74 ㅡ Forgiven

1.9K 401 254
                                    

Taehyung

" Taehyung? "

Aku memandang dia, kelihatan Hyorin memandang aku dengan pandangan yang terkejut. Kenapa? Aku nampak mengerikan ke sekarang?

Pandangan aku mendingin padanya. Aku memandang dia daripada sudut mataku lalu mengalihkan pandangan aku pada Yoongi yang juga terkejut melihat aku. Kemudian pandangan aku turun pada Seokjin yang kini sudah terbaring diatas lantai dengan kepala yang berdarah.

Amarah aku makin membara. Mataku dilirik pada wajah perempuan yang ada dihadapan aku ini.

Aku kemudian menolak dia ke atas sofa yang berdekatan, rambutnya aku tarik dan aku mengacukan pisau yang aku sempat ambil daripada bilik tadi. Dia terkejut apabila melihat aku berkelakuan begitu. Pandangan nya menunjukkan dia takut dengan aku.

Perempuan ini, aku ingatkan dia adalah orang yang baik-baik sahaja. Tapi sebenarnya dia bagaikan gunting dalam lipatan.

Aku benci orang begitu.

Pisau yang ada pada genggaman aku didekatkan lagi pada lehernya membuatkan darah mula mengalir daripadanya. Hyorin sudah mendesah apabila aku melakukan sedemikian. Mataku makin menajam pada wajahnya.

Dia menyebabkan anak sulung aku pergi.

" Taehyung, berhenti.. " dia cuba merayu. Tapi rasa gerak hati aku tak pernah berubah.
Nyawa yang diragut kenalah dibayar dengan nyawa.

" aku tak sepatutnya selamatkan nyawa orang yang jijik seperti kau dahulu " balas ku dengan suara yang memdatar.

" Taehyung, hentikannya "

Genggaman aku pada pisau itu mula melonggar. Dan aku menolehkan wajahku pada Yoongi yang ada ditepi aku. Dia memegang bahu ku dengan tangannya yang berdarah, mungkin kerana darah Seokjin.

Pandangan aku mula melembut apabila memandang mata Yoongi yang lembut memandang aku itu.

" dia masih adik aku by the way " Yoongi senyum tawar pada aku dan rasa amarah aku mula reda sedikit. Aku melepaskan Hyorin dan kembali berdiri. Aku lihat Hyorin mengelap darah yang mengalir pada lehernya. Pandangan aku kembali kosong.

Adik? Dia langsung tak sama

" kita kena rawat Seokjin " Aku terus meluru ke arah Seokjin dan mengangkatnya. Yoongi pandang aku dengan pandangan yang keliru. Tetapi aku hanya endahkan dia.

Sebenarnya masa aku bangun tadi, tiada sesiapa dalam bilik aku. Aku cari mereka dan tiba-tiba aku jumpa bilik ini di mana Hyorin nak serang Yoongi. Dan sudah semestinya aku tak boleh biar kan dia bunuh kawan aku sendiri.

Tapi aku tak tahu, masa aku bangun aku tak rasa sakit daripada luka-luka aku. Aku rasa macam semua luka-luka aku ini semuanya sudah sembuh. Mungkin kerana perempuan yang aku jumpa semasa aku tak sedarkan diri. Aku terhutang nyawa dengan dia.

Semasa aku datang semula pada bilik aku, aku berjumpa dengan kesemua kawan aku. Mereka memandang aku dengan pandangan yang terkejut. Aku hanya endahkan mereka dan letakkan Seokjin di atas katil.

" Taehyung.. kau hidup? " soal Jungkook dengan tergagap. Aku memandang mereka dan mengangguk. " kau nampak aku mati ke sekarang? " aku senyum nipis dan Jungkook terus meluru ke arah aku dan dia memeluk aku.

Aku terkejut, tetapi aku hanya biarkan dia dan membalas pelukkan nya. Yang lain juga terus memeluk aku. Aku tersenyum simpul. Memang benarlah apa yang perempuan itu kata, aku dah mati di dunia sebenar sebab itulah mereka nampak terkejut bila aku masih lagi hidup.

