55 ㅡ explaination 0.6

2K 387 155
                                    

" Lepaskan kami! "

Hyerin memberontak. Dia melompat-lompat untuk dilepaskan daripada genggaman pengawal-pengawal tersebut, tetapi usahanya hanya sia-sia. Raehee dan Minjae juga melakukan sedemikian. Mereka semua diikat didalam sebuah bilik yang besar berhadapan satu sama sendiri. Tangan mereka diikat pada sebuah tiang dan kaki mereka juga diikat mati. Ditengah-tengah mereka terdapat sebuah kerusi hospital dan disebelah nya ada beberapa jarum suntikkan. Untuk apa? mereka pun tidak tahu.

" Tak payah nak memberontak. Kau tak akan dapat lepas daripada sini lagi dah. Tiada sesiapa akan datang menolong kau semua. " Mr. Min berkata dengan nada yang angkuh. Kata-katanya itu membuatkan darah Hyerin mendidih.

" tak boleh ke kita bincang baik-baik?! semua ni mesti ada penyelesaian yang lain! " Bentak Minjae pula. Kata-kata itu membuatkan Mr. Min ketawa berdekah-dekah. Tawanya itu sebijik macam karakter yang jahat dalam sesebuah cerita dongeng.

Tiba-tiba tawa Mr Min mati. Wajahnya kembali serius." ini adalah satu-satu penyelesaiannya. " katanya dengan nada mendatar dan dia memberikan isyarat tangan daripada pengawal yang berada disampingnya. Pengawal tersebut berjalan kearah salah seorang perempuan yang diikat tadi lalu melepaskan ia, pengawal tersebut membawa perempuan itu bersama mereka dengan kasar.

Perempuan itu menjerit dengan lantang, nyaring sekali dan ia cukup membingitkan telinga mereka yang berada disekelilingnya. Orang-orang yang mengenalinya menjerit namanya berulang kali, dan ada juga yang mencaci pengawal tersebut agar melepaskan dia. Tetapi usaha mereka hanya sia-sia. Pengawal itu seakan pekak. Mr Min sudah tersenyum sumbing.

" kami utamakan orang kami dahulu sebelum orang kau semua. Sememangnya orang kami lebih penting daripada orang seperti kau. Orang seperti kau semua hanyalah sampah yang patut dibuang. " Dengan nada yang marah, Mr Min berkata. Sememangnya kata-katanya itu menaikkan amarah orang-orang yang ditangkap itu semua.

" oh ya? jadi kenapa kau memerlukan kami? kenapa kau tangkap kami?!" tiba-tiba ada seseorang menjerit. kemudian disusuli dengan sokongan oleh orang-orang outsiders yang lain.

Mr Min tersengih. " sejujurnya, kalau boleh.. kami orang bangunan tak mahu orang outsiders macam kamu menapak masuk kedalam bangunan ini. " katanya sambil mengusap dagunya. " dan sebenarnya, kami ini bukanlah mahukan kamu semua. " balasnya lagi.

Perempuan outsiders yang ditarik oleh pengawal tadi itu mula dipaksa baring diatas sebuah kerusi yang kelihatan seperti dihospital itu. Perempuan itu meronta-ronta ingin dilepaskan tetapi pengawal tersebut mencapai sebatang picagari lalu menyuntik pada perempuan tersebut. Perlahan-lahan pergerakkan tubuhnya berhenti.

" akuㅡ aku tak dapat bergerak! akuㅡ ugh.. " Kini, mulutnya seperti tidak boleh digerakkan. Hanya matanya sahaja yang memandang sekeliling tanda ingin pertolongan. Mereka, orang outsiders yang lain memandang perempuan itu dengan pandangan simpati. Tiada apa-apa yang mereka dapat lakukan.

Kedua tangan, Kedua kaki dan bahagian kepala perempuan tersebut dicucuk, lalu dimasukkan tiub untuk memasukkan cecair didalam badan. Tetapi, itu bukan digunakan untuk memasukkan sebarang cecair..

Salah seorang pengawal tersebut menarik sebuah tuas yang menyebabkan bunyi mesin mula berbunyi kuat. Semua orang kelihatan terkejut kecuali orang bangunan. Mr Min sedang memandang perempuan yang baring itu dengan pandangan yang sinis.

Tiba-tiba, kelihatan cecair berwarna merah disedut keluar daripada tiub yang dipasangkan pada tangan perempuan itu. Perempuan itu kelihatan terseksa, dia ingin menjerit tetapi tiada suara pun keluar daripada mulutnya. Matanya terbeliak luas menandakan dia dalam kesakitan.

" kami.. " Mr Min menjilat bibirnya yang merekah itu.

" hanya mahukan darah kamu sahaja. "

. . .

" APA?! "

" that's the truth. " Mark berkata. Mereka semua kelihatan serba salah apabila melihat riak wajah Yoorae yang bertukar menjadi pucat itu.

