38 ㅡ panic

3K 460 185
                                    

" cari kesemua bilik. Tindakan cuai tak sepatutnya berlaku didalam bangunan ni! " tegas Mr Min berkata. Pekerja-pekerja nya yang lain bergegas melaksanakan arahan Mr Min. Kalau tidak, mahu ditengkingnya dihadapan khalayak orang ramai.

" pihak kami dah periksa kesemua bilik.. malangnya mereka tiada Tuan. " seorang pemuda yang berpakaian lengkap berbaju kebal melaporkan apa yang terjadi pada Mr Min. Lelaki yang dimamah usia tu mengetap bibirnya, geram.

" mana pulak lah mereka pergi? "

ㅡ ㅡ ㅡ

" aku benci hide and seek.. Taehyung mari keluar sekarang. " Hyorin menarik sekali lagi lengan bajuku tetapi aku tetap berdiri dalam posisi aku dan tak mahu bergerak. Aku bimbang kalau-kalau aku dan Hyorin terhasilkan satu bunyi. Aku yakin benda tu akan tahu kitorang dekat mana.

" untuk mengecapi kemenangan dalam permainan hide and seek, mereka bukan sahaja perlu mencari tempat yang bagus untuk bersembunyi.. tetapi, mereka juga kena cari tempat dimana orang akan sangka dia sembunyi. "

Aku perlahan-lahan mencangkung. Hyorin lakukan apa sahaja yang aku lakukan. Aku dapat dengar dia bernafas dengan kuat seperti dia panik. Terus sahaja aku memandangnya lalu meletakkan jari telunjuk pada bibirku tanda menyuruh dia senyap. Hyorin terus menekup mulutnya.

Tap! Tap! Tap!

Kedengaran bunyi kasut tumit tinggi berdetak pada setiap langkah yang diambil oleh wanita tersebut. Makin lama, bunyi itu semakin dekat denganku. Aku berdoa sebanyak yang mungkin agar aku takkan ditangkap oleh benda tu, hidup-hidup.

" sedia atau tidak, aku datang! "

Suaranya kedengaran bercampur dengan suara orang tua dan juga wanita. Seperti dia mempunyai dua suara. Itu mustahil.

" argh! " pantas kepala aku menoleh pada suara tersebut datang. Ternyata ianya datang daripada Hyorin. Dia sedang berdiri, sambil tubuhnya didakap oleh wanita yang aku lihat tadi. Kini aku dapat melihat wajah hodoh wanita tersebut dengan lebih HD lah katakan. Mual aku dibuatnya.

" ah, Taehyungie " wanita itu senyum menyeringai padaku. Aku menelan air liurku. Wanita itu memegang leher Hyorin dengan kuku tajam berwarna hitam. Kalau dibenamkan kukunya pada leher Hyorin, kemungkinan besar yang leher Hyorin aka berlubang disebabkan dia.

" Taehyung.. " Hyorin menyeru nama aku. Keadaanya jelas menunjukkan dia ingin pertolongan daripada aku. Tetapi yang anehnya pada diri aku ini, aku terkaku sahaja disitu.

" aku akan bunuh dia dihadapan kau agar kau dapat ingat perkara ini sampai bila-bila. " kata wanita itu lagi. Aku memang perlu lakukan sesuatu sekarang ni.

Wanita itu membenamkan separuh daripada jarinya pada leher Hyorin. Hyorin meraung kesakitan. Darah pekat mengalir daripada leher Hyorin. Kelihatan Hyorin sudahpun mengalirkan manik-manik air mata daripada matanya.

" tolong.. " aku memegang kepala aku. Rambutku di rentap olehku. " jangan! " teriak aku lagi dan wanita itu hanya ketawa dengan tindakan yang mampu aku lakukan.

Sebab hanya itu apa yang aku mampu lakukan pada masa itu.

ㅡ ㅡ ㅡ

" kau buat kelakar ke sekarang ni Raehee? Kalau kau buat, ianya memang tak kelakar. " Jungkook memandang Raehee dengan pandangan yang tak menyenangkan. Dia tak selesa dengan kata-kata Raehee itu.

young blood. Where stories live. Discover now