58 ㅡ blackmailed

1.8K 360 161
                                    

" Tolong! Lepaskan dia! " Hyerin menjerit apabila pengawal itu semuanya cuba untuk merampas salah seorang daripada Anaknya, Taerin. Budak itu meronta-ronta ingin dilepaskan tetapi malangnya dia hanyalah seorang budak. Kekuatan nya tak dapat mengatasi dua orang pengawal itu.

Mr Min memandangnya dengan penuh minat. Suka betul dia bila melihat sebuah bikar kaca lutsinar yang besar ada ditepinya itu mula penuh dengan darah. Darah yang merah-kehitaman itu membuatkan dia teruja.  Langsung tak ada rasa simpati pada orang yang disedut darah nya itu.

Dia memandang pula pada sebuah bekas besi besar yang beroda yang berada di belakang sekali bilik itu. Kelihatan dalam bekas besi tersebut sudah penuh dengan tubuh manusia yang sudah disedut. Badan mereka kering, putih dan tak bermaya. Tiada satu pun diantara mereka cuba untuk melarikan diri walaupun mereka ada kesempatan. Ini kerana darah mereka semuanya sudah disedut. Masih lagi hidup, tetapi dalam keseksaan.

" Buang manusia tersebut ke lubang Howl. Nampaknya mereka akan makan besar hari ini. " Mr Min mengarahkan salah seorang daripada pengawalnya membuang manusia-manusia didalam bekas itu kedalam lubang howl. Lubang dimana Howl yang banyak berkumpul, ia seperti sarang mereka.

Ya, Sudah tentu mereka semua akan dimakan.

Hyerin makin menggila bila dia nampak tubuh anaknya dilemparkam kedalam bekas besi tersebut dan bekas besi tersebut ditolak masuk keluar pada sebuah pintu besar yang ditutup dengan besi. Ya disitulah lubang Howl.

Kakinya longlai bila melihat bekas besi tersebut telah dibiarkan diluar dan pintu besi tu mula tertutup. Kelihatan banyak howl yang berpusu-pusu kearah bekas manusia tersebut dan memakan manusia yang ada didalam bekas tersebut. Sungguh mengerikan.

Hyerin terus menangis teresak-esak. Kadangkala, dia menjerit seperti orang yang terkena histeria. Kehilangan anaknya memang suatu mimpi ngeri yang dia tak mahu melaluinya walaupun dalam mimpi.  (I'm sorry, Hyerin.)

Taerin adalah anak sulungnya. Selama ini, Taerin lah yang menjaga nya, menghiburkan dia. Disaat Taehyung menghilangkan diri, Taerin  yang memujuknya. Meskipun budak itu hanyalah berumur 9 tahun, tetapi dia seakan sudah matang pada umur nya. Kenangan manis yang dia lalui bersama Taerin mula muncul dibenak fikiran nya.

" Taerin.. " mendayu-dayu Hyerin memanggil nama anaknya itu. Raehee dan Minjae yang ada di sebelahnya tak dapat tahan tangisan mereka. Melihat Hyerin selemah ini membuatkan mereka juga rasakan  perkara yang sama.

" LEPASKAN ORANG SAYA! "

Keadaan menjadi sunyi sepi tatkala mendengar suara itu bergema di seluruh ruang bilik bawah tanah itu. Yang lain memandang pada si empunya suara tersebut. Mata mereka semua membulat tatkala melihat ada seorang wanita yang sarat mengandung yang kelihatan memakai kot baju, mungkin salah seorang doktor didalam bangunan ini juga dan dia bersama seorang pengawal di sebelahnya. Pengawal tersebut memakai sut putih yang lengkap bersama senjata pada tangan nya.

Pada mereka yang tak tahu, mungkin mereka tertanya-tanya siapakah mereka. Tetapi bagi Raehee, Minjae dan Hyerin, mereka sudah tersenyum lebar. Itu adalah Park Yoorae, Kawan mereka. Perkara yang paling mengembirakan mereka adalah bila lihat Yoorae kelihatan baik-baik sahaja dan ya, masih bernyawa.

Mereka fikirkan Yoorae sudah.. Tiada.

Wajah Mr Min mula menegang apabila melihat Yoorae berada dibelakangnya. Matanya mencerlung tajam pada anak mata Yoorae tetapi Yoorae dengan tenang memandang wajah Mr Min dengan sebuah senyuman terukir diwajah. Tiada rasa takut dalam dirinya meskipun dia nampak banyak pengawal sudah berbaris dihadapan nya dan mengacukan pistol besar kearahnya.

" Yoorae, mereka terlalu ramai." Bambam membisik di sebelah. Yoorae memandang Bambam daripada sudut matanya lalu tersenyum. " aku tahu apa aku buat, Bambam. Lindungi aku eh? " pintanya lembut. Kini Bambam pula rasa pelik bila tengok Yoorae tenang semacam. Mungkin wanita ini ada rancangan nya tersendiri, Jadi dia hanya percayakan Yoorae.

