52 ㅡ explaination 0.3

2.3K 386 257
                                    

Dia sendiri tak mempercayai apa yang dikatakan oleh ibu nya itu. Yalah, sudah sebaik mungkin dia cuba untuk melarikan diri daripada bangunan itu, kini mereka perlu masuk kedalam nya semula kerana ada 'orang kita' di dalam bangunan itu? Ketahian apa kah ini?

Walaupun sukar untuk dipercayai, tetapi daripada reaksi ibu nya nampak yang ibu nya itu memang memaklumkan perkara yang benar. Tetapi, dia sendiri tak tahu siapa sebenarnya 'orang kita' yang dikatakan  oleh ibu nya itu. Dia masih tak faham dengan semua yang dikatakan oleh ibu nya.

Tetapi, pandangan nya berubah apabila mendengarkan ibu nya kata tentang 'the cure' itu. Adakah benar di dalam bangunan itu terdapat the cure yang diperkatakan oleh ibu nya itu? Cure yang boleh mendamaikan dunia ini kembali?

Perkara itu membuatkan dia ingin tahu lebih tentang the cure itu. Yalah, sampai bila dia ingin hidup dalam dunia macam ini? Mati dalam keadaan yang sengsara?

" aku rasa ragu-ragu lah dengan Puan Kim. " tiba-tiba Seokjin berkata membuatkan semua orang tersedar daripada lamunan mereka. Tumpuan mereka kini ditumpukan pada Seokjin seorang.

" maaf lah, Taehyung. Aku tak berniat nak sakit kan hati kau. " Seokjin terlebih dahulu meminta maaf pada Taehyung. Ya, dia takut kalau kawan nya itu terasa hati dengan kata-katanya tentang ibu nya. Mungkin Taehyung sensitif kalau hal tersebut dikaitkan dengan ahli keluarga nya?

" tak mengapa. Aku faham. " sebuah senyuman yang ikhlas diukirkan. Walaupun dirinya tahu apa yang akan mereka bincangkan nanti tentang ibu nya, dia tetap faham. Yalah, dia baru sahaja ketemu ibu nya itu setelah beberapa tahun lamanya. Tak akan lah semudah itu dia akan percaya? Tambahan lagi dengan keadaan dunia sebegini, tiada sesiapa patut dipercayai dengan semudah itu.

Bukan kerana dia tak mahu mem'back up' ibu dia sendiri tetapi memang ada benarnya apa yang dikatakan oleh Seokjin. Memang  pelik dengan tindakan Puan Kim itu.

Sekarang, mereka berada di dalam sebuah gua untuk berehat sebentar. Puan Kim sedang pergi mencari sumber air, bukan mereka sengaja nak tinggalkan Puan Kim keseorangan mencari sumber air tersebut tetapi mereka yang dipaksa oleh Puan Kim untuk merehatkan diri mereka. Terutama sekali Taehyung.

" sekarang ni, masalah kita dengan orang camping haritu pun tak habis.. Macam mana kalau diorang tengah cari kita sekarang ini? " soal Namjoon pula. Yalah, mereka dengan masalah itu lagi belum selesai, masalah dengan Owl juga. Sekarang ditambah pula dengan masalah Puan Kim. Tak ke serabut nak memikirkan nya?

" aku tak rasa diorang akan cari kita.  Diorang dah tikam belakang kita " Tiba-tiba Yoongi menyampuk dan semua orang memandang nya dengan pandangan yang berkerut. " apa maksud kau, tikam belakang? Kau ada tahu sesuatu yang kitorang semua tak tahu ke Yoongs? " Hoseok menyoal dengan curiga. Yoongi mengambil nafas yang panjang lalu melepaskan ia.

" Pertama sekali, " Yoongi memandang Hoseok dengan pandangan yang tajam. " jangan panggil aku dengan panggilan tu lagi. " Hoseok tersengih-sengih macam kerang wangi apabila mendengar kan kata Yoongi itu. Memang dia sendiri tahu yang Yoongi tak suka dia dipanggil dengan panggilan tu, cuma dia sengaja ingin kenakan kawannya tu.

Tapi tak kena masa.

" malam tu, semasa korang datang kearah kitorang dengan howls dibelakang korang, aku memang dah dapat tangkap yang korang dikejar howls. So, aku pusing kearah pintu untuk masuk ke bawah tanah tu tetapi aku nampak ada seseorang menutup pintu tersebut. Disebabkan aku tak sempat nak buat apa-apa dan korang dah sampai.. Aku tak dapat elakkan orang tu dan dia tutup. " Yoongi berkata dengan wajah yang penuh kekesalan. Dia tahu yang dia sepatutnya bertindak dengan lebih pantas jadi mereka takkan terima nasib sebegini. Tetapi pada masa yang sama, dia rasa  geram dengan siapa yang berani menutup pintu tersebut sedangkan orang tu tahu ada orang di luar.

young blood. Where stories live. Discover now