37 ㅡ key

2.8K 457 103
                                    

Kelihatan terdapat beberapa buah lampu yang terpasang pada dinding untuk menerangi lorong tangga yang menuju kebawah itu.

" perlu kita pergi kebawah? " soal Hyorin. Aku hanya mengangguk dengan soalan yang ditujukan padaku itu. Sudah tentulah kita kena kebawah. Aku kena cari perempuan yang aku nampak tadi tu. Mungkin aku akan dapat maklumat sesuatu tentang apa yang terjadi pada aku.

" yah, Taehyung tunggulah " aku terus melangkah anak-anak tangga tu dengan hati-hati agar tidak tersadung. Hyorin tergopoh-gapah menurun tangga untuk mengikuti aku. Aku tahu dia risau tentang keselamatan kitorang berdua. Apa sahaja boleh berlaku pada kitorang berdua dibawah sana.

Sampai sahaja di penghujung tangga, aku nampak ada satu pintu besi dihadapan aku dan Hyorin. Aku hendak memulasnya, tetapi Hyorin menghentikan aku.

" kau tak fikir dulu ke? Macam mana kalau ianya hanya satu perangkap? " soal Hyorin dengan eksperiasi yang risau. Aku memandang wajahnya buat seketika, memikirkan sama ada ianya selamat atau tidak jika aku san Hyorin masuk kedalam sana.

" harap lah tak. " lantas aku terus memulas tombol pintu besi tersebut dan ianya terbuka. Hyorin tak sempat nak tahan aku kerana aku dah masuk kedalam bilik tersebut tanpa menunggunya.

" Taehyung, kau memang cari nahas lah.. " kata Hyorin daripada belakang aku. Dia menggosok kedua tangannya kerana dalam bilik tersebut terasa sejuk lain macam. Ataupun hanya dia.

Aku jalan masuk kedalam bilik tersebut. Kelihatan banyak lilin dinyalakan. Anehnya bilik itu langsung takde lampu. Sumber cahaya dalam bilik itu hanyalah lilin. Membuatkan suasana nampak lembih seram.

" argh!! " tak semena-mena kedengaran ada bunyi seorang wanita menjerit. Ia nyaring dan bercampurkan hilaian tawa perempuan itu. Hyorin mula bernafas dengan berat. Rasa takut tu aku tolak kan ketepi. Langkah aku terus diaturkan mendekati bunyi tersebut.

Disebalik dinding, aku menyorok. Mataku tertangkap satu susuk tubuh wanita yang tadi aku lihat. Dia dalam keadaan yang amat mengerikan. Dengan badannya kebelakang 360 darjah. Mulutnya ternganga besar seakan wajahnya mahu terkoyak. Menakala matanya terbeliak besar dan bebola matanya terdapat urat-urat merah timbul.

Ianya sebuah mimpi ngeri.

" holy shit!-- uhm.. Taehyung jom berundur sekarang. " Hyorin mula menarik lengan baju milik aku tetapi aku mengeraskan badan. Aku tak mahu pergi macam tu sahaja tanpa sebarang maklumat.

" mengalir-alir, cecair ku. Cecair merah yang likat tampaknya. Sedap dirasa, membuatkan aku kehausan! "

Wanita itu berkata sendirian. Walaupun aku tahu yang dia cakap sendiri, tetapi bulu roma aku sudah diri mencacak. Aku tahu apa sebenarnya yang dia maksudkan.

Wanita itu mencapai sebilah pisau yang terdapat ukiran unik padanya lalu dikerah kulitnya menggunakan pisau tersebut. Darah mengalir bagaikan pili paip. Aku yang tengok daripada jauh ni pun dah rasa ngilu tetapi wanita tu boleh lagak biasa.

Badan wanita tu mula bergerak, perlahan-lahan diri tegak semula. Bunyi tulang bergesel berkumandang dalam bilik tersebut. Wanita itu kini diri membelakangi aku, matanya ditumpukan pada darah yang mengalir pada tangannya itu.

Tiba-tiba aku nampak lidah wanita tersebut dikeluarkan. Lidahnya berwarna hitam, panjang dan tebalnya sederhana, berair-air membuatkan aku rasa nak muntah. Membuat aku terkejut, lidah itu menjilat darah yang mengalir itu dengan rakus.

Cukuplah, aku tak tahan.

Baru sahaja aku ingin menggerakkan badan aku kebelakang, tiba-tiba kaki aku terlanggar sesuatu membuatkan bunyi yang nyaring berlaku. Wanita tersebut mula berhenti menjilat tangannya dan dipandang sekeliling. Aku pantas menyorok.

young blood. Where stories live. Discover now