" Apa? Pengawal kau ni semua ingin bunuh aku? Tembak aku? " Yoorae melangkah kehadapan. Makin padat pengawal dihadapan Mr Min mengacukan pistol tersebut pada Yoorae. Yoorae menghentikan langkah nya bila dia berada betul-betul ada dihadapan hujung pistol yang salah seorang pengawal tersebut acukan.

" Kau juga nampak kan. Apa yang kau buat di sini, Yoorae? Sudah puas dengan hidup yang kau ada sekarang? Dah tak sayang nyawa? " Soal Mr Min sinis. Dia hanya memandang Yoorae dengan pandangan yang mengejek. Yoorae masih lagi tersenyum simpul.

" Bukan. Aku ke sini untuk selamatkan orang-orang aku. Kau tak ada hak untuk sentuh outsiders hanya untuk kepentingan orang kau. Apa ya panggilan yang padan dengan orang macam kau ni? Oh ya, selfish. " Yoorae memperlekehkan Mr Min dihadapan orang ramai. Makin merah muka Mr Min bila diperkatakan sebegitu oleh menantu nya sendiri.

" mereka ni orang kau? " Mr Min ketawa berdekah mendengarkan kata-kata Yoorae itu. " mana orang kau ni pergi bila kau ditangkap? Kau ada fikir tentang itu? Ada mereka selamatkan kau macam yang kau lakukan sekarang ni? Ada mereka taruh kan nyawa mereka sendiri untuk kau? Dan lebih penting.. " Mr Min mendekatkan dirinya pada aku. Terukir sebuah senyuman sinis pada wajah nya yang berkerut tu.

" ada mereka ingatkan kau? " Yoorae terdiam seribu bahasa bila ditanya sebegitu oleh Mr Min. Sungguh, kata-kata orang tua itu memang menusuk kedalam jiwa nya. Dia tak pernah terfikir tentang itu. Kalau difikirkan, dia dah hilang buat sebulan. Tetapi tiada sesiapa yang mencarinya.

Hati dia mula berbelah bahagi.

" Tak! Yoorae! Kami sentiasa ingatkan kau! " Kedengaran Raehee teriak dengan seluruh tenaga yang dia ada. Itu menarik perhatian Yoorae.

" Kami nak tolong, tetapi kami diserang. "

" Alasan. " Mr Min berkata lalu ketawa sinis. Wajahnya bertukar menjadi serius semula bila pandangannya kembali pada Yoorae. " kau lihat, mereka bina alasan. Nampak sangat yang kau tak penting— "

" tolong diam. " Yoorae berkata dengan mendatar. Intonasi suara dan wajahnya terus bertukar menjadi dingin. Mr Min sudah tersenyum puas. Nampaknya, dia berjaya mencucuk Yoorae agar makan dengan kata-katanya itu.

" aku tak percaya kata-kata kau. Kau nampak perut aku ini? " Yoorae menunjukkan jari telunjuk nya pada perut nya sendiri. Mr Min tersengih sinis sekali lagi. Nampaknya Yoorae tak termakan dengan umpan nya dengan cepat.

" kau dan Puan Huang yang berikan aku sesuatu ujian supaya aku mengandungkan anak ini. Yalah kan, tidak ke mengarut bila aku berjauhan dengan suami aku untuk 10 tahun dan tiba-tiba aku mengandung? Bila aku tanyakan kenapa, kau dan doktor perempuan itu langsung tak menjawab. Nampaknya kau dan perempuan itu memang mahu mengandungkan anak ini untuk kepentingan kau dan dia juga kan? Kau menangkap aku mula-mula dan pelihara aku di bangunan ini sampaikan kandungan aku makin membesar. " terang Yoorae. Mr Min tersentak dengan kata-kata Yoorae itu. Lidah nya kelu.

" aku bersumpah, kalau kau tak lepaskan mereka, iaitu orang aku.." sepucuk pistol dikeluarkan daripada dalam poket nya lalu diacukan pada perut nya sendiri. Semua orang terkejut melihat tindakan nya itu.

" kandungan ni, akan aku bunuh. "

.     .     .

You guys nak kandungan baby dalam perut Yoorae hidup ke tak? Sebab.. Tu bukan anak Yoorae sebenarnya. Anak tu ada sebab Mr Min buat sebuah ujian pada Yoorae supaya mengandungkan anak Yoongi. Diorang macam buat ujian Tabung uji. Bukan dapat anak sebab *cough cough* ok. HAHAHA

MORE CHAPTER WILL UPDATE SOON!
ILOVEEVERYSINGLEONEOFYOU AND PLEASE TAK CARE YOURSELFFF~

young blood. Where stories live. Discover now