47 ㅡ mother

2.4K 413 163
                                    

" kau jangan nak merepek lah Taehyung. mesti ada jalan keluar. " kata Seokjin yang tak boleh menerima yang kenyataan nya memang takde jalan keluar pada waktu tu.

" kita hanya mampu lawan.. tapi aku tak rasa bekalan senjata kita mencukupi. " Sampuk Yoongi dan yang lain setuju dengannya.

Memang takde apa-apa yang diorang boleh buat masa tu.

" Jungkook! jaga belakang kau! " Jimin terus menarik Jungkook daripada posisinya daripada ditarik oleh Howl yang sedang berganas tu. Ngeri rasanya melihat keadaan howl sebegitu sekali.

Berderau darah Jungkook apabila disergah sebegitu. Dorang semua memandang kehadapan dan sekeliling diorang, mencari jalan keluar tetapi malangnya diorang dah dikepung.

Masing-masing cuba yang terbaik untuk bertahan. Banyak peluru dibazirkan pada mahluk tak bernyawa tetapi bergerak lagi tu. Tetapi mahluk tu semakin banyak dan banyak, ia membuatkan keadaan tak terkawal buat masa ke semasa.

Jungkook sedang menembak, Malah dia juga ada menggunakan tenaga manusianya untuk melawan howl itu seperti menendang dan menumbuk benda tu. Jimin sempat menjeling Jungkook untuk memeriksa yang Jungkook okay sahaja walaupun pada masa itu keadaannya pun tak menentu.

Tiba-tiba ada salah seekor daripada howl tu menarik kaki Jungkook daripada bawah membuatkan Jungkook jatuh terhentak. Jimin terkejut, begitu juga Namjoon yang ada disebelahnya. Jungkook mengerang kesakitan, banyak howl mula mengerumuni dia.

Yang lain tak perasan keadaan Jungkook pada waktu tu kerana sibuk mempertahankan diri diorang.

Selagi termampu.

Namjoon dan Jimin tak sampai hati melihat Jungkook digigit dengan kasar dan ganas oleh mahluk ngeri tu. Namjoon cuba untuk menyelamatkan Jungkook, tetapi keadaanya tak mengizinkan.

Jimin yang matanya sudah berkaca melihat keadaan Jungkook yang sarat tu, terus membuat tindakan. Wajahnya berubah menjadi kemerahan pada telinga juga matanya.

Jimin mengeluarkan satu bom yang kecil daripada poketnya lalu dia merentap seorang daripada howl tersebut. Dengan pandangan yang tajam dan tanpa belas kasihan, Dia menyumbat bom tu jauh kedalam mulut howl tu sampaikan mulut howl tu terkoyak.

Dia menendang perut howl tu menyebabkan howl tu kebelakang dan semua howl yang lain jatuh tersungkur kebelakang dan kemudian dia terus menekan butang lancarkan bom nya tadi.

Bom!

Bahagian-bahagian badan howl tersebut bersepai kepada cebisan. Darah memercik. Yoongi yang daripada tadi ada disebelah Jimin dan memerhatikan gerak geri Jimin tersentak. Yang lain juga begitu.

Tak sangka Jimin boleh jadi seganas tu.

Tanpa mengendahkan lagi, Jimin terus mendapatkan Jungkook. Dia tarik Jungkook keluar daripada Howls yang sedang menyedut darah Jungkook tu. Satu-satu das tembakan dilepaskan daripada pistolnya tepat mengenai dahi howl tersebut.

Jimin terduduk, kepala Jungkook segera dipangkunya. " Jungkook-ah " Dengan lemah Jimin memanggil Jungkook yang sudah seperti nazak tu.
Mukanya pucat, bibirnya kebiruan. Matanya terbuka sedikit sahaja, seakan nak terlelap.

" Jungkook, kau kena kuat.. tolong. " Jimin merayu lagi. Luluh hati Yoongi melihat keadaan dua kawannya tu menakala dia sedang berusaha untuk lindungi Jimin dan Jungkook daripada howls.

" kita tak dapat lakukan. banyak sangat diorang " Teriak Hoseok yang sedang beberapa kali melepaskan tembakan pada mahluk ngeri yg ingin memamah dagingnya tu.

tiba-tiba ada benda bulat dilemparkan daripada jauh pada sebelah Jimin dan Jungkook tetapi nampaknya tiada sesiapa yang perasan.

" tak kita mesti akan berjaㅡ " belum sempat Namjoon menghabiskan kata-katanya, Benda bulat tu meletop.

young blood. Where stories live. Discover now