75 ㅡ our last war

2.1K 449 518
                                    

Perjuangan terakhir bagi kami akan bermula.

" President langsung tak tahu tentang korang masih hidup sekarang ni sebab aku palsukan kematian diorang. Aku dah bunuh semua pengawal yang menyeksa kau supaya tiada di antara diorang akan pecahkan rahsia. Malam ini para pekerja owls akan berkumpul disatu tempat untuk menyaksikan darah kau akan di sedut. Ianya majlis besar-besaran aku rasa sebab diorang dah rancang hari ini adalah hari terakhir diorang akan melakukan acara penyeruan. " Baekhyun menerangkan dengan teliti menakala Masing-masing mendengarnya dengan teliti.

Mereka semua masih lagi berkumpul di dalam bilik Jungkook untuk mengatur perancangan yang akan dibuat oleh mereka malam ini.

" macam mana dengan Hyorin? Dia tahu tentang apa yang terjadi " Celah Jungkook dan Yoongi pantas menggelengkan kepalanya. " pasal Hyorin kau jangan risau, aku dan Baekhyun dah kurung dia dalam sebuah penjara bawah tanah jadi tiada sesiapa akan jumpa dia buat sementara waktu " jelas Yoongi dan Jungkook terus mengangguk kan kepalanya.

" hmm.. tapi mampu ke kita lawan mereka semua? Ramai kan pengawal yang ada dalam bangunan ini? " soal Jimin pula. Dia risau yang rancangan mereka akan gagal.

" tak, kita boleh kalau kita rancangnya dengan teliti. Janji semua orang akan lakukan nya dengan baik dan tak ada satu pun kesilapan. Aku yakin kita dapat tangani perkara ni " kata aku, memberi semangat dan Namjoon mengangguk dengan kata-kata aku.

" kau pula, Seokjin? Okay? "

Seokjin memandang mereka lalu menunjukkan ibu jarinya. " ya, aku okay. Tak perlu risau "

" kita mula. Malam ni "

.     .     .

Kelihatan sebuah bulatan besar dilukis dengan kapur diatas dataran itu. Kemudian dilukis pula sebuah bintang yang mempunyai lima bucu diatasnya. Setiap penjuru itu diletakkan sebatang lilin lalu dinyala kan nya.

Ramai orang yang berpakaiaan kot hitam menutupi seluruh badan mereka berkumpul di sekeliling bulatan tersebut. Mereka semua memegang sebatang lilin dan membuatkan ia menyala.

Seorang perempuan yang berambut perang berdiri ditengah bulatan itu. Dia hanya berdiri sahaja disitu sambil memegang sebuah kambing hitam yang sudah mati ditangan nya. Kepalanya ditundukkan, langsung tak memandang orang di sekelilingnya.

" dicimus in te. Ex quo fit, necesse est quod tandem nostra solucionis! "

President melaungkan mentera itu sekuat  yang boleh. Kemudian yang lain mengikut apa yang dicakap nya dengan serentak.

Angin sepoi-sepoi mula meniup beberapa pokok yang ada disitu. Ia membuatkan beberapa daun kering daripada pokok tersebut berterbangan dibawa arus angin.

" quod factum est, quod factum est, quod factum est! "

Ulang president itu diikuti dengan pengikutnya yang lain. Deruan angin mula kuat. Kelihatan ada beberapa pengawal datang membawa tiga tubuh yang kelihatan sudah tidak bernyawa itu lalu disusun nya ditepi bulatan tersebut.

Perempuan yang berambut perang itu mula menjerit histeria. Dia mencengkam kepalanya dengan erat membuatkan umbun-umbun kepalanya berdarah dan seperti ingin terkopak. Yang lain hanya memerhatikan nya menakala President masih lagi mengulang ayatnya tadi berkali-kali.

young blood. Where stories live. Discover now