53 ㅡ trust me

1.9K 399 188
                                    

" kau mengarut apa ni Hoseok? jangan buat lawak lah. " Jimin terlebih dahulu membalas kata-kata Hoseok dengan pandangan tajam diberikan kepada lelaki itu. Hoseok terdiam buat seketika lalu dipandang wajah satu persatu kawannya itu. Kesemua wajah kawannya itu juga seakan tak mempercayai dirinya.

" aku tahu korang tak akan percayakan aku. That's why aku tak mahu cakap. Aku nak confirm kan sebetul-betulnya sama ada Jungkook ni nampak suspicious atau pun tak.  " Hoseok menerangkan lagi. Yang lain terdiam sahaja apabila mendengar kata-kata Hoseok itu.

" mungkin juga yang Hoseok betul. " Tiba-tiba Yoongi berkata memecahkan kesunyian. Semua memandangnya dan Yoongi membalas pandangan mereka semua. " Sebab dunia sekarang ni membuatkan kita tak boleh mempercayai satu sama lain. Mungkin sahaja ada antara kita ada dalangnya. siapa tahu? " Jelas Yoongi lagi dan sedikit sebanyak, ada betulnya.

" buat masa ni, baik kita jangan fikirkan macam tu. " Taehyung yang tadinya asyik diam, kini bersuara. Wajahnya kelihatan tegang, dan dia langsung  tak memandang sesiapa ketika dia bercakap. " Aku rasa lebih baik kita percayakan satu sama lain.. Aku dah ingat, kita kawan dah lama. Tak akan lah salah seorang daripada kita akan tikam belakang? Aku.. Aku percayakan korang. " Kata Taehyung dengan ikhlas daripada hatinya. Daripada nada suaranya, kedengaran suaranya bergetar.

" Taehyung betul, tetapi pada masa yang sama aku setuju juga dengan pandangan Hoseok dan Yoongi. Mungkinㅡ hanya mungkin. Tapi sekarang ni seperti apa yang Taehyung kata, baik kita percayakan satu sama lain. Aku yakin diantara kita tak tergamak akan melakukan perkara macam tu kan? aku pun dah kenal korang lama. Ingatan aku dengan korang juga masih segar dalam ingatan. Aku yakin korang takkan melakukan nya. " Namjoon dengan lembut membalas kata-kata Taehyung tadi. Sebuah senyuman terukir pada wajah mereka semua.

" Tak kira sejauh mana pun kita terpisah, kita tetap ada satu sama lain. Mungkin bukan disisi, tapi dihati. " Sambung Namjoon lagi.

" aku sayㅡ "

ARGH!

Belum sempat Seokjin menyambung ayatnya, mereka dikejutkan dengan jeritan yang lantang berdekatan dengan gua yang mereka duduki itu. Mereka semua terkejut dan pantas mengaturkan langkah mereka ke arah bunyi tersebut.

" Jimin, Seokjin dan Hoseok korang duduk sini sementara aku, Namjoon dan Yoongi pergi tengok " Balas Taehyung dengan tergesa-gesa. Lalu, mereka bertiga terus melangkah keluar daripada gua tersebut dengan senjata ditangan. Diperhatikan sekeliling dengan berhati-hati.

" bunyi tu datang daripada sana. " Balas Namjoon . Mereka semua mengekori Namjoon daripada belakang. Peganggan erat pada pistol tidak dilepaskan.

Mereka kini semakin dekat dengan bunyi tadi. Bunyi seperti seorang perempuan mengerang kesakitan dengan kuat. Mereka melajukan langkah lagi.

" suara tu, macam aku kenal. " Yoongi berkata daripada belakang. Taehyung memandangnya dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya tetapi Yoongi hanya mengendahkan dia.

Mereka kini menyorok disebalik semak. Namjoon mengintai sedikit daripada dedaun untuk melihat apakah yang sebenarnya terjadi. Yalah, misalkan ianya musuh mereka, bahaya pula kalau terus redah.

" eh.. itu Puan Kim. " Namjoon berkata membuatkan Taehyung memandang nya. " Omma? kenapa dengan dia? dia okay keㅡ "  Namjoon menletakan jari telunjuknya pada bibir Taehyung tanda suruh senyap.

