71 ㅡ i need you

2K 402 322
                                    

" aku ulang, lepaskan dia "

Jungkook berdiri di daun pintu dengan sebuah pistol berada di tangan nya. Dengan pandangan aku yang kabur itu, aku keliru sama ada apa yang aku lihat itu adalah benar atau pun tidak. Benar ke apa yang aku lihat tu adalah Jungkook?

Aku cuba untuk melihatnya dengan jelas tetapi tenaga aku makin lemah. Aku memang tak dapat lihat dia dengan jelas. Akhirnya aku mengalah, kalau aku cuba lagi aku mungkin akan pengsan.

Dengan segala sisa tenaga yang aku ada, aku cuba mengumpulkan ia semula.

Author's point of view

Jungkook melangkah masuk kedalam bilik itu bersama Hoseok, Seokjin, Yoongi, Jimin dan Namjoon disisinya. Mereka berempat bersenjata membuatkan ke semua pengawal mengacukan pistol yang mereka ada pada mereka pula.

Jungkook memandang sekeliling bilik itu untuk mencari susuk tubuh yang dia cari-cari itu. Dan akhirnya matanya tertancap pada seorang lelaki yang sedang digantung kedua tangannya pada sebuah tiang besi. Keadaan lelaki itu nampak teruk sekali. Jungkook kian merasai tekak nya mula perit. Dia menyesal kerana datang lambat.

" korang cover aku, aku akan pergi dapatkan Taehyung " pinta Jungkook dan Namjoon mengangguk lalu dia memberi arahan pada Hoseok, Jimin, Yoongi dan Seokjin. Mereka bertiga melindungi Jungkook yang sedang berlari ke arah Taehyung.

" Taehyung-ah.. " Jungkook berasa teragak-agak ingin menyentuh badan Taehyung. Itu kerana badan lelaki itu dah sarat dengan luka-luka. Dia mula rasa serba salah.

Taehyung langsung tak bergerak. Kepalanya ditundukkan, seakan terkulai begitu sahaja. Dia boleh nampak darah menitis daripada badan Taehyung. Hatinya luluh melihat Taehyung sedemikian. Dahulu, lelaki inilah yang sanggup menyelamatkan nyawanya daripada ditangkap oleh Owl. Tetapi dia rosakkannya. Dia menjadi salah seorang daripada mereka.

Meskipun matanya sudah berkaca apabila melihat keadaan Taehyung begitu, dia tetap menahan dirinya daripada menangis. Dia cuba membuka ikatan daripada tangan Taehyung itu. Ia memakan beberapa minit kerana ikatan nya terlalu ketat dan ada ikatan mati. Setelah beberapa minit, barulah ikatan itu terbuka. Mata Jungkook berkerdip apabila melihat pergelangan tangan Taehyung itu sudah biru mungkin kerana ikatan itu telah menyekat aliran darah nya.

Jungkook betul-berul menyesal. Dia tak akan maafkan dirinya sendiri selepas ini atas apa yang telah terjadi pada Taehyung.

Tubuh Taehyung terus jatuh di ribanya. Kali ni dia rasa betul-betul menyesal. Dia dapat lihat wajah Taehyung yang sudah pucat mungkin kerana sudah kehilangan banyak darah. Matanya terbuka separuh sambil memandang ke arahnya. Dan dia nampak riaksi Taehyung yang tak disangka-sangka akan diberikan padanya.

Dia senyum.

" aku tahu, kau tak akan khianati aku " walaupun dalam keadaan tenat seperti itu sekali, dia mampu menyuarakan lagi suaranya. Jungkook kaget sebentar. Dia tak sangka Taehyung akan senyum dan mengatakan begitu padanya.

Taehyung percayakan nya. Walaupun dia sebenarnya memang sudah khianati nya.

Dia dapat lihat mata Taehyung perlahan-lahan menutup tirainya

Dan kali ini, Air mata Jungkook jatuh. Menitis pada wajah Taehyung yang ada diatas ribanya.

Dan sebuah memori mula terbayang pada mindanya.

young blood. Where stories live. Discover now