Aku tak terkejut. Tetapi Sebaliknya aku rasa bersyukur. Bersyukur kerana di beri peluang untuk hidup sekali lagi.

Dan tiba-tiba pandangan aku jatuh pada seseorang. Dia memerhatikan aku daripada hadapan aku dan memandang aku dengan pandangan yang senang. Tapi jauh dalam matanya, aku nampak yang dia sedih.

Kejadian ini membuatkan aku teringat semasa aku kecil. Dimana kawan-kawan aku peluk aku dan dia terpinggir.

Terus, aku meleraikan pelukan antara aku dengan kawan aku. Aku senyum pada mereka dan perlahan-lahan mengaturkan langkah aku kearah Baekhyun.

" kau buat apa disini? " soal aku dengan nada yang mendatar. Meskipun aku rasa simpati padanya, tapi aku tak boleh mempercayai dia begitu sahaja. Mungkin dia ada muslihat disebalik apa yang dilakukan nya sekarang ini? Aku tak mahu ditikam belakang lagi oleh orang seperti dia.

" Dia yang tolong kau, Taehyung. Dia yang beritahu Jungkook dan kami semua datang ke sini. Kau tak perlu ragu-ragu dengannya. Dia di side kita " Namjoon menepuk bahuku dan aku hanya mengangguk. Pandangan mata aku dan Baekhyun bertaut buat seketika. Dia memandang aku dengan pandangan yang rasa bersalah.

" aku minta maㅡ "

Belum sempat dia ingin habiskan kata-katanya, aku terus menarik dia ke dalam pelukkan aku. Dia terkejut dan aku hanya biarkan nya. Aku tahu aku sepatutnya buat macam ni padanya. Aku juga bersalah padanya sebab meminggirkan dia.

" tak, aku yang minta maaf. Maaf sebab aku meminggirkan kau dahulu. " Kata aku perlahan dan aku dapat rasakan badannya mula tenang apabila mendengar apa yang aku katakan itu. Dia mula membalas pelukkan aku.

" kita sama-sama ada salah antara satu sama lain. Cumanya kesalahan yang aku buat ini terlalu berat. " Suaranya kedengaran perlahan.

Aku meleraikan pelukkan nya. " tak mengapa, aku maafkan kau. Kau perlukan peluang kedua " Baekhyun tersenyum simpul apabila mendengar kata-kataku itu dan aku membalas senyuman nya.

" Apa yang dah jadi ? " Dan semua pandangan teralih pada Seokjin yang sedang duduk di atas katil dengan dahinya dikerutkan. Semua mula menghampirinya.

" kau okay Seokjin? " kelihatan kepala Seokjin sudah dibalut mungkin Hoseok yang membalutnya semasa mereka semua sedang sibuk bercakap. Seokjin menggosok dahinya. " aku okay " dia senyum tawar.

Sekali lagi, reaksi nya berubah apabila melihat aku. Reaksi yang sama aku terima daripada kawan aku yang lain tadi. Aku tersengih.

" aku masih hidup lagi, hyung. Jangan risau " balas aku dan Seokjin masih lagi dengan wajah ceberutnya. Yang lain tergelak.

" jadi sekarang, kita dah boleh balik semula kan? " soal Hoseok, memutuskan tawa mereka semua. Aku terus menggeleng membuatkan wajahnya berubah menjadi pelik.

" tak, sekarang kita akan tamatkan semua kesengsaraan yang kita alami " balas aku dengan senyuman yang lebar.

Semua memandang aku dengan pandangan yang terkejut dan terkedu. Mereka terdiam buat seketika sebelum Seokjin memecahkan kesunyian itu.

" aku join " Seokjin tersenyum pada aku membuatkan aku senang hati.

" oh sudahlah, kita semua tahu yang kita ni sehati sejiwa. Sudah semestinya kitorang akan tetap disisi antara satu sama lain tak kira bila. "

" so? Is that a yes? "

" dah tentu! "

Ah, aku sayang mereka.

.     .     .

Maybe tiga chapter lepas ni akan tamat!
Get ready~

Pi baca hollow of the low kalau anda sayang fy HAHAHA pehal fy gedik do harini

young blood. Where stories live. Discover now