50 ㅡ our people

1.8K 386 110
                                    

Setelah beberapa jam dia merehatkan dirinya di biliknya, Yoorae kini rasa selesa. Dah beberapa hari dia ditahan dibilik kurungan dia tanpa mandi atau apa. Sekarang ni dia rasa lapar sangat.

Jam dah menunjukkan pukul 8 malam. Mungkin sempat lagi untuk dia menjamu selera.

Dia pergi ke cafeteria yang dia nampak pagi tadi. Tak banyak pun orang. Makanan pulak masih lagi tersedia kemas didalam bekas. Banyak menunya harini.

Menu makanan disitu membuatkan Yoorae terliur. Baru dia sedar yang dah lama dia tak makan makanan sedap macam tu. Tengok je pun dah tau.

Dia terus mencapai tray yang ada disitu. Terus dia ambil apa jenis makanan yang dia inginkan. Baru sahaja dia ingin melangkah pergi setelah ambil makanan yang dia mahu, penjaga makanan disitu menahannya.

" nak kad cik untuk pengesahan makanan di sini. " Balas orang itu dan Yoorae tersengih. Rupa-rupanya tu je. Dia ingatkan makanan tu kena bayar sebab dia takde langsung duit sekarang ni.

Yoorae menghulurkan kadnya pada orang tersebut lalu orang tu memberinya semula. Sekarang, dia boleh menjamu selera.

Dia duduk disebuah meja dihujung sekali. Dia malas nak berkomunikasi dengan manusia yang lain. Dia takde mood. Lepas ni dia nak terus duduk didalam biliknya, memikirkan cara untuk keluar daripada tempat ni.

Sedang dia makan, tiba-tiba dia terdengar bunyi kerusi disebelahnya ditarik oleh seseorang. Dia terhenti daripada makannya lalu menoleh untuk melihat siapa gerangan tersebut.

Kelihatan seorang lelaki memakai jaket hitam bersama t-shirt putih didalamnya. Lelaki itu mengukirkan senyuman padanya.

Yoorae hanya mengendahkan lelaki tersebut dan sambung makan. Semak je laki tu.

" Tak pernah pun nampak kau dekat sini. Kau mesti orang daripada bangunan sebelah kan? " Soal lelaki tersebut. Alahai, ramahnya tapi aku takde mood lah nak layan dia. desis hati kecil Yoorae.

" hey, aku cakap dengan kau ni "

" sorrylah tapi aku takde mood nak cakap dengan kau. Jujur aku kata. " Balas Yoorae berterus terang. Berubah air muka Lelaki itu jadinya.

Lelaki tu tersengih lalu memandang Yoorae semula. " kau memang tak ingat aku ke Yoorae? " Soalnya sambil menongkat dagunya.

Yoorae memandang Lelaki tu lagi. " apa? macam mana kau boleh tahu namㅡ " lelaki tu terus menonyoh jari telunjuknya pada bibir Yoorae.

" shh " Lelaki tu memberi tanda isyarat agar Yoorae senyap. Dia memandang sekeliling lalu melepaskan jari telunjuknya daripada bibir Yoorae.

" aku ada banyak benda nak cakap dengan kau. " balas lelaki tu lagi membuatkan Yoorae makin pelik dan tak selesa. Adekah lelaki tu mengenali dia? setahu dia, tak pernah pulak dia nampak wajah lelaki ni dimana-mana.

Takkan dia terlepas pandang pulak?

" aku BamBam. Tak ingat lagi? "

Aku terpanah. Chopstik yang ada ditangan aku terlepas daripada peganggan. "Bam..Bam?" Soalku sambil melirik kan mataku padanya.

" ya, aku dan yang lain dah lama cari kau dan yang lain. tapi.. " Bambam terdiam sebentar daripada menyambung ayatnya. Dia menundukkan wajah nya daripada memandang Yoorae.

" kitorang terperangkap.. didalam bangunan ni. "

.          .          .

" kita pergi ke bangunan Owl Balik? Puan Kim bergurau ke? " Soal Namjoon dengan tak puas hati. Setelah apa yang diorang dah lakukan tuk bertungkus lumus untuk keluar daripada bangunan tu, sekarang diorang perlu masuk lagi sekali? No fuck*ng way.

" Maafkan saya, tapi ini adalah satu-satunya jalan kita. Kuncinya ada didalam bangunan tu. " balas Puan Kim lagi dan yang lain memaparkan riak wajah tak puas hati. Taehyung mula tak selesa.

"Sekejap eh, " Taehyung menarik ommanya daripasa kumpulan rakannya tu. Diorang menjauhkan diri diorang sedikit daripada yang lain.

Taehyung menghadap Puan Kim. " Kunci untuk apa omma?" soalnya serius. Ada sesuatu yang ommanya ketahui dan tidak mahu kongsikan dengannya.

" Kunci untuk damaikan dunia ni. "

Berkerut dahi Taehyung mendengarnya. " Kunci untuk damaikan? apa tu? " soal Taehyung lagi membuatkan Puan Kim mengeluh panjang.

" The Cure. "

"the cure..?" Taehyung tak dapat catch up lagi kata-kata Puan Kim. Puan Kim mengangguk kan kepalanya pada Taehyung.

" Cure untuk pulihkan howls kepada manusia biasa. Juga.. " Puan Kim terdiam. Tersedu-sedan dia menahan dirinya daripada mengalirka  air mata.

" omma? gwenchanayo? " Taehyung memegang kedua bahu Puan Kim kemudian membongkok kan sedikit badannya.

Puan Kim mengangguk beberapa kali kemudian menolak lembut segala tangan-tangan Taehyung yang memegang badannya sebagai sokongan. Dia memandang wajah Taehyung dengan penuh kecewa.

" dalam bangunan tersebut.. ada orang kita. " balas Puan Kim.

.          .          .

young blood. Where stories live. Discover now