61 ㅡ day by day,

2K 378 169
                                    

" omma, "

Taehyung menjenguk kepalanya pada pintu khemah Puan Kim. Sebuah senyuman terukir pada wajah nya apabila melihat ibunya sedang sibuk dengan alatan kimia nya. Barangkali membuat eksperimen ke atas cure yang dicari.

" oh Tae. Ada apa? " soal Puan Kim tanpa melihat wajah Taehyung. Matanya tertancap pada alat kimia yang dia lakukan pada waktu itu. Taehyung tak kesah kerana dia tahu yang ibunya itu memang fokus dengan kerjanya.

" omma.. Dah makan? "

Puan Kim mengangguk. " ya omma mu ni dah makan. Tak perlu risau, Tae. " Puan Kim sempat mengukirkan senyuman pada anaknya itu sebelum pandangannya ditumpukan pada eksperimen nya. Wajahnya kembali serius apabila berhadapan dengan eksperimen tersebut.
Taehyung memeluk bahu Puan Kim daripada belakang membuatkan wanita itu tersenyum simpul. Taehyung memandang eksperimen yang dijalan kan oleh ibunya itu. Berkerut dahinya melihat apa yang dibuat oleh ibunya tu.

" Tae , kamu tak faham. Daripada tengok benda yang kamu tak faham ni, lebih baik kamu pergi tengok isteri kamu tu. "  kata Puan Kim lagi membuatkan Taehyung mencebik kecil. " fine.." balasnya perlahan membuatkan Puan Kim makin tersengih. Anaknya itu memang tak pernah berubah.

Taehyung berjalan ke khemah sebuah senyuman terukir pada wajah nya bila melihat Hyerin sedang mengikat rambutnya dihadapan sebuah cermin yang ada di meja solek nya. Dah lama dia tak tatap isteri nya macam tu sekali.

Dia meluru kearah Hyerin lalu memeluk nya daripada belakang sambil membenamkan wajahnya pada bahagian leher isteri nya itu. Badan Hyerin terhinjut sikit bila dapat rasakan deruan nafas Taehyung pada lehernya. Ia menggelikan.

" hey, apa awak buat ni? " Hyerin mengusap kepala Taehyung dengan lembut membuatkan Taehyung terbelai dengan usapan isteri nya tu. Matanya terbuka separuh membuatkan Hyerin tersengih.

Pelukan Taehyung pada pinggang Hyerin di eratkan lagi. " tunjukkan rasa sayang aku pada kau lah. " balas Taehyung dengan suara yang perlahan dan serak. Dia tersenyum sambil mengutarakan kata-kata tersebut pada Hyerin.

" ish, ada-ada je.  " Taehyung tergelak halus lalu memandang wajah Hyerin buat seketika. Hyerin yang sibuk dengan rambutnya itu tersedar yang suami nya sedang memandang dia sejak tadi, terus membalas tatapan mata Taehyung.

Pandangan mereka bertaut buat seketika.

" PERHATIAN KEPADA TAEHYUNG, SEOKJIN, YOONGI , JIMIN DAN HOSEOK SILA KE KHEMAH PERBINCANGAN. "

" Aish, kacau daun je. " Taehyung mencebik. Hyerin hanya tersenyum simpul lalu dia membuat isyarat tangan menyuruh Taehyung pergi.

.     .     .

" berapa kali appa nak cakap yang appa tak reti ikat goncang. "

" Toncang okay, Bukan goncang. "

Kelihatan Gayoon sedang duduk bertimpuh dihadapan Yoongi sambil membelakangi nya. Wajah Yoongi pula sudah berkerut seribu kerana dia masih lagi tak berjaya mengikat rambut anaknya itu.

Dia buat perkara begitu bukan dengan kerelaan hatinya tetapi kerana Gayoon yang memaksa dirinya untuk mengikat rambutnya yang dah panjang mengurai tu. Tak pernah dalam seumur hidupnya menyuruh Yoongi ikat rambutnya tetapi hari ni lain pulak jadinya.

" Appa, apa ni. Takkan benda senang pun tak boleh buat? " rungut Gayoon lalu Yoongi dihadiahkan jelingan tajamnya bila dia dapati rambutnya sekali lagi tersimpul dengan getah oren itu disebabkan orang yang sama.

" kalau dah kata senang kenapa tak buat sendiri? " Yoongi membalas. Gayoon mengetap bibirnya dan pandangannya makin menajam melihat appanya. Yoongi terus terdiam. Takut juga dengan pandangan anaknya itu sendiri.

young blood. Where stories live. Discover now