51 ㅡ my eyes on you

2K 388 115
                                    

" Kitorang dah lama tunggu kedatangan kau dengan kawan-kawan kau yang lain. Terutamanya Bangtan. " Jackson duduk bersila dihadapan Yoorae sambil memeluk kusyen yang ada disebelahnya.

Yoorae memandang ketujuh-tujuh jejaka yang ada dihadapannya. " macam mana korang boleh ada dekat sini? " Soalnya.

" panjang ceritanya.. " Jinyoung menggaru kepala yang tak gatal tu. Mereka semua runsing. Tapi sedikit sebanyak gembira sebab diorang dah jumpa Yoorae.

" Dulu semasa letupan virus tu, kitorang sempat lari. Ada satu kumpulan ni dia menyelamatkan keadaan kitorang jadi kitorang dipindahkan kesini. Selama ni kitorang tak pernah meninggalkan bangunan ni. Kitorang dah duduk disini buat beberapa tahun lamanya.

" tapi.. kalau korang nak jumpa aku dan yang lain.. kenapa korang tak keluar aje ataupun larikan diri? " Yoorae mula bingung.

" sebab tulah. Dalam bangunan ni udaranya selamat, tiada sebarang bakteria mahupun kuman. Semasa virus tu merebak kitorang semua telah menjalani khidmat pembersihan diri dimana kulit kitorang semua hanya biasa didalam udara yang bersih sahaja. Kulit kitorang bagaikan tak boleh langsung disentuh kuman ataupun bakteria. Ia akan membunuh kitorang semua. Atau lebih dikenali sebagai penyakit hipertomia. " Jelas Yugyeom pulak.

Yoorae gasp perlahan. " jadi sebab tulah orang yang menyerang tapak perkhemahan kitorang tu berpakaian sut yang lengkap? " Soalnya sendirian. Satu soalan yang tak ketemui jawapannya telahpun dirungkaikan.

" jap, ada orang yang berpakaian sut lengkap serang tapak perkhemahan korang? " Soal Mark secara tiba-tiba. Yoorae memandang Mark lalu mengangguk kan kepalanya. " disebabkan tulah aku diambil pergi kesini. Sebenarnya aku dah lama dalam bangunan ni cuma aku kena kurung aje. "

Yang lain memandang Yoorae tanpa berkelip.

" jadi kau lost connection dengan diorang yang lain? " Jinyoung menyoal dan Yoorae mengangguk.

" tapi sekarang ni aku tak tahu diorang yang lain kat mana.. sebab aku pasti diorang dah pergi cari tempat yang lebih selamat daripada situ. "

. . .

Malam tu, semua orang sudah melelapkan mata mereka kecuali Gayoon.

Gayoon memandang sekeliling. Ya, memang betul tekaannya. Semua dah tidur kerana penat seharian berjalan ditengah padang pasir tanpa henti. Sekarang tiba masa untuk dia lakukan rancangannya.

Dia terus bangun dan kemas barang-baramgnya. Dia tekad, tak mahu lagi berkumpulan dengan segerombolan manusia yang dia belum tentu percaya. Setakat ni yang dia hanya percaya adalah ommanya dan juga Appanya.

Walaupun appanya dah lama tinggalkan dia.

Tanpa berlengah masa, Gayoon terus capai begnya lalu melangkah pergi.

Tujuan nya hanya satu.

Hutan.

. . .

Yoorae berada dalam biliknya. Dia sedang duduk diatas kerusi dihadapan meja belajarnya sambil kedua tangan memegang dahi. Jari jemarinya mengurut lembut bahagian dahi itu membuatkan Yoorae terpejam lalu menghembus keluhan yang panjang. Kedengaran berat sekali daripada hulu hatinya.

Anaknya, suaminya.

Risau dia dibuatnya apabila memikirkan dua insan utama tu. Dia tak tahu sama ada kedua-duanya masih lagi dalam keadaan yang selamat atau tidak. Perjumpaannya dengan Got7 tadi tu membuatkan dia terlupa sebentar dengan keadaan yang dia perlu risaukan sekarang tapi entah kenapa tiba-tiba hatinya terasa kurang enak membuatkan dia serta-merta teringatkan Keluarganya.

Ada sesuatu yang terjadi ke pada kedua insan yang dia sayangi tu?

' tak, baik jangan berfikiran negatif. ' sangkal Yoorae dalam hatinya. Dia tidak mahu berfikiran bukan-bukan tentang keadaan anak dan suaminya tu. Dia berdoa sangat agar diorang berdua dalam keadaan yang baik-baik sahaja.

ting!

Pintu biliknya dislide buka daripada luar. Itu menyebabkan Yoorae terkejut lalu terus menoleh kearah pintu tersebut. Matanya menangkap satu susuk tubuh yang tegap dan berpakaian kot yang kemas.

" Yoorae. "

Yoorae lantas berdiri apabila matanya menangkap wajah Mr Min itu. Wajah lelaki yang kelihatan bengis dan penuh dengan kedendaman juga kebencian itu terpaksa juga dia pandang. Mata lelaki tua itu mencerlung tajam ke anak matanya. Dia dapat agak yang mata Yoongi adalah dapat daripada lelaki ini kerana ianya memang sama. Boleh bagi tusukkan maut.

" aku nak cakap dengan kau sesuatu. Tak menganggu bukan? " soalnya dengan nada suara yang mendatar. Yoorae terdiam buat seketika. Dia tak tahu sama ada ianya selamat ataupun tidak untuk berdua-duaan dengan lelaki yang patut digelarnya 'bapa mentua'. Semuanya serba janggal secara jujurnya. Tapi dia balas juga dengan anggukan perlahan.

"Yoongi, apa khabar dia? "

Dia seperti dah dapat agak. Mesti lah lelaki tua ni nak tanya tentang keadaan anak dia.
" dia okay. Cuma ingatan diㅡ "

" ya aku tahu. " balas Lelaki itu sepatah dan Yoorae memandang kearah lelaki tersebut dengan dahi yang berkerut. Kenapa tanya kalau dah tahu? dah tua jadi otak tak berfungsi dah ke?
" hm.. dia bencikan saya sebab dia tak kenal saya. Jadi sebelum awak tanya lagi apa-apa pasal Yoongi dekat saya, saya akan cakap tak tahu sebab saya memang tak tahu, jadi tolong jangan paksa saya. " Yoorae memintas. Boleh dikatakan dia bercakap dengan pantas dan jelas. Lelaki yang ada dihadapannya tu seakan terpaku, tak percaya yang anaknya berkahwin dengan budak gila savage ni.

Sebuah sengihan terukir pada wajah lelaki tua itu. Dia memandang Yoorae dengan pandangan yang sinis. " Baiklah. " katanya sepatah lalu memusingkan badannya dan melangkah keluar. " tapi kau kena tahu. Tak bermakna kau duduk disini, nyawa kau takkan dapat aku ancam. " Dia berkata lagi membuatkan Yoorae terdiam seribu bahasa.

" aku perhatikan kau, Yoorae. Segala pergerakkan kau. "

Gila, dia sendiri tak percaya yang bapa mentuanya ini lebih scary daripada suaminya sendiri ketika pertama kali berjumpa.

. . .

Aish sabar jelah wattpad delete chapter lagi satu. Dah kena buat balik :(

young blood. Where stories live. Discover now