68 ㅡ step brother

1.9K 380 219
                                    

" jadi sekarang kau mahu aku jadi kambing hitam kau? Wah, setelah apa yang kau dah lakukan pada keluarga aku dan juga kawan-kawan aku.. kau rasa, patut ke aku bantu kau? " balas aku dengan nada sindirian. President seakan menahan geramnya apabila mendengar aku berkata dengan nada sedemikian. Bunyi macam di perlekehkan.

Baekhyun melirikkan matanya pada aku. " kau salah faham, Kim. Kami bawa kau ke sini untuk banㅡ " belum sempat Baekhyun ingin menghabiskan kata-katanya, aku dah terlebih dahulu memotong.

" kau nak beri aku makan umpan kau sama seperti kau lakukan pada kawan baik aku, Jeon Jungkook pula sekarang ni? Licik betul. " Balasku lagi. Baekhyun mengemam bibirnya dan aku dapat lihat urat dilehernya mula timbul. Marah?

" Kim Taehyung, kau sedar tak nyawa kau berada ditangan aku sekarang ni? Aku boleh lakukan apa sahaja yang aku suka pada kau. Sama ada nak membunuh kau ataupun tidak. Jadi tolonglah jangan berlagak macam kau ketahui semuanya. Aku muak " Baekhyun bersuara dengan nada yang lantang. Itu mengejutkan aku sedikit.

" kau sanggup bunuh adik kau sendiri? "

" adik tiri "

Aku tersengih. Nampaknya orang disini memang semuanya tidak berhati perut. Orang yang jijik budi pekertinya membuatkan aku lebih jijik kerana bertapak diatas lantai kediaman mereka.

" kalau kau fikir aku akan tolong kau, tolong lupakan nya. Itu adalah idea yang teruk yang pernah aku dengar sebab aku tak akan tolong kau. Tikam belakang orang? Tak, tu langsung tak ada dalam kamus hidup aku. " Aku berkata dengan tegas, sekali sekala aku dapat rasakan nada suara aku meninggi. Baekhyun hanya memandang aku dengan pandangan yang tajam.

" Kim, " Air muka Baekhyun mula berubah, matanya lembut memandang aku. Aku memandang dia dengan curiga. Kenapa dia memandang aku seperti dia simpati kan aku? " kami lakukan semua ini untuk perbaiki apa yang telah kami musnahkan. Kau kena faham " balas Baekhyun dengan nada yang lembut selembutnya. Aku hanya menelan terus ayat itu. Langsung tak mahu memikirkan nya.

" once the glass broken, it can't be fix again. " aku membalasnya dan Baekhyun terdiam. Dia mengetap bibirnya dengan erat.

" kau rasa dengan membunuh orang yang tak bersalah dengan lebih banyak dapat selesaikan masalah? Penyelesaian terbodoh pernah aku dengar " balasku dengan pandangan yang tajam diberikan padanya. Tak sangka yang aku dan abang aku sendiri akan bermusuh seperti ini.

Dah 28 tahun aku hidup, baru sekarang aku dapat lihat wajahnya? Dan.. baru sekarang aku tahu aku ada seorang abang tiri?

Hidup aku memang huru hara.

" dengar, aku tak mahu bergaduh dengan kau sekarang ni hanya kerana perkara ni. Aku tak mahu hubungan kita berenggang. Aku baru berjumpa dengan kau sekarang ni jadi aku nak kau faham. "

Aku tersengih. Tak tahu kenapa, aku rasa nak tergelak sedangkan hati aku dah terluka. Kenapa aku rasakan perasaan ni secara tiba-tiba? Aku rasa rindu dekat dia macam ada sesuatu belah daripada hati aku rasa sayang padanya.

Tapi aku tak kenal dia pun..?

Baekhyun meluru kearah aku. Aku hanya pandang dia dengan pandangan yang tajam, mulutku kelu untuk berkata apa-apa.

Dia terus memegang bahuku, pandangan aku dan dia mula bertaut.

Pandangan dia, mata dia..

.     .     .

" Taehyung-ah! "

young blood. Where stories live. Discover now