66 ㅡ their home

2K 410 164
                                    

Jeritan kecilnya itu membuatkan kedua manusia yang berbual itu tersedar akan sesuatu. Yoongi sudah menepuk dahi sambil mulutnya terkumat-kamit mencarut pada Jimin menakala Taehyung menekup mulut Jimin dengan tapak tangannya dan beri isyarat tangan pada Yoongi agar senyap.

Itu kerana Jungkook sedang menghampiri ke arah tempat persembunyian mereka.

Mereka bertiga dah kecut perut. Habislah, belum sempat diorang nak jejakkan kaki dalam bangunan tu, dah kena tangkap. Nampak sangat tak pandai jadi spy.

Jungkook menyelak semak samun dimana Jimin, Taehyung dan Yoongi sorok disebaliknya. Pergerakkan nya terhenti tatkala dia melihat ketiga kawannya berada disitu. Dia hanya memandang ketiga kawannya itu dengan pandangan yang kosong. Tiada apa-apa reaksi daripadanya.

" Jungkook, siapa tu? " Hyorin menyoal tetapi Jungkook masih diamkan diri. Mata lelaki itu hanya tertancap pada ketiga kawannya itu. Hyorin memandang Jungkook dengan pelik.

Perempuan itu mula mengatur langkah kearah Jungkook membuatkan lelaki itu tersedar daripada lamunannya.

" tak ada apa-apa " Jungkook kembali memandang Hyorin. Pandangannya bersahaja je. Hyorin mencebik kan bibirnya. " habis tu apa bunyi tadi tu? " soal perempuan itu pada Jungkook.

" hanya binatang. Biasalah, kejar mangsa dia kan? " Jungkook terus merangkul bahu hyorin membuatkan perempuan itu terkejut beruk. Lelaki itu mendorong hyorin kehadapan menuju ke pintu masuk bangunan itu semula. " yah, kenapa ni? " soal Hyorin dengan pelik.

" marilah masuk kedalam balik. Sejuklah dekat luar " kata Jungkook sambil mengukirkan senyuman pada Hyorin.

.     .     .

" aku tak faham, dia lepaskan kita. " Yoongi berkata dengan riak wajah yang pelik. Jimin dan Taehyung hanya mampu mendiamkan diri. Mereka pun seakan terkejut juga dengan tindakan yang tak dapat dijangka oleh Jungkook tadi.

" mungkin.. Jungkook bukannya jahat seperti apa yang kita sangkakan." Taehyung berkata dengan wajah yang serius. Jimin mengangguk perlahan tanda setuju dengan kata-kata Taehyung itu. Ada benarnya.

" ha'ah, perbualan dia dengan Hyorin tadi. Siapa yang dia maksudkan 'dia' tu?" soal Yoongi lagi. Dia kelihatan seperti ada banyak tanda tanya yang berlegar-legar didalam kepala otaknya.

" tu aku tak pasti.. mungkin seseorang yang ada dalam bangunan tu? " Jimin berkata dengan ragu-ragu. Taehyung memandang mereka berdua seperti dia dapat sesuatu. Yoongi dan Jimin terus memandang Taehyung dengan pandangan yang berharap agar lelaki itu dapat jawapannya.

" kalau difikirkan balik, mayat Puan Huang dan President tak dijumpai lagi. Mungkin ianya mereka? " teka Taehyung dan Jimin mengangguk pantas apabila mendengar kata-kata Taehyung itu.

" ada logik jugak kan? Mungkin diantara mereka " balas Jimin dengan yakin.

Yoongi tersengih memandang Taehyung itu. " aku besarkan kau dengan baik, Tae. "

.     .     .

Aktiviti ingin memasuki kedalam pintu bawah tanah itu berlangsung dengan baik sekali. Nasib mereka baik yang pintu itu digunakan rantai besi untuk menguncinya. Jadi mereka boleh memotongnya dengan senang.

young blood. Where stories live. Discover now