63 ㅡ passed away

1.8K 380 106
                                    

" aku tak rasa tu Jungkook. Kita mungkin tersalah pandang atau— "

" ianya memang Jungkook. Kau sendiri pun nampak kan ? "

Mereka semua duduk didalam sebuah bilik perbincangan lalu berbincang tentang hal tadi. Melihat Jungkook yang nampak sihat walafiat begitu membuatkan mereka curiga. Apakah dia langsung tak mengingati mereka yang selalu merisaukan keselamatan dirinya selama ni?

" tapi kenapa dia naik pesawat helikopter itu? Dia nampak tak kesah langsung tentang kita. " kata Hoseok dengan acuh tak acuh.

" kalau macam tu, kita perlu periksa apa yang dia lakukan selama kita takde dan juga dimana dia menetap. Mungkin ada sesuatu yang kita tak ketahui tentang nya. " Balas Yoongi. Kata-katanya itu ada betul nya juga. Mungkin Jungkook ada sorok kan sesuatu daripada mereka tentang dirinya.

" macam mana kita nak periksa? Tempat itu mesti jauh sebab dia sendiri naik helikopter untuk ke sini. " Seokjin meningkah. Yalah, mereka semua masih lagi tak tahu di mana Jungkook datang atau menetap.. Tiba-tiba nak terus cari pula. Macam mana kalau tempat itu merbahaya? Nyawa mereka tak mustahil dalam ancaman musuh luar.

" ya, Jin ada point. Kita tak ada helikopter untuk kesana. Lagipun siapa yang akan pandu? Aku jamin tiada sesiapa diantara kita tahu. Kalau ada pun, aku rasa kita tak boleh. Ianya membahayakan nyawa kita sendiri. Lebih baik kita uruskan hidup kita disini dan lindungi keluarga masing-masing, itu lebih baik. " Balas Namjoon. Semua orang terus terdiam dengan kata-kata Namjoon itu. Memang betul apa yang Namjoon katakan jadi mereka tak ada hak untuk membantah. 

" lagipun kita tahu yang Jungkook berada didalam keadaan yang baik-baik sahaja. Tak ada apa yang perlu dirisaukan " Hoseok menambah lagi.

Tetapi masih diantara mereka ingin tahu. Kenapa.. Mengapa Jungkook tidak mencari mereka ketika dia sudah sedarkan dirinya dan terus hilangkan diri?

Pasti ada jawapan.

" Korang!! "

Tiba-tiba ada seseorang datang menyerbu khemah dimana mereka semua berada. Terkejut mereka semua bila mendengar panggilan daripada lelaki yang kelihatan tergesa-gesa itu. Sudah pasti ada sesuatu yang telah berlaku.

" kenapa? " Taehyung terus menghampiri lelaki itu dengan pandangan yang penuh dengan rasa kerisauan. Dia memegang bahu lelaki itu dengan lembut dan cuba untuk menenangkan nya. Yang lain mula menghampiri mereka berdua.

" Bambam dan kawan-kawan nya..  " lelaki itu cuba untuk mengambil nafas nya agar dia dapat bercakap dengan stabil.

" Kenapa dengan mereka? " Soal Namjoon. Wajah nya nampak cemas.

" Mereka.. mencair. "

.     .     .

" KETEPI!  "

Orang ramai yang berkerumun untuk lihat apa yang telah terjadi pada Bambam dan rakannya itu ditolak ketepi kerana menghalang laluan mereka. Tak lama selepas itu, mereka berenam kini berada di hadapan mereka. Mereka melihat keadaan Bambam dan rakannya itu terseksa. Tiub udara yang dipakai kan pada tubuh mereka kelihatan bocor menyebabkan mereka tak dapat oksigen bersih untuk mempertahankan kulit mereka di kawasan luar. Jadi kulit mereka perlahan-lahan mencair.

Ada diantara mereka menjerit kesakitan kerana seksaan yang dialami oleh dirinya sendiri. Ada yang tak boleh diri lagi kerana kakinya telah mencair separuh. Kelihatan Yoorae sedang memangku kepala Bambam di ribanya sambil menangis teresak-esak melihat keadaan Bambam dan kawannya sebegitu rupa. Minjae juga ada disitu.

