9 ㅡ save

4.5K 824 218
                                    

" kita kena lindungi dorang semua oppa, takkan lah nak biar macam tu je? "

Aku menegaskan kata-kata aku pada abang aku dengan nada yang dingin. Dah hampir 10 minit aku berdebat dengan Seokjin ni tapi still dia tak mahu kalah.

" macam mana? Kita dua je hyo. Nak protect berpuluh pesakit dalam hospital ni. Gila ke? " seokjin berkata lagi. Aku mengeluh panjang.

" kalau macam tu, sekurang-kurangnya kita lindungi Taehyung.." aku berkata tetiba.

Seokjin memandang aku dengan pandangan yang suspicious. Aku menggaru kepala aku yang tak gatal tu lalu berkata lagi,

"...dengan jimin sekali. Dia kan pesakit abang? "

Seokjin melepaskan keluhan yang panjang.
" macam mana kita nak tolong dorang? " seokjin menghadap adiknya itu.

" kita halang dorang daripada dapat suntikan tu. Kalau dorang terima suntikan tu, dorang akan tahu yang dorang bertiga memiliki darah muda. " aku menggaru dagu aku yang tak gatal tu.

" hyo, kau pasti ke dorang ada darah muda? Ataupun tu hanyalah sebab halusinasi yang teruk macam pesakit lain dapat?" Seokjin membuat andaian.

" oppa, oppa rasa dorang tu pesakit mental ke hanya kerana dorang ada dalam hospital mental? " aku memandang dia tajam.

seokjin tersengih." yelah sebab apa lagi dorang masuk kedalam hospital ni kalau bukan kerana gila? "

" kalau dorang dengar konfem abang kena sepak. "

" dorang tak dengar lah hyo. "

" papejelah. Abang boleh cakap perkara cemtu dekat hyo tapi jangan cakap cemtu depan dorang arra? " seokjin hanya mengangguk lalu sambung membaca buku nya tu.

" ye ye "

" abang nak tolong dorang ke tak ni? "

" yelah abang tolong. "

☆\/☆\/☆\/☆

" taehyung, "

Aku terbangun dan mendapati Hyorin berada dihadapan aku. Aku tengok kedua tangan dan kaki aku digari pada besi katil. Aku memandangnya dengan eksperiasi pelik.

" aku tahu apa yang kau fikir sekarang. Kau jangan risau, aku takde masa nak terangkan semua, but nanti doktor huang akan berikan aku suntikan dan suntikan tu tak boleh disuntik pada badan kau sebab kesan pada ubat tu akan menyebabkan dorang tahu yang kau mempunyai darah muda. So, aku akan tukar suntikan tu dengan cecair putih je dimana ia takkan bagi effect pape dekat kau ara? Jadi lepas kau kena suntik tu, kau buat-buat tak sedarkan diri. " hyorin berbisik pada telinga aku.
" Nurse, bagi pesakit kosong satu." Kedengaran suara Puan Huang bergema dalam bilik tu.

Aku cuba gerakkan tangan aku untuk memeriksa samada aku boleh lepas daripada gari tu atau tidak tapi malangnya aku tak boleh.

Seluruh tubuh aku mula rasa gugup bila nampak Hyorin kini berada disebelah aku bersama suntikan ditangannya.

Ianya bukan sebab aku takut kena inject, tapi aku tak tahu samada ianya selamat untuk aku or tak. Aku tak tahu samada nak percayakan Hyorin atau tak.

Puan Huang yang dulu aku menganggapnya macam mak aku sendiri sudah pun berubah. Caranya lain daripada Puan Huang yang aku kenal sebelum ni.

Aku takde sesiapa tuk bergantung.

Hyorin membenamkan jarum suntikan tersebut kedalam lengan aku. Aku dapat rasakan cecair sejuk mengalir dalam tubuh badan aku tapi, aku langsung tak rasa kesannta. Seketika selepas itu, aku lakukan apa yang Hyorin mintak aku buat iaitu berpura-pura tak sedarkan diri.

young blood. Where stories live. Discover now