54 ㅡ kill'em with kindness

1.9K 374 61
                                    

" kita kena ambil senjata jugak, pastikan peluru ambil lebih daripada biasa. Jangan ambil ditempat pengumpulan, ambil di tempat mereka membuat senjata tersebut supaya dapat elak daripada dikesan. "

" jangan lupa juga, kita kena sediakan sut kita. "

" ya, yang itu korang jangan risau. aku akan sediakan tujuh sut dipintu keluar. Oksigen gas pun aku akan penuhkan. Serahkan semuanya pada aku. "

" okay, Kita akan susuri keluar daripada pintu ini, pintu ni hanya digunakan sewaktu kecemasan jadi aku yakin kita tak akan dapat ditangkap. Cctv pula aku dah cakap dekat Youngjae agar dia uruskan. Boleh kan? "

" no problem "

. . .

Malam itu, Yoorae sudah bersiap sedia. Dia memakai baju doktor yang diberikan oleh Mark pagi tadi agar dia boleh menyamar untuk membuka pintu dibilik kecemasan tersebut.

Ya, hari ini mereka akan memulakan ekspedisi 'escape' daripada bangunan ini. Mereka sudah merancang rancangan ini dengan teliti jadi ianya mustahil kalau tidak berjaya. Tapi segala kemungkinan boleh juga terjadi.

Yoorae menarik nafasnya sedalam yang boleh. Dia memakai mask putih untuk menutup separuh daripada wajahnya daripada disyaki oleh orang yang mengenali dirinya.

" kau boleh buat ni, Yoo. " katanya sendirian lalu melangkah keluar. Kepalanya ditundukkan sedikit daripada bertentang mata dengan orang sekelilingnya . Didalam poket kot doktornya terdapat sekeping kad dimana kad itu adalah kad yang membolehkan dia buka dimana-mana sahaja pintu didalam bangunan itu.

" kitorang akan tunggu kau di bahagian belakang bangunan. Kau ada, kitorang boleh keluar. "

Yoorae menelan air liurnya. Terasa tekaknya kering kerana terlalu gementar. no, no, kau kena yakin dengan diri kau Yoorae desis hati Yoorae perlahan. Tangannya mengepal erat, membina semangat. Langkahnya diaturkan seperti biasa agar tiada sesiapa mengesyakinya.

Dia kini sedar yang dirinya sudah hampir dengan pintu ke bangunan belakang yang diperkatakan oleh Jaebum padanya tempoh hari. Ya, mereka semua akan menunggu kedatangan dirinya disitu jadi ianya tak jadi hal kerana dia tak akan berseorangan selepas itu.

" Yoorae, kau berjaya. " Bambam menarik baju kot Yoorae daripada belakang lalu ditariknya kesebuah lorong yang ada disitu. Terkejut dia dibuatnya apabila disergah sebegitu oleh Bambam.

" kau ni, aku ingatkan kau salah seorang pengawal. " Yoorae menepuk bahu Bambam. Bambam yang dah pakai sut penuh itu tersengih. Yoorae nampak dibelakang Bambam kelihatan yang lain dan yep, diorang sudah siap berpakaian sut.

" okay, apa yang kau perlu buat sekarang ni adalah bukak pintu tu. Lepasni kita bebas. " Jinyoung berkata pula. Yoorae mengangguk pantas dengan kata-kata Jinyoung itu. Yang lain memandangnya dengan pandangan yang meletakkan harapan tinggi pada Yoorae. " ya aku boleh lakukkannya. "

Bambam memegang bahu Yoorae dan itu menyebabkan Yoorae mamandangnya. Direnung wajah Yoorae lama, " aku percaya kan kau. " Sebuah senyuman manis dihadiahkan pada Yoorae.

" Thanks, Bambam. " Yoorae membalas senyumannya.

" kejap, " Tetiba tumpuan mereka teralih pada Yugyeom. Kelihatan Yugyeom seperti dalam keadaan yang gusar. Itu mengundang rasa pelik dalam diri Yoorae. " kenapa? " soalnya.

" aku ada something nak cakap dengan kau Yoo.. pasal orang kau. "

" orang aku? apa maksud kau? " Yoorae memandang Yugyeom dengan dahi yang berkerut. Keningnya juga bertaut menandakan dia tak faham. Yugyeom mengambil nafas yang panjang lalu melepaskannya.

" orang kau, kami orang bangunan ni menggelarkan orang kau itu adalah 'outsiders' iaitu bermakna darah korang panas yang boleh menyesuaikan diri diluar sana. " Yugyeom berkata dengan nada yang perlahan. Kepala Bambam terus terangkat apabila mendengar nama Minjae. " ohh, ya? kenapa dengan diorang? " soal Bambam dengan nada yang mendatar. Yoorae hanya menunggu jawapan yang akan keluar daripada mulut Yugyeom.

Yugyeom kelihatan serba salah ingin mengatakannya. Mark yang ada disebelahnya memandang dia dengan pandangan yang risau. " apa sebenarnya ni? "

" diorang ada disini. Diorang ditangkap. "

. . .

Puan Kim kini sedang berdiri dihadapan gua itu sementara yang lain masih lagi berehat. Dia melihat keadaan sekelilingnya. Kelihatan ada sekumpulan Burung terbang sambil berkicauan kuat dan terbang laju kearah Barat. Seperti melarikan diri daripada sesuatu. Itu membuatkan dahi Puan Kim berkerut, barangkali memikirkan sesuatu dimindanya.

Kemudian, kedengaran siren memenuhi ruang bumi. Getarannya terasa ditanah. Angin deras yang datangnya daripada timur meniup pokok-pokok menyebabkan ada beberapa dedaun berterbangan disana sini.

Itu memberikan dia suatu petunjuk.

" Apa dah jadi? " Taehyung menghampiri Puan Kim dengan wajah yang gelisah. Siren itu tetap kedengaran lantang digegendang telinga mereka. Puan Kim langsung tidak memandang wajah anaknya itu.

" Kita dah terlambat. Kita perlu lekas kesana! " Dengan tergopoh-gapah Puan Kim mengemas barangnya tanpa mempedulikan Taehyung. Taehyung mendapatkan Puan Kim, dia memegang bahu ibunya dengan cermat. " omma, apa yang dah jadi? "

Yang lain hanya memandang Taehyung dan Puan Kim tanpa berkata apa-apa. Mereka juga sedang menunggu jawapan yang akan keluar daripada mulut Puan Kim tersebut.

" Mereka dah dapatkan orang kita yang lain. Sekarang mereka akan.. " Puan Kim terdiam, air matanya bergenang ditubir mata. Tangannya menekup mulutnya, bagi menahan esakkan suara keluar. Matanya kelihatan bergetaran.

" akan apa? " Hoseok mula bangun daripada duduknya.

" akan dibunuh. "

. . .

sorry for short chapter do HAHAHA fy dah kering idea kat sini fuh.

young blood. Where stories live. Discover now