih penat lah. Aku merungut dalam hati aku sendirian.

Tak beberapa lama tu, aku nampak ada penghujung disebuah pokok rendang yang pendek. Aku mula tersenyum lebar. "Kita dahnak sampai kan? " soal aku. Namjoon memandang aku lalu mengangguk.

" aku harap korang ingat pesanan aku tadi. " balas Namjoon lagi sebelum menapak keluar daripada kawasan hutan. Kini, seperti ada air yang bertakung di lantai itu. Berlainan sekali dengan hutan yang lantainya berumput, tapi sebaik saja melangkah masuk kedalam pusat bandar, lantainya bertukar. Ianya seperti pembahagian kerajaan.

Entah kenapa, aku rasa tak sedap hati. Tapi, perasaan tu segera dipendamkan dalam hati aku dalam-dalam.

Kitorang akur dengan apa yang Namjoon katakan. Bergerak dalam keadaan yang diam. Di kawasan tu amatlah sunyi sepi. Takde sesiapa pun yang berkeliaran. Malahan, aku tak nampak satu pun batang hidung manusia. Betul ke ni keadaan yang sebenar luar daripada Hospital?

Selepas beberapa minit kitorang berjalan, kini tibalah kitorang dekat satu bandar, tapi bandar tersebut seperti sudah terbiar. Bangunannya macam nak roboh, ada jalan tar yang dah rosak seperti dihentam sesuatu dan banyak kereta yang tingkapnya pecah. Semua keadaan di bandar ni amatlah menyedihkan.

Yang lain bagai kan rusa masuk kedalam kampung, terlihat sana sini. Yelahkan, seumur hidup duduk dalam bangunan hospital je. Manalah ada kesempatan nak tengok dunia luar ni.

" ingat pesanan aku. Diam je. " pesan Namjoon lagi. Yang lain mengangguk. Tapi, aku pelik kenapa kena diam sedangkan tempat ni memang dah sunyi? Ke.. tempat ni tak selamat lagi?

Tetiba, namjoon masuk kedalam sebuah bangunan. Bangunan yang kelihatan macam nak robih. Dia menyuruh kitorang semua mengekori dia dan kitorang semua berpandangan satu sama lain sebelum akur sahaja dengan apa yang Namjoon arahkan.

Takde pilihan lagi, nak buat macam mana?

Entah selamat ataupun tak, aku berserah jelah.

Kitorang semua meluru kearah bahagian bawah tanah bangunan tu. Setelah beberapa anak tangga kitorang turun, akhirnya kitorang sampai di sebuah tempat perhentian kereta api, tapi kereta api disitu hanya pendek sahaja. Mungkin dalam 10 orang dah mencukupi.

young blood. Where stories live. Discover now