42 ㅡ sacrifice

2.3K 450 142
                                    

" mustahil, aku dah percayakan president yang dia tak perlu letakkan penjejak GPS pada kita." kata Namjoon. Dia rasa betul-betul dikhianati. Ternyata President langsung tak mempercayai nya.

sia-sia sahaja dia berkhidmat pada orang tua tu tapi tak reti nak menghargai.

" mungkin, dia hanya percayakan kau. Sebab itulah dia langsung tak letakkan penjejak GPS tu pada kau. " Hoseok meneka dan Jin memetik jarinya tanda betul.

Tiba-tiba pintu khemah itu dibuka kasar. Kelihatan beberapa orang masuk kedalamnya dan diantaranya adalah Puan Jeon. Wajah mereka nampak tegang sekali.

" apa dah jadi? " Soal Namjoon. Kedengaran letupan bersilih ganti daripada luar khemah. Letupan yang begitu kuat.

" orang bangunan, dah berjaya jejaki kita. Adekah salah seorang daripada kamu yang memberitahu mereka?! " Puan Jeon berkata dengan nada yang tinggi serupa seperti menengking. Maklumlah, tempat kawasan perkhemahan mereka tu langsung tak dapat dikesan oleh orang bangunan sebelum golongan darah muda itu datang.

" maafkan kami, tapi kami langsung tak memberitahu mereka kawasan kamu semua. " Namjoon cuba berbahasa sopan dengan orang-orang tersebut.

" sebenarnya mereka jejaki kami menggunakan alat penjejak ini. ia berada dipergelangan tangan kami. " Jin menunjukkan wayar hitam putih itu pada mereka. Terbuntang mata mereka semua.

" itu bermakna mereka yang menyebabkan kawasan kita terancam! " salah seorang daripada orang itu berkata dengan suara yang lantang. Hoseok mula gerun melihat senjata seperti kapak, pistol dan macam-macam yang dipegang oleh mereka.

" mereka perlu pergi. " Puan Jeon berkata membuatkan Jin, Namjoon dan Hoseok terpana. Mana mungkin mereka kena halau daripada kawasan ini.

" ya halau mereka! "

" pemusnah rumah orang! "

" pembelot! "

" maafkan kami, tap—" belum sempat Jin ingin berkata, kata-kata nya dipotong dengan salah seorang lelaki yang memegang senjata. Lelaki itu mengacukan pistol tepat pada dahi Jin. " keluar atau kau aku bunuh." tegas, lelaki tersebut berkata.

" bawak bertenang, pasti ada cara kita boleh lakukan. " Namjoon cuba mengawal orang-orang tersebut. Kini, nyawa Jin dalam bahaya, bila-bila sahaja dia boleh mati ditangan lelaki itu.

" kalau korang bunuh kami, mereka akan tetap musnahkan tempat ini." tiba-tiba Hoseok berkata dengan nada yang mendatar. Yang lain mula memandang dirinya.

" sebab mereka datang kesini untuk kami. kalau korang bunuh kami, korang juga sudah semestinya akan dibunuh. Ingat, " Hoseok menunjukkan logo yang serupa seperti tattoo dipergelangan tangannya pada orang-orang dihadapannya itu.

" Kami hak milik Owl. Hak milik mereka. "

ㅡ ㅡ ㅡ

" kita tak boleh selamanya duduk disini. Bila-bila masa sahaja diorang boleh masuk kesini. " Kata Yoongi dengan resah. Entah apa yang terjadi pada kawan-kawannya yang ada dikawasan perkhemahan itu. Susah kalau mereka berpecah.

yalah, ibu bapa mereka sudah tiada. Hanya kawan-kawan mereka itu sahajalah yang mereka mampu bergantung.

" ha'ah lah, tolong sumbang sikit idea macam mana kita nak keluar daripada sini tanpa terbunuh? " Yoorae berkata dengan nada perlian pada Yoongi. Yoongi hanya menjeling wanita tersebut. Sepak kang.

" aish " Taehyung tersengih melihat pasangan tersebut. Dahulunya, memang rapat macam belangkas. Tapi sekarang, kalau duduk pun berjarak 50cm.

" apa kata kita periksa dahulu sama ada luar tu selamat atau tak. " Hyorin mengeluarkan ideanya. Yoongi setuju dengan cadangan Hyorin tu dan dia terus menuju ke pintu masuk gua tersebut. Dilihat diluar itu kalau-kalau ada sesiapa.

young blood. Where stories live. Discover now