3 ㅡ curious

5.6K 1K 199
                                    

PESAKIT :

" ahjumma, boleh tae tanya sesuatu? Penting ni. "

aku duduk dihadapan meja Puan Huang yang sedang menulis sesuatu didalam buku nota yang berwarna hitamnya. Puan Huang yang tak sedar dengan kehadiran aku terus sahaja menutup bukunya lalu meletakkan ia ditempat lain.

Aku memandang dia pelik.

" ah, taehyung-ah.. kenapa tak ketuk pintu sebelum masuk? Berapa kaliㅡ "

" ahjumma, tae dah ketuk pintu sebelum masuk. Banyak kali pulak tu.. takkan lah ahjumma tak dengar? " aku menyoal Puan Huang dan wajahnya bertukar kepada reaksi terkejut.

" ahh.. jinjja? Mianhae. Hm, apa yang tae nak cakapkan tadi? " soal Puan Huang. Dia mula menongkat dagunya memandang aku. Aku masih lagi dengan eksperiasi pelik, memandang tingkah lakunya tu.

" ehm, cuma nak tanya.. kemana doktor bawak Jimin pergi? Sejak kebelakangan ni, tae langsung tak nampak Jimin dekat mana-mana." Puan Huang memandang aku dengan ekperiasi yang series. Dia mula mengeluarkan sebuah fail lalu diletakkan dihadapan aku. Fail itu berhabuk.

" eh, ahjumma kenapaㅡ "

" tengok je taehyung. "

Aku serta merta terdiam. Kalau Puan Huang memanggil aku dengan nama penuh aku, itu bermakna dia tengah series atau pun badmood. Disebabkan aku takut ditengking atau apa, aku hanya akur dengan perintahnya.

Puan Huang membuka fail itu. Habuk yang melekat pada fail itu di tiup membuatkan aku terbatuk-batuk. Fail daripada zaman bila ni?

Puan Huang duduk dotempatnya semula lalu memandang aku. " ni adalah fail pesakit kosong dua. Dia dan kamu dimasukkan kedalam asylum ni pada hari yang sama." Aku terkesima. Takdir lagi ke? Hm papejelah.

" okay.." kataku perlahan.

" pesakit kosong dua ni adalah pesakit yang serupa macam kamu. Mempunyai simptom-simptom yang sama. Memang hampir kesemuanya sama dengan kamu. Dia jugak nampak normal macam kamu. So, sebab tulah ahjumma alihkan dia sama bilik dengan kamu. Disebabkan pada hari yang sama kamu kena serang pun dia kena sekali.. so ahjumma ingatkan yang ianya idea yang baik tuk satukan kamu berdua. " puan huang mengambil sehelai kain lalu mengelap fail itu.

" jadi.. kat mana doktor alihkan jimin? " Puan Huang terhenti lalu  memandang aku.

" dia dialihkan kebangunan lagi satu. Bangunan dimana semua pesakit yang gila sahaja duduk. Disebabkan malam tempoh hari tae hampir sahaja diterkam oleh dia.. so, ahjumma rasa tu yang terbaik tuk pesakit kosong dua. " Puan Huang menyimpan kembali fail itu. Aku memandang dia pelik.

" kenapa? Jimin normal lah. " Puan Huang memandang aku dengan pandangan yang tajam.

" dia hampir cekik kau, tae."

" aku tahu, tapi dia adalah kawan pertama tae. Kenapa alihkan dia dekat bangunan lain? lagipun dia dah diikat dengan gari besi pada malam tu, dia takkan dapat cekik tae! " Puan Huang menghentak meja. Membuatkan aku terdiam.

" tak boleh. Dia bahaya untuk orang lain. " tegas Puan Huang. Matanya mencerlung tajam keanak mata aku. Aku tersentak.

Sejak bila Puan Huang jadi macam ni? Dia tak pernah pandang aku sedemikian selama ni. Dia lain harini.

" fine. " aku bangun daripada kerusi dihadapan Puan Huang tu lalu berlalu pergi.

\/\/\/

Dah berhari-hari aku tak nampak Jimin disekitar bangunan dimana aku berada.

Aku serba sedikit, rasa rindu dekat dia. Walaupun aku baru jumpa dia tapi-- dia kawan pertama aku. Mana mungkin aku lupakan?

young blood. Where stories live. Discover now