60 ㅡ traitor

1.9K 383 296
                                    

" dah lama tak jumpa juga, appa. "

Balasan Yoongi itu membuatkan Yoorae terkejut. Terkejut kerana lelaki itu masih lagi mengingati yang itu adalah ayahnya. Bukan kah Yoongi sudah hilang ingatan? Itu menjadi per soalan bagi dirinya.

" satu tapak kehadapan, aku bunuh isteri kau. " kata Mr Min lagi membuatkan Yoongi terundur kebelakang. Dia mengangkat kedua tangannya tanda berserah. " ya aku tak kan. " Kata Yoongi dan Mr Min dah tersenyum simpul.

" Tolong jangan apa-apa kan keluarga aku. "  Yoongi merayu. Hanya dia dan Bambam sahaja yang tinggal disitu. Mr Min tersenyum senget apabila mendengar Yoongi merayu. Dia suka bila dengar seseorang itu merayu padanya.

" aku takkan. " Mr Min berkata lalu dia mengetatkan lagi erat pistol itu pada kepala Yoorae. " kalau kau dan kawan-kawan kau berserah. Aku takkan sentuh budak ni lagi. " balas Mr Min. Tetapi Yoorae sendiri tahu yang dia tak boleh nak percayakan orang tua ni. Apa-apa sahaja dia boleh buat kalau dia lepaskan Yoorae.

" baiklah. Aku dan yang lain akan serahkan diri. Jadi lepaskan Yoorae. " Yoongi membuat perjanjian. Mr Min memandang Yoongi dengan pandangan yang mencurigakan. Dia takut kalau ditipu dengan lelaki muda itu . " tak, aku takkan berikan kau perempuan ni jika kau tak diikat lagi  "  jelas Mr Min dengan tegas.

Yoongi menghulurkan tangannya kearah Mr Min. "Tunggu apa lagi? Ikatlah. " kata Yoongi dengan berani. Dia nampak tenang sahaja dan itu membuatkan Mr Min curiga.

" pengawal, ikat. " Mr Min mengarah dan ada beberapa pengawal datang kearah Yoongi untuk mengikat tangan nya. Belum sempat mereka ingin mengikat nya, tiba-tiba bebarapa kulit pengawal tersebut kelihatan Mencair dan melecur. Mereka menjerit kesakitan dan seterusnya ada beberapa diantara mereka juga kena perkara yang sama.

Mr Min mula cuak. " apa yang terjadi? " sowlnya beberapa kali dan pandangannya berubah tatkala melihat raut wajah Yoongi yang sudah tersenyum puas itu. Mr Min menajamkan  pandangan nya pada Yoongi. " ini semua rancangan kau. " katanya dengan nada yang mendatar. Yoongi hanya mengangguk perlahan dengan kata-kata Mr Min itu.

" lepaskan dia. " Bambam Mengacukan pistol betul-betul dibelakang Mr Min membuatkan dia mula melepaskan pegangan Pistolnya daripada Yoorae. Yoongi terus menarik Yoorae kedalam pelukan nya. Kepala perempuan itu diusapnya perlahan lalu mencium dahi Yoorae. Dah lama dia mencari isteri nya ini.

" sampai hati kau nak bunuh anak kita. " Yoongi berbisik pada telinga Yoorae dan perempuan tu tersengih. " saya terpaksa. " balasnya lalu Yoongi memeluk nya lagi. " yang penting, kau dah selamat. "  katanya lagi.

Kelihatan kulit Mr Min mula mencair juga. Yoorae memandangnya dengan pamdangan yang terkejut. Amat mengerikan kalau dilihat betul-betul dihadapan mata. " apa yang terjadi pada mereka? Kenapa mereka mencair? " soal Yoorae pada Yoongi dan Yoongi tersenyum.

" Yugyeom, dia menutup pengaliran udara yang membolehkan mereka semua hidup dalam bangunan ini. Automatik, mereka akan mencair kerana kulit mereka tak sesuai dengan sentuhan  bakteria. Tetapi kulit kita Okay, jangan risau. " balas Yoongi lalu diusap kepala wanita itu.

Kelihatan Bambam tengah mencuba untuk memutuskan ikatan tali yang terikat pada outsiders tersebut. Bambam tak mencair kerana dia sudah siap sedia memakai sut yang dikatakan oleh Yugyeom itu. Memang sebelum mereka keluar, Yugyeom menyuruh semua kawannya untuk memakai sut tersebut. Memang sah ini semua rancangan Yugyeom.

" Hyung " Kelihatan yang lain juga sudah ada disini. Namjoon, Seokjin , Jimin dan Hoseok mendekati Yoongi yang ada dihadapan mereka tu. Sebuah senyuman terukir pada wajah mereka bila melihat Yoongi memeluk bahu Yoorae. " wah, rindu dah terubat huh? " Hoseok mengusik. Yoongi tersenyum sumbing.

young blood. Where stories live. Discover now