65 ㅡ how long

1.9K 464 110
                                    

" macam mana aku nak kawal benda ni kalau kita tak ada arah tujuan?" Soal Yoongi dengan dahinya yang berkerut. Dia memandang Jimin dan Taehyung yang berada disisinya. Mereka kelihatan teruja naik helikopter.

" uhm.. ha'ah kan? Senang cerita kau lalu je dekat mana-mana. Kalau nampak ada bangunan atau something, terus pergi kat situ okay? " Cadang Jimin dan Yoongi memandang nya dengan pandangan 'kau-gurau-ke-sia'.

" gila apa. Habis minyak camne? Tak pasal-pasal jadi cerita pula nak terkandas. " Kata Yoongi acuh tak acuh. Taehyung dan Jimin memandang satu sama lain sambil mencari jalan macam mana nak selesai kan masalah mereka yang sekarang ni pula.

" eh kejap, tengok tu.. " Yoongi mengejutkan mereka berdua yang berada di seat belakang. Mereka semua terus duduk dibahagian hadapan dimana Yoongi berada untuk lihat apa yang dikatakan oleh Nya itu.

" oh ha'ah lah. Pergi dekat situ, hyung " arah Taehyung. Tapi tak payah diarah, Yoongi memang tengah bergerak kesitu pun.

" tempat tu nampak sibuk.. " kata Jimin. Dia melihat dibahagian dataran sekitar bangunan tersebut. Memang benar, banyak benda yang disusun dihadapan bangunan tersebut. Tak tinggal juga, benteng besi besar yang menghalang orang-orang daripada pecah masuk kedalam kawasan bangunan tersebut teramatlah tinggi.

" Owl ni dah tentu syarikat yang terbesar di dunia dulu. Besar betul bangunan dia, besi pula tu. " Jimin mengangguk dengan kata-kata Taehyung itu menakala Yoongi hanya fokus pada kawalan helikopter tersebut.

" kita nak mendarat dimana? Tak boleh didalam bangunan tu.. " Soal Jimin dan Yoongi memgangguk tanda setuju dengan kata- kata Jimin tu.

" baik kita memdarat jauh sedikit daripada bangunan tu. Aku risau diorang akan sedar kewujudan kita ni " Jawab Taehyung pula dan Yoongi akur. Mereka mendarat dengan selamat dikawasan yang tak berapa jauh daripada bangunan tersebut. Setelah itu, mereka bersiap-siap mengambil senjata sebagai langkah untuk berjaga-jaga.

" korang, "

Jimin dan Taehyung serentak memandang Yoongi yang sedang lihat mereka berdua dengan pandangan yang dalam. Sebuah senyuman terukir pada wajahnya.

" we are on this together, right? " soalnya dengan pandangan yang serius meskipun sebuah senyuman terukir pada wajahnya itu.

Taehyung tersengih lalu merangkul leher Yoongi dengan main-main. Jimin pula memeluk lengan Yoongi. Itu membuatkan mereka bertiga ketawa.

Jimin menghulurkan tapak tangannya dihadapan Taehyung dan Yoongi.

" Untill the last of our blood, sweat and tears. Forever, we will. "

Yoongi dan Taehyung menyambut huluran Jimin itu dengan senyuman lebar terukir pada wajah. Mereka mengangguk tanda setuju.

. . .

" kita kena pergi cari diorang juga "

Hoseok berkata dengan yakin. Namjoon dan Seokjin memandang satu sama lain dengan pandangan yang gusar. Mereka ragu-ragu, ya. Buat masa ni hanya mereka sahaja yang menyedari ketiga kawannya itu hilang. Seokjin utuskan untuk tak beritahu sesiapa tentang perkara ni kerana dia tak mahu sesiapa panik. Bahkan sekarang ni keadaan di tapak perkhemahan ni makin pulih. Mereka tak mahu rosakkan nya.

" yah, kawan kita kat luar sana tu. Takkan lag kita duduk je tercongok dekat sini tanpa buat apa-apa? " soal Hoseok tak percaya. Daripada tadi dia tak boleh duduk dengan tenang sebab memikirkan kawan-kawan nya tu. Tiga orang hilang sekali gus, mana tak risau? Manalah tahu diorang diculik oleh Owl.. tak ke naya kalau dibiarkan?

young blood. Where stories live. Discover now