35 ㅡ Deja vù

3K 449 170
                                    

" kenapa kita pergi semula ke bangunan owl corperation? "

Jimin bersuara setelah keenam-enam lelaki itu berdiam diri sebaik sahaja Hoseok bangun daripada pengsannya yang lama gila tu. Pengsan lah sangat.

Sejurus sahaja Hoseok bangun, mereka semua hanya akur dengan apa yang Hoseok katakan. Sejujurnya, Jimin sendiri tak tahu apa sebenarnya yang Hoseok kata. Dia kata macam-macam benda dalamsatu masa. Pening jadinya.

" sebab Taehyung ada kat dalam sana " pantas Seokjin berkata. Hoseok terus menghadap Seokjin dengan pandangan yang terkejut. Riak wajahnya kelihatan berkerut seribu. Seokjin memandang Hoseok dengan pelik apabila dia dipadang sebegitu.

" Taehyung ada dekat dalam sana? Kena tangkap? " bertubi-tubi soalan ditujukan pada Seokjin. Hoseok kelihatan baru tahu yang Taehyung masuk kedalam bangunan tu gara-gara ditangkap.

" yalah, dia kena tangkap sebab nak selamatkan kau dan aku agar keluar daripada bangunan tu.. and now kita nak masuk balik? Macam sia-sia je Taehyung selamatkan aku dengan Hoseok hyung keluar daripada bangunan tu." Jungkook berterus terang. Hoseok terdiam buat seketika dan dia lantas menunduk membuatkan Yoongi syak sesuatu.

" sudahlah Jungkook. Chill. " kata Yoongi lalu meluru kearah Hoseok dan menenangkan nya. Dia tahu yang Hoseok rasa serba salah seperti mana Jungkook rasa sebaik sahaja Taehyung ditangkap oleh orang-orang lahanet tu.

" bukan, aku nak kita masuk balik sebab musuh kita yang sebenar ada dalam bangunan tu. Kalau kita nak selamat buat selama-lamanya kita kena hadapi musuh kita. Perkara yang menyekatkan keinginan kita. Tu yang aku cadangkan. " Hoseok menghadap kesemua kawan-kawannya. Satu demi satu wajah kawan-kawannya dipandang dan diamati. Rasa serba salah mula menguasai dirinya.

" kau sepatutnya bagilah tahu kita orang dahulu. " Jimin mula naik darah. Tadi tak ada pula dia cakap dekat mereka. Meracau macam kena apa. Lepastu terus buat keputusan sendiri, keputusan orang dia letak kat mana? Lutut? Serba sedikit hati kecil Jimin berkata.

" keputusan kita orang takde pulak kau dengar an. Kau pikir kau ketua ke nak buat keputusan sesuka hati? Ikut kepala kau je pikir kan. Serabut lah sia " Jungkook menggaru kepalanya dengan kasar. Begnya dihempas kuat pada tanah menghasilkan bunyi yang kuat.

" Jungkook, jebal jang-- "

" sudah lah! Beri aku masa untuk bersendirian. " Jungkook melangkah pergi daripada yang lain. Kelihatan mukanya memang serius dan bengis membuatkan yang lain takut hendak mendekati Jungkook. Jimin juga tak berani nak hadap Jungkook pada waktu itu.

Jadi, mereka hanya membiarkan Jungkook pergi.

" ah.. sudah. " Seokjin menggaru kepalanya yang tak gatal tu. Dia buntu tak tahu nak buat apa.

ㅡ ㅡ ㅡ

" seram gila "

Aku membelek satu demi satu orang yang digantung dalam keadaan terbalik itu. Anehnya, mereka bernafas tetapi tidak terjaga. Ianya seperti mereka koma atau apa.

" macam mana pula kita nak keluar daripada sini? Macam mana kalau mereka jumpa kita balik? " Hyorin mula mengelabah. Aku nampak dia mengenggam kedua tangannya erat dan tangan dia seperti menggigil.

Lantas, tanpa berfikir panjang aku terus mendakap tubuhnya. Tangan kanan aku mengosok belakangnya perlahan dan kata beberapa perkara yang akan membuatkan dia tenang. Setelah beberapa minit, aku meleraikan pelukkanya. Kedua tangan aku memegang kedua pipinya. Disebabkan wajahnya tampak kecil, kedua tangan aku seakan lebih besar daripada wajahnya.

young blood. Where stories live. Discover now