31 ㅡ hoseok's

3.3K 519 152
                                    

Memory

" kami perlukan kau, juga kawan-kawan kau Hoseok. Keselamatan dunia ni bergantung pada kau. " dia merayu lagi. Hoseok seakan tidak mahu terlibat dalam apa-apa sahaja yang lelaki itu minta.

" Aniya. Aku tak boleh nak setuju. Kita orang bukannya untuk dijadikan patung kau orang. " Hoseok menolak secara lembut. Sudah beberapa kali dia berlembut dengan lelaki itu, tetapi lelaki itu makin berdegil pula.

" Tolong. Kitorang semua memang harapkan kau. Satu duni "

" aku kata tak nak, tak nak lah! " Hoseok tiba-tiba menengking membuatkan lelaki dihadapannya itu tersentak. Mahu gugur jantungnya dengar.

" sudahlah, tolong jangan ganggu aku dengan kawan-kawan aku lagi. Aku takkan setuju apa yang kau minta. Takkan sekali-kali. " Hoseok memandang lelaki itu tajam. Lalu dia berlalu pergi.

" takkan. Kau akan terima juga walaupun kau tak mahu, Hoseok." Bisik lelaki itu perlahan tanpa dapat didengari oleh Hoseok.

Pandangan aku kabur sekali lagi.

"hobi!! "

Jimin berlari kearah Hoseok lalu lompat kebelakangnya. Hoseok terkial-kial ingin mendukung Jimin daripada belakangnya. Wajahnya berkerut seribu kerana menahan sakit berat Jimin itu. Nak patah tulang rusuknya itu.

" aish, Jimin-ah turun, turun! " Hoseok memukul punggung Jimin berkali-kali tetapi kelihatan Jimin langsung tak berganjak daripada posisinya. Yang lain mula mengerumuni Hoseok dengan sengihan terukir di wajah.

" Jimin, kalau kau tak nak tengok Hoseok arwah cepat baik kau turun. " Namjoon berkata dengan sisa-sisa tawanya. Kelakar sungguh wajah Hoseok yang tampak marah campur sakit itu.

" yalah, yalah. Halah hobi hyung ni. Aku dah turun berat badanlah mana ada berat." Jimin mencebik. Selama ni dia diet berbulan-bulan tetapi Hoseok masih label dia overweight. Sapa sajalah yang tak stress?

" ya tuhan, hyung.. apa jadi dekat belakang hyung nih? " Jungkook kelihatan sedang mengangkat kemeja biru gelap yang Hoseok sedang pakai itu membuatkan badan belakang Hoseok kelihatan.

Jimin terus meluru kearah Jungkook lalu melihat apa yang Jungkook lihat itu. Matanya terbuntang apabila melihat bahagian belakang Hoseok itu. Ia dipenuhi dengan lebam-lebam dan juga luka cakaran. Bukan biasa-biasa cakarannya itu ianya cakaran yang besar dan tampak seperti baharu lagi.

" hyung, macam mana boleh lebam-lebam ni? " Jimin mula risau. Rasa bersalah pula dirinya sebab lompat kebelakang Hoseok tadi. Dia ingatkan Hoseok baik-baik sahaja. Dia tak sangka pula yang belakang Hoseok-- luka-luka.

Hoseok lantas menarik baju kemejanya tutup daripada Jungkook dan Jimin meneruskan lihat badannya itu. Dia rasa malu, bercampur dengan marah.

" tak ada apa-apalah. Aku okay aje."

" hoseok, kau tahu yang kita orang akan sentiasa menjadi bahu untuk kau sandar kan? You can trust us. " Namjoon berkata dengan wajah yang prihatin. Dia memang prihatin tentang kawan-kawannya.

Kerana mereka bukan sahaja 'kawan' tetapu hubungan mereka seperti adik beradik. Namjoon tahu, yang ianya sukar untuk dapat seseorang yang sentiasa berada disisi kau apabila kau susah dan senang.

young blood. Where stories live. Discover now