24 ㅡ path

3.5K 666 113
                                    

PESAKIT : 01

Lepas semua orang sudah bersedia, kitorang kembali duduk ditempat memasing. Lelaki tadi mengarah kan kitorang semua ambil senjata dalam peti besi hitam yang mereka bawak tadi.

Masa aku tengok dalam peti hitam tu, mata aku membulat besar. Pelbagai jenis senjata tersusun kemas dalam peti tu. Aku memandang kekawan aku yang lain bersilih ganti. Teragak-agak samada nak ambil atau tak.

" ambil cepat, ni sebagai langkah jaga-jaga dalam perjalanan nanti. " lelaki tu mencelah membuatkan kitorang semua terkejut. Ish, bagilah salam ke apa.

"Manalah tahu, benda yang tak dijangka akan berlaku." Sambungnya lagi.

Memang ada perkara buruk yang akan kitorang tempuhi nanti.

Aku ambik banyak benda. Nasib lah beg aku besar. Cukup nak ambil semua. Aku hanya ambil tiga jenis pistol dan lima kotak peluru. Beberapa bilah pisau dan juga bomb.

Aku pelik jugak, daripada mana lah president dapat senjata ni semua? Bukan kalau ikut undang-undang memang tak boleh ke simpan benda ni semua? Boleh bawak balai.

Tapi lantaklah, aku lebih kesahkan nyawa aku nanti daripada hal sebegitu.

" kepada yang sudah, sila ikut aku ke transport yang akan korang naiki nanti. " lelaki tu tersenyum sinis. President tak pulak aku nampak bayang dia sejak dia berbual dengan Namjoon tadi. Cakap pasal namjoon, aku rasa tak sabar pulak nak tahu apa yang President bualkan dengan dia.

Aku percaya Namjoon berada pada pihak kitorang.

Harap-haraplah.

Kitorang semua mengekori lelaki tu memasuki sebuah lorong yang gelap. Tak pernah aku jejak masuk dalam lorong ni sepanjang kitorang sampai sini. Mungkin lorong ni rahsia? Ah biarlah.

Lorong tu memang gelap. Terdapat ada seberapa lampu kecil yang terpasang tetapi cahayanya amatlah malap sekali. Lorong ni seperti sudah lama tak dijejaki kerana lantainya berhabuk, setiap langkah yang aku ambil pasti meninggalkan kesan tapak kasut aku. Baunya pulak seperti bau rumah yang baru dibina. Baunya amat asing sekali bagi aku.

Setelah beberapa minit berjalan, akhirnya aku nampak ada sebuah lampu menyinari dihujung lorong ni. Aku mula menghela nafas lega. Lenguh kaki ni ha asyik jalan je.

Sejurus sahaja kitorang sampai dihujung lorong tu, mulut aku hampir sahaja ternganga kerana dihadapan kitorang ni ada kereta api dan sekarang seperti kitorang berada di stesen kereta api. Cuma, stesen kereta api ni sunyi, hanya kedengaran enjin kereta api sahaja. Tiada orang lain atau apa-apa.

" woah, kita naik kereta api? Best nya! " jimin berkata dengan wajah excited nya. Tak sabar lah katakan. Aku pun tak sabar sebenarnya, tak pernah aku rasa naik kereta api sebelum ni. Even kereta pun aku tak pernah naik.

Nak buat cemana? Selama ni aku dibesarkan dekat hospital mental. Macam-macam dalam dunia ni aku tak tahu lagi.

" sila naik. Maafkan kami semua tapi korang semua terpaksa pergi sendirian. Dan kereta api tersebut dipandu secara automatik." Kata lelaki tu dan pantas sahaja kitorang semua mengangguk.

Langkah yang lain pantas diaturkan kedalam kereta api tu. Pelik, kenapa guard tak ikut sekali? Kalau kitorang nak escape nanti, senang lah. Dorang tak fikir ke?

Aku menoleh kearah lelaki yang berkata tadi, dia sedang berbisik sesuatu pada phonenya. Wajah nya jelas menunjukkan yang ianya hal yang serius.

" weh taehyung! " aku menoleh, kelihatan Jimin berlari kearah aku. Senyuman yang lebar mengisi wajahnya. " kau tunggu apa lagi ni? Jomlah naik. " kata Jimin lagi. " oh.. barang aku ada yang jatuh tadi sebab tulah. Dah jomlah naik " aku terus menarik tangan Jimin dan jimin hanya membiarkan ia.

young blood. Where stories live. Discover now