Dia mengintai sekali lagi. " dia tengah menahan tangan seorang perempuan.. remaja? " Namjoon berkata lagi. Itu membuatkan Yoongi tersedar lalu memandang wajah Namjoon dengan pandangan yang menantikan apa yang jadi selanjutnya. " perempuan remaja? " Soalnya pada Namjoon.

" Gayoon?" Terus sahaja Yoongi keluar daripada semak samun iaitu tempat persembunyian mereka. Taehyung ingin menghalangnya tetapi mereka tidak sempat akibatnya mereka berdua pun ikut keluar sekali daripada tempat persembunyian itu.

" Taehyung? apa yang kamu buat dekat sini? " Puan Kim terhenti daripada menahan tangan perempuan remaja itu kerana fokusnya beralih. Taehyung memandang kearah ibunya itu.

" omma buat apa dengan.. " Belum sempat Taehyung ingin menyebut nama perempuan yang ditahan oleh ibunya itu, Yoongi terlebih dahulu memintas.

" Gayoon? " Yoongi menyoal. Membuatkan wajah perempuan remaja itu menoleh kearah Yoongi. Sebuah senyuman terukir pada wajah peremepuan tersebut. " appa? "

Gayoon menarik tangannya daripada peganggan Puan Kim kemudian terus berlari kearah Yoongi. Dia merangkul leher Yoongi lalu dipeluknya erat. " appa tinggalkan Gayoon. Kejam. " katanya perlahan. Yoongi kelihatan masih lagi terkejut dengan tindakan anaknya itu tetapi, dia membalas juga pelukan Gayoon itu. " maafkan appa. " balasnya lembut.

Namjoon dan Taehyung dah tersenyum simpul melihat kedua anak beranak itu. Yalah, siapa sahaja tidak akan gembira apabila bertemu dengan ayah ataupun anak mereka?

.     .     .

" inilah dia. "

Lampu dibuka, disitu kelihatan banyak kotak-kotak yang lusuh. Benda-benda yang tidak dipakai lagi. Terdapat satu meja kayu yang panjang dan besar tersedia disitu dan beberapa kerusi juga ada.

BamBam melangkah masuk dalam bilik itu dan Yoorae mngekorinya daripada belakang. " Tempat ni kitorang selalu gunakan kalau nak melepak atau apa. Dan, kau jangan risau.. Dekat sini adalah satu-satunya bilik yang tersorok dan tidak mempunyai apa-apa cctv. Jadi aku rasa kita boleh buat bilik bincang kita kat sini. " Jelas Bambam lagi dan Yoorae mengangguk faham.

" okaylah bilik ini. Mana yang lain? "

" diorangㅡ " belum sempat Bambam menyambung kata-katanya kedengaran bunyi riuh rendah diluar dengan bualan beberapa orang lelaki juga kedengaran gelak tawa mereka. " ha, itupun diorang. Panjang umur. " balas Bambam lalu menarik kerusi di sebuah meja itu.

" bawak tak benda yang aku suh bawak tu? " soal Yoorae pada mereka dan mereka semua mengangguk. " set! " Jackson mengangkat tangannya dimana dia sedang memegang sekeping peta.

" kau yakin kita boleh lakukan ni? " Bambam menyoal untuk mendapatkan kepastian daripada Yoorae. Yoorae memandang wajah Bambam dengan mengukirkan senyuman yang ikhlas pada wajahnya.

" dah tentu, aku yakin. percayakan aku.  "

.    .    .

yay! nak habiskan famfiction ni bulan ni gak and then sambung 'hollow of the low' !

oh ya! fy ada buat cerita baru~~

tapi fy akan sambung bila 1st Disember sebab nak fokuskan pada fanfiction YOUNG BLOOD ni

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

tapi fy akan sambung bila 1st Disember sebab nak fokuskan pada fanfiction YOUNG BLOOD ni. fy bertekad nak habiskan dalam bulan ni gak! doakan fy ya? ;))

yelah, fy sekarang dekat hospital kena tahan wad HAHAHA takde benda nak buat and semua kat sini bosan. So, karang cerita jelah kerjanya.

please support fy! jangan lupa votes and comments tentang cerita baru tu okay? show me some support :33 k mengada HAHAHA

young blood. Where stories live. Discover now