34 ㅡ mystery 'her'

2.9K 460 125
                                    

" dengan nama tuhan kau,
aku menyeru kau datang kemari! "

Darah menitis setitis demi setitis. Kelihatan tangan perempuan yang mengopak kulitnya sendiri itu sudah banyak dilumuri darah yang pekat dan likat. Ia jatuh di tengah-tengah bintang lima bucu yang dilukis olehnya dengan kapur.

Tiba-tiba segala bunyi didalam bilik tersebut terhenti. Sunyi sepi, tiada kedengaran apa-apa bunyi sekalipun. Perempuan itu berdiri teguh ditengah bintang itu dengan tangannya yang sudah terkopak itu.

Lilin yang dipacakkan disetiap bucu bintang tersebut terpadam satu demi satu seperti ada orang yang meniupnya. Tetapi, realitinya tiada sesiapa yang meniupnya.

Hanya dia seorang diri sahaja yang ada di dalam bilik gelap itu.

Perempuan itu mula bernafas dengan berat apabila dia terdengar seperti ada orang bisik namanya dengan suara yang halus dan perlahan. Jantungnya berdegup pantas.

" aku menyerumu kerana satu permintaan ku yang mahu kau lunaskan. "

Walaupun dengan perasaan yang takut itu, dia tetap berkata dan memberi tahu hajatnya itu. Dirinya berusaha sedaya upaya untuk mengetepikan perasaan itu. Dia tahu yang dia kini berurusan dengan sesuatu yang bukan hidup.

" kreak.. kreuk.. "

Bunyi seperti tulang berlaga-laga dengan kuat. Perempuan itu secara tak langsung memandang keatas kepalanya kerana bunyi itu datang daripada atas kepalanya.

Dia nampak ada seekor mahluk yang serupa seperti manusia tetapi ia dalam keadaan yang mengerikan. Kakinya terkangkang luas sambil dia berjalan seperti labah-labah dan kedua tangannya seperti dahan pokok yang tajam-tajam berlaka. Mulutnya terkopak daripada telinga kanan hinggalah ke telinga kiri. Giginya tajam bak pisau yang banyak sehingga tak terkira menakala wajahnya kelihatan melecur ingin mencair menampakkan daging pada wajahnya.

" cari para golongan yang mempunyai. Berikan ketujuh-tujuh orangnya dan aku mahu kau bunuh mereka dan darah mereka hantarkan pada kami. "

Balas perempuan itu dengan nada yang tegas. Benda itu mengangguk seperti paham dengan kata-kata perempuan tersebut.

" ganjarannya, kau akan dapat badan aku. "

Kemudian apa yang kedengaran adalah seorang wanita menjerit seperti histeria dan kelihatan darah terpercik keluar daripada bawah pintu bilik tersebut.

Kemudian apa yang  kedengaran adalah seorang wanita menjerit seperti histeria dan kelihatan darah terpercik keluar daripada bawah pintu bilik tersebut

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.




" Taehyung?! Kau-- macam mana kau ada dekat sini? " kata Hyorin lantas terus diterjahnya kearah aku. Wajahnya nampak gelisah dan panik apabila melihat aku digari dan bahagian lengan, badan, kaki dan kepalaku di tebuk dengan sesuatu dan ada wayar padanya. Ia seakan peralatan yang doktor guna untuk mengambil darah.

young blood. Where stories live. Discover now