44 ㅡ dangerous

2.3K 402 111
                                    

"kesemua penjejak dah dibuang."

Namjoon memaklumkan perkara tersebut pada Puan Han dan dia hanya mengangguk dengan kata-kata Namjoon. " sekarang ni kita perlu keluar daripada sini. " Balas Puan Han dengan tegas.

Mereka semua sudah bersiap untuk pergi. Kini mereka berada dihujung hutan jauh daripada kawasan perkhemahan mereka yang sudah hancur rosak itu akibat diserang.

Dengan berat hati, mereka terus berlalu pergi daripada situ. Sudah sekian lamanya mereka bertapak disitu tetapi sekarang mereka perlu pergi mencari tempat yang baharu.

Hyorin berjalan dengan lemah. Dia sungguh penat dengan semua ini. Seokjin yang disebelahnya menjeling adiknya itu. " kau okay ke Hyo? " soal Jin dengan prihatin.

Hyorin memandang Seokjin lalu mengangguk perlahan. " okay.. cuma aku penat dengan semua ni. " kata Hyorin kemudian merenung wajah abangnya buat seketika.

" maaflah, hanya ini sahaja jalan keluarnya." Kata Seokjin lalu memeluk bahu adiknya itu. Hyorin hanya mampu mengeluh.

Dia memandang Taehyung yang berada tak jauh daripadanya. Dia sedang berbual dengan salah seorang perempuan, mereka kelihatan dah lama kenal. Nampak mesra.

Hyorin mengetap bibir. Dia cuba menahan api kemarahannya.

Sejak mereka datang sini, semuanya semakin teruk.

. . .

" langit akan gelap tak lama lagi. Howl tu akan berkeliaran dimana-mana nanti. " Jelas Puan Han dengan wajah yang tidak senang. Yang lain juga begitu. Mereka faham apa yang Puan Han maksudkan itu.

" Kita kena cari tempat perlindungan dengan cepat. " Kata seorang wanita yang berpakaikan hood besar menutupi wajahnya. Puan Han memandang wajah perempuan tersebut. Dahinya berkerut melihat pakaian yang perempuan itu pakai.

" ya, sudah semestinya. Tapi dimana? " kata Salah seorang daripada mereka.

" aku ada sesuatu tempat yang bagus. " kata perempuan berpakaikan hood itu. Semua memandang perempuan itu dengan pandangan yang berharap. " mari ikut aku." kata perempuan itu lalu mula mengorak langkah.

" kejap, siapa kau? dan macam mana kau tahu yang tempat itu selamat? " Puan Han terasa ragu-ragu. Tempoh hari, dia nampak wanita itu berada ditempat masyuarat tetapi identitinya langsung tak diketahui.

pelik.

" identiti aku penting ke sekarang ni atau nyawa kau lebih penting? " Wanita itu menyoal membuatkan Puan Han terdiam seribu bahasa. Wanita itu kembali mengorak langkah dan yang lain membuntutinya daripada belakang.

' sah ada sesuatu yang tak kena dengan wanita tu. ' teka Puan Han dalam hatinya.

. . .

" kita akan bermalam di tempat bawah tanah ini sehingga esok pagi kemudian mulakan perjalanan. "

kedengaran pengunguman sudah pun dilaungkan. Mereka yang lain terus berkemas dan menyediakan tempat tidur mereka itu. Walaupun keadaan bawah tanah itu kelihatan agak kotor tapi mereka terpaksa.

" Namjoon, kau nampak budak semalam yang aku marah tu tak? " Soal Yoongi dengan tergesa-gesa. Namjoon memandangnya pelik. Sejak bila kawannya ni kisah tentang Gayoon?

" ada di puak hujung. Kau carilah. " Yoongi mengangguk tanda 'ya' lalu dia berlalu pergi meluru ketempat dimana terdapat sebuah puak dihujung sekali. Gayoon nampak keseorangan disitu, dia berselimutkan kain yang nipis dan terkoyak. Nampak keadaan gadis remaja itu kelihatan sedih dan kecewa.

young blood. Where stories live. Discover now