Hoseok dan Seokjin menekup mulut mereka tatkala melihat keadaan itu. Memang kelihatan menyeksakan. Menakala Taehyung dan Yoongi cuba untuk menenangkan mereka yang tengah menderita itu.

" apa yang terjadi? " tiba-tiba kelihatan Puan Kim berdiri dihadapan mereka semua dan raut wajah nya berubah tatkala melihat kejadian yang terjadi pada Got7 itu. Dengan pantas dia melutut dihadapan mereka semua. " tiub udara mereka.. dah terbocor. " Kata Puan Kim dengan perlahan namun dapat didengari jelas oleh Taehyung.

" apa kita perlu buat omma? " Soal Taehyung dengan nada yang bergetar. Sungguh, dia panik ketika itu. Dia tak tahu ingin membuat apa. Otaknya juga tidak berfungsi dengan stabil ketika itu. Melihat kawan nya terseksa sebegitu membuatkan dia panik.

" kita.. Perlu bawa mereka ke bangunan itu  semula. Mereka dalam keadaan nazak ni. Tak sempat nanti, mungkin kita akan kehilangan mereka " balas Puan Kim dan Taehung dengan pantas mengangguk faham. Mereka semua tolong mengangkat kawan mereka lalu dengan pantas membawa mereka ke bangunan tanpa melengahkan banyak masa. Puan Kim juga turut sertai. Dia membawa peralatan apa yang patut untuk membantu mereka.

Sesampai sahaja di bangunan, Mereka semua membawa masuk Got7 dan bawa mereka ke sebuah bilik lalu menutupnya dengan pintu besi agar udara luar tak dapat masuk. Bilik itu mula mengeluarkan satu asap tebal yang pada mulanya kelihatan seperti kabus tetapi semakin lama ia makin pudar. Rasa sakit yang dirasai oleh mereka mula berkurang tetapi ada sebahagian daripada mereka yang tak sedarkan diri.

" kitorang tak boleh selamanya hidup bergantung dengan udara ini.. Lambat laun kitorang akan mati jugak. " Yugyeom berkata dengan lemah. Kelihatan beberapa bahagian daripada badan nya telah teruk melecur begitu juga Bambam. Hanya mereka berdua sahaja masih sedarkan diri.

" tiada harapan lagi dah. " balas nya lagi. Kata-kata itu membuatkan Yoongi tak puas hati. " tak, korang tak akan mati. Tak akan." balas nya dengan nada yang tegas. Yugyeom hanya mampu menundukkan wajah nya.

Minjae memandang mereka dengan pandangan yang meminta simpati. " tiada cara lain ke nak selamatkan  diorang? Pasti ada kan? Puan Kim? " soal nya pada Puan Kim yang hanya mampu termenung sahaja. Lihat aja daripada raut wajah nya, dia sendiri pun tak tahu ingin buat apa.

" saya.. Pun tak tahu. "

Kata-kata yang keluar daripada Puan Kim membuatkan Mata Minjae berkaca. Sememangnya dia tak sampai hati nak melihat kawan-kawan nya terseksa begitu. Dia tak sampai hati. Siapa sahaja yang sampai hati?

" tak.. Kita ada caranya. " Yoorae menyampuk menyebabkan semua pandangan tertumpu padanya menanti kan jawapan daripadanya. Yoorae kelihatan tak selesa.

" pada hari terakhir dekat bangunan ini.. Mereka ada katakan tentang Young Blood. Mungkin dengan berikan sedikit darah kau orang pada mereka akan membuatkan mereka sembuh sepenuhnya. Darah kau orang kan.. Luar biasa. " terang Yoorae. Mereka semua berpandangan.

" tak.. Tak boleh. " Bambam menggelengkan kepalanya menakala tangan nya menggenggam tangan Minjae dengan erat. Itu membuatkan Jimin merenung mereka berdua dengan curiga." aku.. Tak mahu korang bersusah payah kerana kitorang. " katanya lagi. Sungguh, kelihatan dia betul-betul tengah nazak.

" Tak kira. Aku akan dermakan juga. Puan Kim, ambil darah saya. " Yoongi dengan beraninya menghulurkan lengan nya pada Puan Kim. Membuntang mata Puan Kim apabila melihatnya. Pemuda ini memang betul-betul setia.

Bangtan yang lain memandang satu sama lain.

" kami juga. "

.     .     .

young blood. Where stories live. Discover now