59 ㅡ explaination 0.9

1.8K 369 122
                                    

"  Kau orang masuk tanpa aku. "

Taehyung tiba-tiba mengarah membuatkan mereka semua tersentak. Puan Kim dan dia langsung tak memutuskan pandangan lagi.

" kau akan ditinggalkan disini? Tak akan. " Jimin pula berkata. Taehyung terus memandangnya dengan pandangan yang tajam kemudian pandang pada Puan Kim semula. " aku kata pergi!  Selamatkan orang kita dahulu, " Taehyung bertegas.

" marilah pergi. " Namjoon berkata dan semua menganggukan kepala mereka tanda setuju. Yoongi menarik Gayoon kearahnya lalu berbisik kan sesuatu. " Gayoon tunggu sini eh? Jangan ke mana-mana. Dalam ni bahaya—"

" for god sake, appa. Gayoon dah 18 tahun okay? "  Gayoon memeluk tubuhnya lalu memandang Yoongi dengan pandangan yang menyampah. Dia tak suka bila dilayan seperti budak-budak kecil.

" but you're still my little girl. " Yoongi menyelak juntaian rambut gadis itu ketelinga lalu tersenyum simpul. " stay sini eh? " Yoongi menyoal lagi dan Gayoon mencebik lalu mengangguk kan kepalanya.

Yoongi terus mengusap kepala Gayoon lalu berlalu pergi masuk kedalam bangunan itu.

" Aku akan beri kau masuk, tetapi kau kena ikut arah aku faham? "  Jackson berkata dan dibalas dengan anggukan daripada mereka semua. Mereka memang tiada pilihan sekarang ni, jadi mereka perlu kejar masa.

Mereka terus masuk kedalam bangunan tersebut. Jackson, Mark, Jinyoung dan Jaebum berpandangan antara satu sama lain bila melihat bangunan itu kelihatan lenggang saja macam tak ada langsung orang yang ada dalam bangunan itu.

" aku rasa yang lain dah tidur. Sekarang dah hampir jam 2:49 pagi. " Jaebum menyampuk sambil melihat jam pada pergelangan tangannya. Ternyata katanya itu betul. Mereka semua tak perasan yang sekarang sudah hampir jam 3 pagi.

" baiklah. Lebih senang kita nak bawa mereka ke bilik cctv. "

.     .     .

" Omma, tolong jelaskan. Kenapa omma buat macam ni? Apa hubungan omma dengan President Owl? " Pistol yang ada di tangan Taehyung mula diturunkan daripada diacu pada wanita tua itu. Puan Kim menekup mulut nya dan dia menangis teresak-esak. Taehyung terus memegang kedua tangan Puan Kim lalu dilihat wajah ibunya itu dengan pandangan kasihan. Ada sesuatu yang terjadi pada ibunya, itu pasti.

" ini semua salah omma, Tae. " tersedu-sedan wanita itu cuba untuk berkata. Sesungguhnya ada seribu satu rahsia yang dia masih tidak memberitahu anaknya itu. Bukan kerana dia tak mahu, tetapi dia tak boleh. Tak mustahil kalau dia beritahu rahsia tersebut pada Taehyung, Taehyung akan membencinya. Sebab dia memori lepas nya itu memang teruk.

" omma, ceritakan pada Tae. Tolong omma. " Taehyung merayu. Bahu ibunya dipegang erat dan matanya menatap wajah ibunya dengan pandangan yang amat mendalam. Dia memang betul-betul mahukan kebenaran sekarang ini.

" Sebenarnya hubungan omma dan appa kamu langsung tak mempunyai apa-apa hubungan yang sah. Omma.. Hanya adalah orang ketiga dalam rumah tangga ayah kamu waktu itu. Dia sebenarnya tidak mahu kamu dilahirkan di atas dunia ini tetapi omma berkeras mahu lahirkan nya juga. Disebabkan itu, dia mengugut omma yang dia akan membuatkan hidup kamu susah bila kamu besar nanti dan.. Disebabkan omma, kamu terpaksa tanggung semua seksaan ini.. " Puan Kim berkata dengan nada yang lemah. Taehyung terkejut dengan kata-kata yang keluar daripada mulut ibunya itu. Dia tak percaya.

" seksaan yang dia katakan itu adalah dia ingin jadikan kamu salah seorang golongan yang terpilih untuk korban demi orang dan keluarga nya. Dia mahu merampas kamu daripada omma semasa kamu baru berumur 7 tahun kerana mereka nak pelihara kamu dengan golongan yang terpilih itu sampailah kamu besar. Tetapi omma tak mahu berikan kamu padanya semuda itu. Mereka perlu merampas kamu daripada omma kerana itu adalah salah satu ujian mereka ke atas kamu untuk menjadi seorang pengorban bersama golongan terpilih yang lain.. Sebab tu kamu diculik dan di besarkan di sebuah hospital mental setelah berapa tahun lamanya." jelas Puan Kim lagi. Taehyung mula keliru. Dia tak faham langsung dengan apa yang dikatakan oleh ibu nya itu. Pemikiran dia berserabut.

"Apa maksud omma dengan golongan yang terpilih? Dan apa pula pengorbanan yang omma katakan tu? Omma.. Tae pening. " Puan Kim terus memegang pipi Taehyung dengan lembut.

