30 ㅡ go away

2.9K 576 89
                                    

" satu mati, six more. "

ㅡ ㅡ ㅡ

" Hoseok Hyung! " tubuh Hoseok digoncangkan pantas. Air mata aku mengalir deras daripada mataku membuatkan aku tersedu-sedan. Segala bunyi peluru yang kedengaran sepeeti hendak memecahkan gegendang telinga aku langsung tak diendahkan.

Apa yang menjadi kosentrasi aku adalah Hoseok.

Please, jangan tinggalkan kami sekali lagi Hoseok Hyung..

" jebal.. hiks " aku merayu pada Hoseok. Genggaman tangan aku dihentak dilantai sebelah Hoseok terbaring. Aku memang takkan terima kalau Hoseok pergi meninggalkan kitorang sekali lagi. Ianya seperti sebuah mimpi yang aku tak mahu alami. Seperti mimpi ngeri bagiku. Cuma ini terjadi secara realitinya.

" k-kenapa ni? " Yoongi melutut disebelah aku. Pistolnya diletakkan kedalam begnya. Kelihatan pada wajahnya ada beberapa luka dan juga darah tepercik pada wajahnya.

" nadi Hoseok.. berhenti. " tergagap-gagap aku berkata. Air muka Yoongi terus saja berubah apabila mendengar kata-kata aku itu. Kelihatan air matanya mula mengisi tubir mata.

" kau tipu kan? Biar aku check. " Yoongi mencapai tubuh Hoseok kasar daripada aku. Aku hanya memberi apa yang dia ingin lakukan. Yoongi lantas meletakkan kedua belah jarinya pada leher Hoseok untuk merasa degupan Nadi Hoseok. Wajahnya jelas menunjukkan riak wajah yang kecewa. Lebih daripada kecewa.

" tak, tak! Hoseok bangun! " bahu Hoseok sekali lagi digoncang pantas. Selepas beberapa minit digoncangnya, Yoongi terus menarik tubuh tak bernyawa Hoseok itu kedalam pelukkannya. Dia memeluk erat tubuh Hoseok, macam segala nyawanya bergantung pada Hoseok. Aku yang melihat Yoongi berkelakuan sebegitu rasa sebak.

" apa jadi ni? " Seokjin yang sudah habis membunuh kesemua mahluk itu meluru kearah aku dan Yoongi bersama dengan yang lain. Mereka kelihatan terpingga-pingga apabila melihat aku dan Yoongi menangis tersedu-sedan di hadapan Hoseok. Pistol yang dipegang olehnya serta merta terlepas daripada peganggan apabila matanya mendarat pada tubuh tak bernyawa Hoseok itu.

" adekah.. Hoseok dah maㅡ "

" ya hyung.. " aku terus memotong kata-kata Seokjin itu membuatkan dia terus terduduk kerana kakinya lemah longlai apabila mendengar jawapan daripada mulutku itu. Penat diseka air mata yang mengalir pada pipi aku ni, tetapi ia makin banyak pula mengalir.

" kita kehilangan seorang daripada kawan baik kita. " Namjoon menekup mulutnya. Tak sanggup dia menatap wajah Hoseok yang seperti tidur dengan nyenyak itu, tetapi kenyataannya adalah dia dah pergi.

Ia membuatkan kitorang rasa usaha kitorang untuk keluar daripada dunia kejam ni takkan tersampai tanpa adanya Hoseok.

Takkan. Sorang pergi, aku takkan pergi.

" you are the cure.
use it, Kim. "

Aku terjaga. Peluh yang terasa sejuk mengalir daripada wajahku yang sudah basah lecun kerana berpeluh. Aku cuba mengawal cara penafasan aku dan apa yang aku lihat selepas itu adalah kawan-kawan aku masih lagi meratapi kesedihan disekeliling badan tak bernyawa Hoseok.

Rasa sebak mula menyerang aku sekali lagi apabila melihat wajah Hoseok yang matamya tertutup rapat itu.

You are the cure. Use it.

young blood. Where stories live. Discover now