16 ㅡ round two

4.9K 766 475
                                    

LAB CODE : NB 159

Sebatang kapur dipegang oleh seseorang dan kemudiannya orang tersebut duduk diatas lantai sebelum membisik sesuatu yang amat perlahan. Sejurus itu, dia melukis sebuah bulatan dan sebuah bintang yang mempunyai lima bucu didalamnya.

Dia mula bangun. Lima perempuan mula muncul daripada belakangnya, memakai baju jubah putih dan wajah mereka ditutup oleh sebuah topeng putih yang tak berwajah.

Setiap sorang daripada perempuan tu memacakkan sebatang lilin dipenjuru bintang tersebut. Lantas, semua lampu didalam makmal itu tertutup dan hanya cahaya daripada lilin yang perempuan-perempuan tadi pacak tu sahaja dapat memyinari bilik itu.

" heorun, zaminń la jé zol uñ !" seorang lelaki yang kini berpakaian jubah hitam berkata dengan kuat dan lantang.

Tetiba ada deruan angin yang sepoi-sepoi bahasa meniup lembut pada mereka. Tetapi, apa yang mereka lakukan hanya duduk teguh pada posisi mereka tanpa berkata sesuatu.

Krek!

Seperti ada bunyi satu heretan yang kasar mencakar lantai lab tu. Bunyi benda mendesah makin kuat dan kuat. Daripada hujung lab itu, kelihatan ada seorang perempuan yang mempunyai rambut yang panjang mengurai mengesot kearah bulatan yang dilukiskan tu.

Segera , lelaki yang memakai jubah putih itu mengarahkan salah sorang perempuan membawa sesuatu dan perempuan tu pergi. Setelah beberapa minit, perempuan tu datang dengan seekor kambing hitam ditanganya.

Lelaki tu mencapai sebilah pisau yang tajam. Dengan satu hirisan, kepala kambing itu dipenggal. Mencurah-curah darah keluar daripada kepala kambing tu tapi langsung mereka tak endahkan. Benda yang berupakan perempuan tu memandang tajam kearah darah yang mencurah tu.

Dengan laju, dia merangkak meluru kearah kambing yang sedang menggelupur tu. Dia merangkak dengan cara yang menggerikan.

Sesampai sahaja dia pijak didalam bulatan yang dilukis mengunakan kapur tu, dia terus mencangkung dan kemudian makan kambing yang sudah nyawanya dihujung tanduk tu dengan gelojoh

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Sesampai sahaja dia pijak didalam bulatan yang dilukis mengunakan kapur tu, dia terus mencangkung dan kemudian makan kambing yang sudah nyawanya dihujung tanduk tu dengan gelojoh.

Kesemua orang yang berkumpul disekeliling bulatan tu membaca sesuatu yang kedengaran seperti jampi. Semua menutup matanya rapat sambil tangannya diangkat-angkatkan keatas, seperti menyeru sesuatu.

Dan kemudian mereka membuka mata mereka seluas mungkin.

Dan bola mata hitam mereka kini tidak kelihatan lagi.

Hanya putih.

☆\/☆\/☆\/☆

" kami perlukan kau. Kau dan dorang-- "

" aku takkan lakukan kerja gila tulah! Aku taknak libatkan kawan baik aku!"

" kau kena, Kim "

young blood. Where stories live. Discover now