43 ㅡ another young blood we wait,

2.3K 429 197
                                    

Jimin sedang sibuk mengambil senjata-senjata yang perlu diberikan pada penduduk di kawasan itu sebagai keselematan. Mereka perlu kemas kesemua barang mereka dan beransur pergi daripada situ.

" argh.. " Serta merta beberapa pistol yang dipegang olehnya terlepas daripada peganggan nya. Dia terus memegang lengannya yang lukanya masih segar lagi tu. Ia tak dibalut dengan betul oleh kerana mereka kena cepat tadi. Yalah, nak keluarkan alat penjejak itu.

" sakitnya, tolong lah jangan sakit. " Jimin mengikat balutan tersebut dengan ketat pada pergelangan tangannya. Dia mengalami masa yang sukar. Tangannya mula membiru akibat darah banyak mengalir.

" Jimin— Jimin kau berdarah!.. " Kelihatan seorang perempuan yang berambut coklat hazel memegang pergelangan tangannya. Perempuan tersebut nampak resah dengan apa yang ditimpa oleh dirinya membuat Jimin tertanya-tanya.

" Siapa kau? " tangan perempuan tersebut perlahan-lahan ditolak. Kalau tolak kasar kang, tercedera pula gadis tu. Jimin ni seorang yang gentleman, dia amat hormati dengan golongan wanita.

" tu tak penting sekarang. Kau punya tangan tu masih darahnya masih tak berhenti lagi. " kata perempuan itu dengan tegas. Dia mengoyak sebahagian daripada t-shirt oversizednya yang berwarna hitam itu kemudian dia membalut pergelangan tangan Jimin dengan ketat. Jimin hanya membiarkan perempuan itu melakukan kerjanya.

" dah, biar aku bantu kau. " Perempuan itu ingin sekali lagi menolong Jimin. Jimin semakin pelik. Kenapa dengan perempuan ini?

" tak perlu, kau tu perempuan. Biar aku buat sendiri. " Jimin cuba untuk menolak huluran pertolongan tersebut selembutnya. Perempuan itu terdiam dan hanya berdiri disebelah Jimin melihat Jimin melakukan kerja tersebut sambil memeluk tubuhnya.

Jimin ingin mengangkat beberapa banyak pistol itu baru sahaja dia ingin membuka langkah, pergelangan tangannya sakit. " Argh! sakit.." Jimin merengus.

Perempuan itu menghela keluhan yang panjang kemudian dia mencapai kesemua pistol yang berada dalam genggaman Jimin lalu memgedarkannya pada kesemua orang kemudian dia mengulangi perkara yang sama. Jimin hanya memerhatikan perempuan itu melakukan kerjanya. Terasa malu pula kerana seorang perempuan melakukan kerjanya sebagai lelaki.

" siapa kau? "

Langkah perempuan itu terhenti lalu memandang wajah Jimin. Matanya menangkap wajah Jimin membuatkan Jimin terkaku. 'Warna hazel, kenapa macam aku pernah melihatnya?' Desis hati kecil Jimin.

" aku, Minjae. Dulu kita berkawan. "

Perempuan itu berkata sambil mengukirkan senyuman yang manis. Tetapi apabila dilihat daripada matanya, kelihatan sebuah perasaan yang amat kecewa dan sedih.

Jimin tidak tahu jika dia perlu mempercayai kata-kata Minjae tersebut atau tidak.

" Jimin, Jimin! " kedengaran seperti ada seseorang memanggil namanya berulang kali membuatkan Jimin menoleh kearah gerangan tersebut. Ianya Jungkook yang memanggilnya.

" kenapa ni? " Jungkook yang dalam keadaan tercunggap-cunggap cuba untuk menenangkan dirinya. " Yoongi, Taehyung dah balik. Dengan Hyorin pun! " Kata Jungkook dengan semput. Mata Jimin terbuntang.

" Seriuslah? mana dorang? "soal Jimin. Dia serta merta melupakan tentang Minjae. Minjae hanya memasang telinga sahaja terhadap perbualan mereka.

" meh sini ikut aku. " Kata Jungkook dan Jimin akur. Mereka berjalan disebalik orang ramai yang berpusu-pusu berlari ingin menyelamatkan diri. Minjae dibelakang hanya mengekori.