" Young Blood, itulah golongan yang terpilih, golongan yang darah nya tidak tercemar, segar dan muda. Hanya sesetengah orang sahaja yang ada darah seperti itu dan kamu termasuk diantara mereka. Mereka masukkan sesuatu cecair pada darah kamu membuatkan darah kamu bercampur dengan sel-sel cecair tersebut. Ia sudah terhasil nya sebuah 'cure' untuk pulih keadaan dunia dan juga mereka." Puan Kim memegang pergelangan tangan Taehyung dan dia memandang anaknya dengan pandangan yang mendalam.

" Darah kamu ni, dapat memberikan dunia ini keamanan semula. "

.     .     .

" kau nak bunuh anak kau sendiri? " soal Mr Min sekali lagi. Dia cuba untuk mengawal reaksi muka nya.

" sejujurnya, bayi ini wujud atas ujian orang kau buat pada aku kan? Aku tak ada kerelaan pun menginginkan bayi ini. " Yoorae berkata dengan sinis. Makin dekat hujung pistol itu mencium perut nya. Mr Min nampak tak tentu arah apabila Yoorae melakukan sedemikian.

" Tapi itu sperma antara kau dan Yoongi. Anak pertama yang kau bersama Yoongi. Selama kau berkahwin dengannya kau tak pernah bersama atau meluangkan  masa bersama-sama. Kau tak mahu? " Mr Min mengukirkan senyuman yang sinis tatkala melihat reaksi wajah Yoorae yang mula terdiam itu. Wajah Yoorae mula kemerahan apabila mendengar kata-kata Lelaki tua di hadapan nya.

" buat apa aku nak pelihara anak ini jika si ayah nya tak mengaku yang ini anaknya? Sememangnya dia tak ingat siapa aku, dan sudah tentu dia tak mahu menjaga anak ini. Jadi, tak menjadi kesalahan kalau aku membunuh anak ini. Jika anak ini tiada, kau akan rugi. Besar sekali kan? " Yoorae dengan berani berkata sebegitu. Walaupun ada kata-katanya tergagap, tapi dia terpaksa. Dia ingin selamatkan orangnya yang lain jadi dia rela mengorbankan anaknya sendiri. Lebih baik satu nyawa pergi daripada berpuluh nyawa pergi, kan?

Mr Min hanya memerhatikan wajah Yoorae dengan senyuman apabila melihat mata Yoorae berkaca. Dia tahu yang Yoorae terpaksa mengatakan sedemikian.

" jadi bunuh lah. " Mr Min mencabar. Matanya dilirikkan pada wajah Yoorae yang terkejut dengan jawapan nya tu. " aku tak kesah. Bunuhlah " balasnya lagi. Mencabar Yoorae sendiri.

" Yoorae, Jangan. " Bambam menahan tangan Yoorae apabila melihat perempuan itu mula nak naik picu pistol tersebut. Yoorae memandang Bambam dengan pandangan yang kosong. Matanya berair, menunggu masa untuk mengalir sahaja pada permukaan pipi nya.

" dia mahu kan. Jadi aku akan lakukan. " Yoorae berkata kemudian memandang wajah Mr Min kembali. Tak percaya yang bapa mentua nya sendiri menyokong untuk membunuh cucunya yang ada dalam kandungan tu. Memang bapa mentua nya ini langsung tak mengesahkan cucunya. Kejam betul.

" fikirkan tentang Yoongi, Yoo. Dia tak mahu mengaku yang anak dalam kandungan ini adalah anak dia kerana dia hilang ingatan. Aku sendiri pun tak rasa yang Yoongi akan gembira dengan keputusan kau ni. " nasihat Bambam lagi. Dia langsung tak setuju dengan pilihan Yoorae yang ingin membunuh anaknya sendiri. Dia rasa kasihan dengan kandungan Yoorae. Setelah lama Yoorae sarat menjaga anaknya ini, takkan lah dia nak membunuhnya seperti itu sahaja? Tambahan lagi, apa salah anak itu?

" Dia takkan ingat  " Dengan nada yang mendatar Yoorae berkata. Dia menarik nafas nya dalam-dalam lalu melepaskan ia. Dahinya sudah basah dengan peluh. Jadinya sudah hampir menekan picu tersebut.

" Yoorae, jangan lakukannya. "

Tiba-tiba kedengaran seseorang berkata begitu membuatkan tindakan nya terhenti. Semua perhatian tertumpu pada si empunya suara tersebut. Yoorae perlahan-lahan melirikkan matanya kearah si empunya suara tersebut. Adakah dia bermimpi?

Matanya kini bertembung dengan Yoongi. Luluh hati nya apabila melihat Yoongi mengukirkan senyuman nya kearah dia. Senyuman yang dia amat rindu untuk menatapnya. Matanya memandang Yoorae seperti kali pertama mereka berjumpa.

Ya tuhan, bergetar tulang rusuknya.

Tiba-tiba ada lengan menarik tubuh Yoorae kebelakang lalu merangkul leher perempuan itu. Kelihatan sepucuk pistol diacukan tepat pada kepala Yoorae.

" YOORAE! " semua orang teriak namanya dalam masa yang sama apabila Mr Min berbuat sedemikian. Kelihatan wajah orang tua itu tersenyum sinis. Yoongi terdiam seribu bahasa apabila melihat isteri nya diperlakukan sedemikian .

" lama tak jumpa, anak ku. "

.     .     .

Gosh banyak masalah keluarga HAHAHA

young blood. Where stories live. Discover now