" mereka memerlukan darah outsiders untuk hidup diluar sana? untuk membolehkan kulit mereka menjadi macam kulit manusia biasa semula? " Soal Yoorae lagi untuk mendapatkan kepastian, daripada wajahnya tertera yang dia tidak dapat menghadam kata-kata yang mereka semua katakan padanya.

Ianya sebuah mimpi ngeri.

Manusia saling meminum darah manusia yang lain untuk kebaikkan mereka? Ni bukan cerita VAMPIRE lah doh!

" ya, dengan darah itu mereka dapat hidup diluar sana. Apa kau ingat diorang nak duduk didalam bangunan ini selamanya ? " Jinyoung mencelah. Yoorae mula bernafas dengan berat.

" tapi, mereka tak boleh juga. Ianya tidak mencukupi untuk membolehkan kulit mereka betul-betul pulih dan okay diluar sana. Mereka perlukan darah Young Blood.. darah tu yang paling sukar untuk dicari kerana ia adalah darah daripada orang yang muda yang terpilih sahaja. " Kata Youngjae dengan nada yang mendatar. Al Maklumlah, dia berkerja dibahagian perubatan jadi dia ketahui semua perkara ini.

" tapi.. orang kami tiada sejenis Young Blood. " Yoorae memandang wajah mereka semua. " J-jadi mereka tak boleh sedut begitu sahaja kan? k-kan? " Kata Yoorae lagi dan kalini dia gagap.

" Yoorae, " Bambam memegang tangannya menyebabkan Yoorae memandang wajahnya. " kawal diri kau. " katanya lagi membuatkan Yoorae terdiam, lalu menarik nafasnya sedalam yang mungkin. " maafkan aku. " katanya lagi.

" mereka akan sedut juga. Darah itu untuk rakyat mereka yang lain. Bukan untuk mereka. " Jackson memintas. Jelas terpancar pada wajahnya yang dia menyampah.

" k-kenapa? bukan kah Youngjae katakan yang kulit mereka masih lagi tak boleh pulih sepenuhnya? " Yoorae menyoal lagi. Dia sungguh keliru dengan perkara itu semua.

" Ianya perangkap. " Mark menyambung. " mereka menggunakan darah-darah orang kau supaya rakyatnya yang lain memikirkan ianya darah yang membolehkan mereka sembuh sepenuhnya. " Katanya lagi, itu membuatkan Yoorae betul-betul tercenggang.

" tapi itu rakyatnya.. orang mereka juga. " Kata Yoorae dengan tak percaya. Mark Tersengih.

" dalam hal ini, mereka hanya menyelamatkan diri mereka sahaja. Mereka tidak peduli dengan orang yang bernama 'rakyatnya' . " Kini Bambam yang menyambung pula. Yoorae menekup mulutnya dengan tangan, tanda tidak sanggup untuk mendengarnya lagi .

" jadi.. mereka dah jumpa darah muda yang dikatakan itu? " soal Yoorae lagi. Mereka semua berpandangan satu sama lain dengan pandangan yang tidak menyenangkan.

" ya. " Jackson akhirnya menjawab. Air muka Yoorae berubah sekali lagi.

" siapa? siapa mereka ? " dengan terdesak, Yoorae menyoal. Bambam perlahan-lahan mengangkat wajahnya, dia menelan air liurnya itu.

" Ianya Bangtan. Bangtan mempunyai darah tersebut. Hanya bangtan. " Yoorae sekali lagi menekup mulutnya. Terasa kedua kakinya tidak ada kudrat lagi untuk berdiri, lalu dia terduduk. Dengan perlahan-lahan air matanya mengalir deras. Yang lain cuba menolong Yoorae bangun semula.

" kau okay? Yoorae, kau okay tak? " Yugyeom menyoal dengan bertubi-tubi. Yang lain juga sama tetapi Yoorae hanya mengendahkan ia.

" m-macam mana kau semua tahu tentang ini? " Soal Yoorae lagi. Dia sedar yang dia telah menyoal pelbagai perkara, tetapi dia terpaksa. Dia mahukan kebenaran.

" tak, kami semua tak tahu perkara ni.. tapi ada seseorang sampaikan kepada kami. " Bambam menjawab. Dia melirikkan matanya pada Yugyeom dan lain juga membuat sedemikian, itu membuatkan Yoorae berasa pelik.

Yugyeom menghela nafas yang panjang. " diorang dapat tahu kesemua perkara ini daripada aku. " Jawabnya. Yoorae mengangkat keningnya.

" daripada siapa kau tahu? " soalnya lagi, dan soalannya itu mengundang rasa susah hati pada Yugyeom.

"sebab.. aku orang kanan Mr Min. Orang yang paling dia percayai. "

. . .

Sorry guys! Late update sebab ehem fy ada hal kat hospital FuH demam fy makin melarat hm sorry tau!!

young blood. Where stories live. Discover now