" hyung! " Jimin terus memeluk Yoongi yang kelihatan lemah dan sayu sahaja. Dia terus meleraikan pelukkannya lalu memandang Yoongi. " kenapa muka kau pucat semacam?" soal Jimin dengan pelik. Yoongi hanya berdiam diri.

" Yoorae, dia tinggalkan Yoongi hyung untuk selamatkan kami.. " Taehyung menyampuk dan Jimin gasp. Jungkook juga kelihatan terkejut dengan berita yang mereka dengar itu.

" apa?! Yoorae.. k-kena tangkap? " Minjae bersuara dengan lantang membuatkan semua memandangnya. " kau siapa? " soal Jungkook dengan dahi yang berkerut. Ternyata dia langsung tak perasan kewujudan wanita itu.

" dia is—" belum sempat Taehyung ingin menjawab tetapi Jimin terus memotongnya.

" dia kawan aku, Minjae. Mungkin kawan Yoorae jugak " Jimin berkata dengan senyuman yang innocent menakala wajah Minjae nampak muram. Taehyung yang menyedari keadaan itu menundukkan wajahnya. Dia rasa kasihan pada Minjae.

" Taehyung? " Kelihatan Jin, Namjoon dan Hoseok berjalan kearah mereka dengan keadaan yang panik. Taehyung dan Hyorin memandang mereka dan mata Taehyung terbuntang melihat Hoseok masih bernyawa dihadapannya.

" adakah ianya aku seorang ataupun Hoseok masih lagi hidup skang ni? " Kata Taehyung dan Yang lain memandang Hoseok dan Taehyung bersilih ganti.

" Ah— sebenarnya.. aku— alah nanti lah cite. Sekarang ni kita semua kena selamatkan diri. Taehyung, Yoongi korang kena keluarkan alat pengesan tu daripada pergelangan tangan korang. ikut Jin hyung. yang lain, ikut aku ambil senjata. " jelas Hoseok dengan tangkas. Yang lain terus akur.

. . .

" perempuan ni mengandung. "

Kelihatan beberapa pengawal yang berpakaian sut putih menutupi kesemua bahagian kulit mereka berkata sambil menolak seorang wanita mengandung itu dihadapan Mr. Min dan Puan Huang.

Mereka berdua memandang perempuan mengandung itu yang teresak-esak menangis. ' Malang,wajah cantik tetapi sudah berpunya ' desis hati Mr. Min lalu menjeling perempuan itu. Terasa jijik dalam hatinya melihat perutnya yang kelihatan membulat itu.

" bawa dia ketempat penyembelihan. Perempuan sepertinya tiada guna kalau kita tukarkan pada howls. Ia akan lemah dan cepat mati." arah Puan Huang dengan selamba. Perempuan yang pada mulutnya dipasang dengan alat besi yang terkunci daripada dalam mulutnya melalui gusinya itu mula menjerit dan memberontak.

" jangan menjerit. Semakin kuat kau menjerit, perlahan-lahan benda tu akan mengoyakkan mulut kau. " Tegur Puan Huang dengan wajah yang dingin. Perempuan itu terus menangis tersedu-sedan.

" tapi tuan, kami dapati sesuatu yang unik daripada kandungan wanita ini. "

Tiba-tiba salah seorang pekerja datang meluru kearah Puan Huang dan Mr. Min dengan membawa Ipad ditangannya. Ia menunjukkan sesuatu yang luarbiasa daripada kandungan perempuan tu.

mata Puan Huang terbuntang, Dia memandang Mr. Min yang berada disebelahnya dengan sebuah pandangan yang sukar ingin ditafsirkan. Mr. Min dengan wajah selamba perlahan-lahan melirikkan matanya kearah perempuan itu.

" dia mengandungkan seorang bayi yang mempunyai darah muda. " Puan Huang berkata membuatkan pekerjanya itu mengangguk dengan kata-katanya. Namun, Mr Min hanya mendiamkan diri.

" dah lama tak jumpa kau, Yoorae. "

Kata-kata Mr. Min membuatkan semua orang terpaku. Yoorae mengangkat wajahnya memandang Lelaki yang dipanggil Mr. Min itu dengan sebuah pandangan yang terkejut.

" rupa-rupanya kau mengandung kan cucu aku. "

. . .

eh, entahlah 😂

young blood. Where stories live. Discover now