40 ㅡ everyone have their problems

2.5K 425 98
                                    

Aku terbangun daripada lena. Nafasku tercunggap-cunggap. Dadaku diurut perlahan.

" aku.. dekat mana ni? " soal aku sendirian. Kelihatan sekeliling aku adalah hutan lipur. Sinaran matahari menyinari pada wajahku membuatkan mataku pedih.

" Taehyung?.. " Bahuku disentuh perlahan dan kepala aku tertoleh pada empunya tangan tersebut. Hyorin sedang baring disebelah aku, dia juga kelihatan baru sedar juga.

" Hyorin.. kau pun sama? " dia mengangguk lalu aku menolong dia bangun. Kitorang bangun lalu memandang sekeliling. Ya, memang kami berada didalam sebuah hutan, apa yang kitorang nampak hanyalah pokok-pokok dan juga semak samun.

" kau tahu apa yang sebenarnya terjadi? " Aku menghadap wajah Hyorin dengan pandangan yang penuh dengan tanda tanya.

" aku tak pasti.. tapi ada seseorang yang menyelamat kan kita. Yang penting sekarang ni kita dah keluar daripada bangunan tersebut. " Kata Hyorin sambil menepuk bajunya yang kotor akibat baring diatas tanah tadi.

" mhm, ye jugak. okaylah jom kita cari yang lain. " balas aku lalu mula memusingkan badan aku kebelakang. Tiba-tiba Hyorin memegang lengan aku menyebabkan aku terhenti daripada melangkah.

" abang aku.. masih hidup? " Soal Hyorin dengan wajahnya yang nampak bebetul risau. Aku memandang tangannya lalu menolaknya perlahan. " ya, dia masih selamat. Kau tak perlu risau." jelas aku.

Sebenarnya, aku sendiri tak tahu sama ada yang lain tu masih hidup atau tidak. Aku tak yakin. Selepas Hoseok meninggal dunia aku rasa macam ada sesuatu yang hilang jauh disudut hati aku.

" Syukur.. aku ingatkan dia dah takde. Kalau dia takde macam mana lah aku nak teruskan hidup. " Luah Hyorin secara tiba-tiba. Aku tak tahu nak cakap macam mana. Kehilangan Hoseok pun membuatkan aku rasa tak bersemangat nak teruskan hidup.

" Taehyung, Hari nak gelap. Macam mana ni? " Soal Hyorin sambil memandang kearah langit yang berwarna kejinggaan.

" Kita akan jumpa diorang secepat mungkin. Kau tak perlu risau " balas Aku dengan tenang.

Padahal, aku sendiri tak tahu dimana aku berada sekarang ni.. dan dimana mereka.

ㅡ ㅡ ㅡ

" Appa? siapa bapak kau? " dengan kasar Yoongi menepis lembut tangan Gadis itu. Gadis itu nampak muda. Mungkin dalam lingkungan umur belasan?

Yang lain memandang Yoongi dengan pandangan yang terkejut. Begitu juga Namjoon.

" tapi.. Appa.. " Gadis itu seakan ingin menangis. Air muka Yoongi mula berubah melihat air mata Gadis itu bertakung. Mula rasa serba salah dalam dirinya.

" Yoongi! " kini seorang lagi gadis yang menjemput mereka ramai-ramai bersama Raehee menyampuk. Yoongi seakan kenal wanita itu.. tetapi dia tak boleh ingat dimana.

" kau panggil aku ke? " Soal Yoongi dengan wajah yang berkerut. yalah, dia mana kenal perempuan tersebut tetapi perempuan itu sudah mengetahui nama sebenarnya.

" gayoon, pergi masuk khemah dahulu. Nanti omma menyusul. " kata Yoorae pada Gadis yang bernama Gayoon itu. Yoongi tersentak apabila Yoorae membahasakan dirinya 'omma' pada Gayoon.

Gayoon berlalu pergi. Yoorae kemudian menghadap Yoongi. " kita perlu berbincang" kata Yoorae ringkas lalu berlalu pergi. Yoongi terkebil-kebil disitu.

Namjoon yang melihat keadaan Yoongi begitu terus berkata " Yoongi, aku nasihatkan kau pergilah. Dia seseorang yang penting dalam hidup kau sebelum ingatan kau dihapuskan. " Namjoon memegang bahu Yoongi dan Yoongi terkejut apabila Namjoon berkata sebegitu.

young blood. Where stories live. Discover now