11 ㅡ dead

4.9K 805 400
                                    

" Tolong ! "

Aku menjerit dan expect kan bantuan daripada doktor-doktor tapi aku nampak semakin banyak benda tu mengkerumuni aku. Ramai dalam keadaan yang teruk menjerit nyaring untuk mendapatkan aku. Sesekali, aku cubalah untuk menoleh kebelakang, tapi apa yang aku nampak tu membuatkan hati aku rasa nak tercabut je.

Mereka semua berlari kearah aku dengan pelbagai gaya . Ada yang mengesot, ada yang berjalan tapi terhincut-hincut dan perlbagai lagi. Yang membuatkan aku geli, mereka bergerak meninggalkan kesan darah yang banyak. Kalau tengok bebetuk ia macam seretan seorang manusia yang telah dibunuh dengan kejam.

Tapi yang ini dia hidup.

Aku berlari tanpa hala tuju. Mana selok belok aku nampak depan mata aku terus masuk aje. Entah ada lorong yang aku tak tahu pun aku masuk je. Hentam jelah, janji nyawa aku tak melayang dalam tangan dorang.

Aku nampak satu bilik dan kemudian aku masuk kedalamnya lalu mengunci ia supaya takde sesiapa daripada benda tu dapat masuk. Bilik ti gelap, hampir semua benda dalam bilik tu aku tak nampak.

Aku cuba berjalan, sambil aku berjalan tu ada satu dua benda aku terlanggar tapi cecepat aku betulkan benda tu balik.

Aku duduk dipenjuru bilik tu. Kedua tangan aku memeluk kedua kaki aku. Aku cuba berkata yang semuanya akan jadi okay je dan cuba tak panik.

" Hmn grmm "

Nafas aku seolah terhenti apabila mendengar bunyi tersebut. Hampir semua bulu roma aku berdiri tegak. Peluh yang mengalir daripada dahi aku terasa dingin sahaja.

" nym "

Aku dengar seperti bunyi kunyahan benda. Ada benda mengunyah sesuatu. Dan yang paling teruknya,

Bunyi tu datang dekat sebelah aku je.

Aku menarik nafas banyak-banyak. Lalu menoleh kearah sebelah aku. Mataku membulat apabila melihat benda yang berada disebelah aku tu.

 Mataku membulat apabila melihat benda yang berada disebelah aku tu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Aku tersungkur kebelakang sambil tangan aku menekup mulutku. Aku memang terkejut sekarang ni dan aku dapat rasakan yang darah aku berderau. Mata benda tu yang berwarna putih tajam memandang aku sambil ditangannya ada satu organ yang masih lagi berdarah dan berlendir tu.

Aku rasa mual dan perut aku mula memulas tapi aku cuba sedaya upaya untuk tidak melepaskan semuanya ditempat yang aku duduk sekarang ni.

Benda tu secara tetiba meletakkan organ yang dipegang olehnya. Matanya sikit pun tak lepas daripada memandang aku. Perlahan-lahan, dia merangkak kearah aku.

Aku tahu pada waktu tu aku seharusnya pergi lari daripada tempat tu, tapi kaki aku menggigil kuat membuatkan aku nak diri pun tak boleh.

Benda tu semakin dekat, dan dekat.

Sampai lah benda tu dihadapan aku. Dia terhenti. Kalini aku boleh nampak wajah dia yang hodoh sekali tu. Dia mempunyai sepasang mata dan mulutnya terkopak besar. Darah mengalir daripada mulutnya itu dengan deras sekali tapi dia kelihatan tak kesah tentangnya. Lehernya kelihatan terkopak jugak.

young blood. Where stories live. Discover now