32 ㅡ lost

2.9K 485 140
                                    

" lepas kan aku! Lepaskan! "

Rintihan Hyorin langsung diendahkan oleh penjaga kurungannya itu. Penjaganya itu kelihatan seperti tidak mempunyai hati dan perasaan ia membuatkan Hyorin rasa yang ianya tak boleh diharapkan. Walau macam mana sekali pun dia teriak untuk meminta tolong takkan ada sesiapa yang akan datang menolongnya.

Well, that's human.

" jebal.. aku perlu tahu abang aku sekarang ni dimana? Dimana?! " Hyorin mula menengking lelaki itu dengan penuh perasaan yang marah. Dia sendiri tahu yang ianya hanya sia-sia kerana mereka tak pernah layan dirinya itu yang kelihatan sangat terdesak dan tak terurus. Dirinya macam bukan dirinya sekarang ini.

" abang.. bogoshipda.. " bisik Hyorin perlahan lalu terduduk. Dia menangis perlahan, air matanya jatuh berjuraian daripada pipi putihnya itu. Perasaan dia risau, marah dan macam-macam lagi.

" aku kena keluar daripada tempat ni.. Tak kira apa yang akan terjadi aku akan keluar juga. " kata Hyorin dengan nada yang kasar. Buku limanya digenggam kemas sampai menampakkan kemerahan dikulit tangan. Kini dalam hatinya penuh dengan perasaan dendam dan amarah.

" hyorin "

Lantas, Hyorin tertoleh pada si empunya suara tersebut. Terkejut jadinya apabila dia terdengar seseorang membalas kata-kata nya itu. Selama ini, dia jerit, tengking macam mana pun penjaga kurungannya takkan melayaninya.

Kelihatan seorang gadis berambut panjang kehitaman, bermuka pucat dan berpakaian serba putih memandangnya dengan pandangan yang kosong dan tak berperasaan. Ia membuatkan Hyorin tertenung wajah perempuan itu buat seketika.

" aku disini akan bantu kau.. " nada suara perempuan tersebut lembut menyapa telinga Hyorin. Suaranya tiadalah nyaring mahupun keras. Ia kedengaran halus dan serak. Seperti bisikkan.

" bantu..? Kenapa-- "

" kau mahu keluar daripada neraka ini kan? Jadi aku akan tolong kau. " Perempuan pelik itu berkata lagi dengan wajah yang tak memberikan sebarang reaksi. Entah kenapa Hyorin rasa tak selesa dengan gadis tersebut.

" yelah.. kau ada ke caranya? "

" tiada apa yang mustahil untuk aku lah, Hyorin " Gadis itu mula bangun daripada tempat duduknya itu lalu menghampiri Hyorin yang masih lagi terduduk. Bahu Hyorin dipegang lembut. Hyorin dapat rasakan suhu sejuk ditubuhnya sebaik sahaja perempuan tersebut menyentuhnya.

Bukan sahaja begitu, tetapi wajah perempuan tersebut kelihatan putih pucat.

Hyorin mula rasa tak sedap hati. Perempuan ini mungkin salah seorang howl yang akan menjadikan dia makanannya.

" baiklah, aku akan ikut cara kau. "

Tapi dia terdesak. Dia tak mahu lagi tinggal disitu. Abangnya sedang menunggu kehadirannya.

ㅡ ㅡ ㅡ

" cepat! Jangan perlahan, teruskan saja berlari! " teriak Jungkook daripada belakang. Aku hanya tumpukan perhatian aku pada Jungkook sahaja daripada tadi kerana dia sedang mengendong badan Hoseok yang tak sedarkan diri itu. Aku takut-takut kalau dia terjatuh ataupun tak larat.

Daripada jauh, aku dapat dengar bunyi derapan kaki beberapa orang manusia. Siapa? Aku tak tahu, tapi yang pasti ianya datang daripada owl.

Aku harap harini bukan pengakhirannya.

" aku nampak cahaya! Kita dah nak sampai! " Jimin berkata dengan kuat daripada hadapan sekali. Dia adalah orang yang paling hadapan sekali kerana dia yang paling kuat belari. Aku harap aku boleh jadi macam dia. Hm.

young blood. Where stories live. Discover now