15 ㅡ run

3.7K 772 148
                                    

Lab code : NB 159

" keenam subjek sudah berkumpul. Seperti apa yang kita rancang, doktor. Hanya tinggal seorang sahaja lagi dan Semuanya akan berjalan dengan lancar."

" bagus, pasangkan alat pengesan darah mereka. Kita akan mula memerhatikan mereka sekarang."

" subjek kosong satu, subjek kosong dua, subjek kosong tiga, subjek kosong empat, subjek kosong lima, subjek kosong enam dan subjek kosong tujuh. Alat pengesan, on."

Beberapa butang ditangan lelaki yang kelihatan berusia tu ditekan. Ketujuh-tujuh butang itu menyala.

" semuanya bersedia doktor. "

" pasangkan rakaman "

/////// BUZZER

" kita akan mati--- " Hoseok meraup mukanya beberapa kali. Panik sekali nampaknya keadaannya pada ketika tu. Yalah, terperangkap dan takde dah jalan keluar, sapa je tak panik?

" be positif. Pertama sekali kita jangan panik. Kita boleh pikirkan cara tuk keluar daripada bangunan ni hidup-hidup. Aku yakin. " Jin meyakinkan kawannya yang lain. Sapa jelah yang nak mati dalam bangunan ni? Tambahan lagi buat kelima kawannya tu yang membesar di tempat ni.

Rasanya macam tak berbaloi habiskan sisa hidup dorang di tempat yang sama sahaja.

Tiada kebebasan.

" yalah, tapi kita kena cepat. Berapa lah sangat pintu tu nak tahan hentaman mahluk kat luar tu? Aku rasa dia bawak besi sekali dengan dia. " Jungkook meneka. Dengan terbongkok-bongkok dia cuba bangun.

Melihat keadaan Jungkook yang tercedera teruk tu, Jimin mula berkata, " kita tak boleh pergi dengan keadaan Jungkook macam ni. Dia tercedera. " back up Jimin. Jungkook memandang sekilas pada Jimin sebelum dia menunduk.

" aku boleh papah dia, jimin. Kau jangan risau. " Taehyung segera meluru kearah Jungkook dan memegang belakang Jungkook. Sempat dia menghadiahkan senyuman pada Jungkook tu.

Berdesing telinga Jimin mendengar kata itu. Tapi dengan segera dia mengendahkan sahaja kedua rakannya tu. Kerana taknak burukkan lagi keadaan.

" woi, " tetiba semua memandang kearah Hoseok. Kelihatan Hoseok sedang membuka palang besi lubang udara. " kita boleh escape melalui jalan ni, kan ?" Dia tersenyum.

" berguna jugak kau, seok. " yoongi menepuk bahu Hoseok dan Hoseok menyengih sampai ke telinga.

" okay-okay kita pergi sekarang, kkajja! " Seokjin menyuruh yang lain masuk dalam lubang udara tu. Masing-masing cuba sedaya upaya untuk bergerak dengan pantas untuk lari daripada mahluk-mahluk yang mengerikan tu.

Silap hari bulan, manusia jugak dimakannya.

Seokjin memandang Taehyung dan Jungkook. Hanya mereka sahaja yang belum masuk kedalam lubang udara tu. Taehyung sedang terkial-kial menolong Jungkook masuk kedalam lubang udara tu.

Nafas Seokjin mula berat. Dilihatnya pintu besi yang menahan mahluk histeria diluar tu sudah teruk akibat dihentam oleh sesuatu yang bebetul keras. Hanya tunggu masa sahaja untuk pintu tu tumbang.

Sejurus sahaja Taehyung dan Jungkook sudah masuk kedalam lubang udara tu, tanpa berfikir panjang Jin terus masuk kedalam lubang udara tu. Diambilnya besi penutup lubang udara tu dan menutupnya. Dan pada masa yang sama, dia ternampak pintu yang menghalang benda-benda itu dah tumbang. Sekumpulan pesakit histeria menyerbu masuk.

" cepat! Cepat! Dorang dah masuk! " teriak Jin daripada belakang sekali. Hoseok yang dihadapan sudah tergopoh-gapah merangkak dengan laju untuk menyelamatkan diri mereka yang lain dibelakangnya.

Mereka semua cuba sedaya upaya untuk bergerak dengan laju. Takde sapa diantara mereka mahu mati dekat situ.

Setelah beberapa minit tak henti merangkak," aku nampak arah keluar ! " teriak Hoseok. Yang lain semua menghela nafas lega kerana mereka lega tak lama lagi dorang akan keluar daripada lubang udara ni.

Tangan dan kaki dorang sudah rasa kejang dah. Tapi, segera ditolaknya rasa tu ketepi apabila mendapati yang mereka tak lama lagi akan keluar daripada situ.

Hoseok menyepak besi penutup lubang udara yang menghubungkan mereka keluar itu. Lalu, perlahan-lahan dia menjejak kakinya diatas rumput dimana ia berada diluar kawasan Hospital tersebut.

" kita berjaya guys " Hoseok berdiri diluar kawasan hospital tu. Pada wajahnya terukir wajah yang gembira sekali.

Yang lain pun mula keluar daripada lubang udara tu. Sebuah Senyuman mula terukir pada wajah mereka. Walaupun terasa penat, tapi rasa penat itu segera hilang apabila dapat tahu yang mereka dah berjaya lakukannya.

Semua memandang kearah langit dan kawasan pokok yang bertiup lembut kerana angin malam itu.

" akhirnya, kita bebas. "

/////// BUZZER

" tak terlalu cepat, " sebuah senyuman terukir pada wajah perempuan muda itu. Rambut perangnya ditolak kebelakang. Senyuman sinis terukir pada wajahnya tu.

" subjek kosong enam tak digabung lagi dengan subjek yang lain. Kemungkinan besar mereka akan bertembung semasa menjalani fasa seterusnya. " perempuan tu mengangguk paham dengan apa yang baru sahaja didengarinya tu. Maklumat itu diingatinya dalam mindanya.

" ya, saya tau. Mereka akan bergabung tak lama lagi. Lagipun, perjalanan mereka masih jauh lagi. Banyak liku yang perlu mereka tempuhi. So, no worries doctor."

" Fasa dua bermula, Puan Huang."

☆\/☆\/☆\/☆

Soryy for short chapter!

young blood. Where stories live. Discover now