46 ㅡ end of us?

2.3K 412 126
                                    

" Tak nampak pun sesiapa dekat sini.. " Namjoon berkata sambil memandang sekeliling. Betul katanya, tiada sesiapa pun kelihatan.

" Sunyi aje dekat sini.. aku rasa macam ada something tak kenalah. " Taehyung berkata lagi dan yang lain mengangguk tanda setuju.

" mhm, tapi daripada mana suara tadi datang? " Soal Jungkook pula dan Seokjin memandang Jungkook.

" aku rasa daripada sini agaknya.. aku ada dengar sesuatu tadi. " Balas Seokjin lalu mula mengatur langkah kearah yang Seokjin katakan. Mereka semua membuntuti Seokjin daripada belakang.

" ada seseorang lah, "

" kau pasti ke tu seseorang? "

Seokjin hanya mendiamkan diri. Dia tak pasti kalau ianya adalah manusia atau tak.

Semakin dekat, mereka semua mendekati perkara yang Seokjin nampak tu. Masing-masing berharap dalam hati yang benda tu bukan benda yang mengancam.

Kini mereka nampak seseorang yang Seokjin nampak itu. Ternyata betul tekaan Seokjin itu, ianya 'seseorang'. Seokjin menarik nafasnya sedalam yang boleh lalu melepaskan ia.

" hello? apa dah jadi pada awak? "

" kenapa baku sangat kau cakap? "

" tu manusia jugaklah, bukan alien. "

" alah manalah tahu dia daripada america ke apa. kenalah baku sikit. " Seokjin membidas, tak mahu kalah.

" kalau dia daripada america, dia tahu ke bahasa Korea? "

" uish deep. "

" hoi, skang ni takde masa nak bertikam lidah lah. Korang sedar tak 'orang' tu dah lesap? " Namjoon meningkah dan yang lain mula terdiam sambil melirikkan mata mereka kearah orang tadi duduk.

" gila lah, mana dia? "

" weh namjoon kau tak nampak ke dia gi mana? " Taehyung menyoal dan Namjoon mengeluh. " aku tengah awasi bahagian belakang korang, manalah aku perasan. " balas Namjoon sambil memicit dahinya. Diorang memang tak boleh harap.

" ntah-ntah tadi yang kita nampak tu bayangan je kot.. " Jungkook meneka membuatkan yang lain lagi mengeluh.

" kalau bayangan, kau sorang je boleh nampak wahai Jungkook yang bijaksana. " Seokjin memerli membuatkan Jungkook menjelingnya.

" sekurang-kurangnya aku bagi pendapat. Manalah tau benda tadi pun hanyalah bayangan kau an " Kata Jungkook, tak nak mengalah.

" hisy korang ni diamlah " marah Namjoon dan mereka semua senyap. Namun perang dingin diantara Jungkook dan Seokjin masih lagi berlangsung.

Namjoon dapat dengar sesuatu, bunyi derapan kaki. Dia mula mengeluarkan pistolnya.

" aku rasa orang tu dah sedar tentang kedatangan kita " Namjoon bagitahu dan Yang lain mula mengawasi keliling mereka.

" tapi kenapa dia lari kalau dia tahu kedatangan kita? " Seokjin menyoal yang mereka semua juga tak tahu.

" mungkin dia shy shy cat? "

" pale otak kau berjambul "

" yah! "

TRANG!

Tiba-tiba kedengaran bunyi seperti besi diheret. Ia menghasilkan bunyi yang amat membingitkan telinga. Mereka semua terus menekap telinga dengan telapak tangan diorang, namun bunyi tu masih lagi kedengaran.

Bunyi itu semakin lama, semakin dekat.
Semakin kuat, semakin bingit.

Treak! dan bunyi itu terhenti.

young blood. Where stories live. Discover now