57 ㅡ kill me or trust me

1.8K 364 126
                                    

" ikut sini, aku akan bawa kau ke bilik cctv untuk lihat dulu. "

" tak, kita kena pergi dekat bilik tu. Sekarang juga. " Kata Yoorae dengan tegas. Nada suaranya kedengaran  bergetar dan wajahnya juga kelihatan penuh dengan kerisauan. Manakan tidak, semua kawan-kawan baiknya, anaknya dan suami nya juga ada tergolong daripada situ.

Hanya mereka sahajalah yang dia ada. Kalau mereka tiada, dia sudah tidak mempunyai sesiapa yang penting dalam hidupnya.

" Sabar, Yoo. Tenangkan fikiran kau, jangan panik. " Bambam sekali lagi menenangkan aku. Aku cuba mengambil nafas lalu melepaskan nya. Ia rasa jauh lebih baik daripada tadi. " aku.. Hanya risau tentang keselamatan kawan dan keluarga aku. " kata nya perlahan. Dia langsung tak menyedari yang matanya dah berkaca.

Yugyeom memegang kedua bahu Yoorae dengan erat membuatkan perhatian Yoorae tertumpu padanya. Yugyeom menatap mata Yoorae dengan mendalam. " dah, dah. Aku yakin mereka masih lagi bernyawa. Sekarang, kau kena fokus, Yoorae. Kita kena kejar masa, kalau lambat..  "  dia tak sempat menghabiskan kata-katanya lagi, Yoorae sudah memotong ia.

" ya, aku tahu. Sekarang mari pergi. "

Yugyeom dan Bambam tersenyum melihat Yoorae membuatkan perempuan itu tersengih melihatnya. " sorry, aku cepat panik. Jadi Arah mana? Kiri atau— "

" Kiri. Kita pergi kiri. "

.     .     .

" what the hell? "

Semua memandang Puan Kim dengan sebuah pandangan yang mahukan penjelasan. Puan Kim terdiam, tak membuka mulut. Dia memandang yang lain buat seketika dan pandangannya terhenti pada wajah Taehyung, Anaknya.

" Apa semua ni?! " Jimin melangkah kehadapan dengan wajah nya yang berkerut. Dia memandang Puan Kim dengan pandangan yang amat tajam, mereka yang lain juga terkejut dengan keadaan Jimin seperti itu. Tak pernah mereka nampak Jimin semarah itu. Matanya kemerahan begitu juga telinganya.

Meskipun ditengking begitu, Puan Kim langsung tak membuka mulut. Dia hanya memandang mereka semua dengan pandangan yang kosong. Itu sahaja, tiada lagi sebarang reaksi daripadanya.

" jadi selama ni Puan Kim hanya membawa kami ke sini kerana nak perangkap kami? Tolong lah! " Sekali lagi Jimin berkata dengan lantang. Yoongi di sebelahnya yang cuba untuk menenangkan dia, dia tepis. Jungkook di letaknya perlahan ke atas tanah sebelum pandangannya kembali kearah Puan Kim semula.

" daripada mula lagi, memang ini angkara kau!? "

" Sudah Jimin!! "

Mereka semua dikejutkan  lagi dengan tengkingan daripada Taehyung. Suara dia lantang menyebabkan Jimin tersentak, serta merta wajah dan matanya yang kelihatan merah itu mula beransur seperti biasa. Kerutan di dahinya juga mula tak kelihatan. Semua memandang Taehyung dengan pandangan yang terkejut.

Taehyung memandang Puan  Kim dengan pandangan yang tajam, tajam sekali. Pandangan yang berbaur benci, dendam dan amarah. Dia berjalan kearah Puan Kim sambil tangan nya mencapai keluar sepucuk pistol  dan betul-betul dia acukan pistol tersebut pada dahi Puan Kim. Sekali lagi, yang lain terkejut dengan tindakan Taehyung yang tak nampak teragak-agak mengacukan pistol pada dahi ibunya sendiri.

Kini Taehyung berada betul-betul dihadapan Puan Kim. Mereka saling berpandangan. Mata Taehyung menajam melihat jauh ke dalam mata Puan Kim. Tiba-tiba mata Puan Kim berkaca membuatkan air muka Taehyung berubah serta merta.

" maafkan omma terpaksa lahirkan kamu untuk hidup menderita seperti ini, Tae. " Air matanya mengalir daripada matanya, membasahi pipi. Luluh hati Taehyung apabila mendengar ibunya berkata sebegitu.

Puan Kim mencapai pistol tersebut lalu menariknya kearah bahagian dada dimana jantung nya ada. Kini hujung pistol itu diacukan pada jantung Puan Kim, Taehyung yang melihat ibunya berbuat sedemikian menjadi tak sampai hati.

" Bunuhlah Omma, "

.     .     .

" Jalan kita clear. "

Yoorae hanya memandang skrin cctv tersebut. Ada beberapa buah skrin yang besarnya seperti sebuah tv tertampal pada dinding. Dalam banyak-banyak skrin tersebut, Yoorae hanya memerhatikan  satu daripadanya. Ya, cctv daripada bilik bawah tanah di mana orangnya iaitu 'outsiders' berada di situ. Betul kata Yugyeom, baru seorang yang disedut darah nya.

" Yoorae, kita kena pergi. " Bambam berkata membuatkan Yoorae tersedar daripada lamunannya. Dia memandang Bambam buat seketika kemudian mengangguk perlahan. Ya, Ada sesuatu bermain dimindanya.

" apa yang kau fikirkan? Marilah. " gesa Bambam  pada Yoorae. Yoorae hanya mendiamkan dirinya.
" ya, maaf. " Kata Yoorae lalu mengikut Bambam keluar. Dia menoleh kebelakang untuk  melihat keadaan Yugyeom. Kelihatan Yugyeom hanya berdiri sahaja memerhatikan  mereka. Terus, langkah nya terhenti dan secara automatik Bambam terhenti juga daripada langkah nya untuk melihat Yoorae.

"  Yugyeom? Kau tak pergi?" Soal Yoorae dengan pantas. Yugyeom senyum padanya lalu menggeleng, " aku ada idea. Kau orang pergi dahulu. " katanya dengan nada yang serius. Yoorae memandang Yugyeom untuk mendapatkan kepastian. Yugyeom hanya mengangguk pada Yoorae.

" kau kena percayakan aku, Yoo. Aku tak akan mengkhianati kau, Jangan risau." Yugyeom berkata lagi.

Yoorae terdiam.

" Baiklah. aku percayakan kau, Yugyeom. Tolong jangan hampa kan aku. "

.     .     .

Taehyung dengan masalah ommanya. Rasanya Puan Kim jahat atau tak?

One more thing, Yugyeom?
Rasanya dia pengkhianat ataupun.. Tak?Sapa betul fy belanja coki-coki

HAHAHA

GOOD NEWS!
disebabkan harini BTS perform dekat AMAS fy buat double update! satu lagi tu malam ni ehh??

I LOVE YOU GUYS!! RLLY MEAN ITT❤🙆♨

young blood. Where stories live. Discover now